𑁍┊calon mommy kedua ˎˊ˗

632 106 57
                                    

Ketiga tiga beradik itu sedikit terkejut apabila melihat ada sebuah kereta hitam yang sangat familiar dihadapan rumah

"Wei daddy dah balik" bisik Beomgyu

"Cepatnya dia balik! Aduh aduh, aku tak ready lagi nak jumpa dia. Okay bye korang, aku nak tidur kat rumah Changbㅡ"

Belum sempat Hyunjin menghabiskan ayat, telinganya sudah pon ditarik Jaemin membuatkan dia meringis kesakitan

"Rumah siapa hum?"

"Chang chang changbin auchhh" Jawab Hyunjin menahan sakit kerana Jaemin semakin kuat menarik telinganya

"Kau tadi kemain kata 'apapun yang jadi, kita hadapi sama sama'. Kepala otak kau la punya hadapi sama sama" perli Jaemin sambil meniru suara Hyunjin pagi tadi tetapi sebenarnya lebih kedengaran seperti anjing tersepit

"Yela yela, lepaslah... sakit!!"

"Korang!" panggil Beomgyu separa berbisik, kemudian membuat isyarat tangan supaya abang abangnya mendekatinya. Tanpa banyak soal, mereka berdua pon mendekati Beomgyu

Beomgyu terus menunjuk kearah tingkap dan kelihatan Taehyung sedang menonton televisyen

"So, siapa nak masuk dulu?"

"Macam biasa, kita osom"

"Okay Jom"

"Urg Annyeong?" suara seorang perempuan membuatkan perbincangan mereka bertiga terhenti. Mereka serentak melihat kearah seorang perempuan seksi yang baru keluar dari kereta berwarna merah

"An-annyeong. Hai awak~" dah boleh teka la siapa yang jawab

"Hai" Wanita itu tersenyum, kemudian memandang sekeliling, gayanya macam sedang mencari sesuatu

"Tumpang tanya mana satu rumah Kim Taehyung? "

Hyunjin, Jaemin dan Beomgyu berpandangan sesama sendiri. "Oh itu sebenarnya dadㅡ"

"Noona !" Jaemin berhenti bercakap sebaik sahaja ada suara yang sangat dikenalinya mencelah. Mereka bertiga terus kecut perut melihat daddynya keluar dari rumah

'Habislah kita, habislah kita, habislah kita' zikir Beomgyu

"Oh Hai Taehyung! Lama kita tak jumpa"

"Itulah, kenapa tak call saya dulu tadi"

Ketiga tiga beradik itu hanya diam memerhati ayahnya yang sedang ralit berbual dengan wanita tadi seolah olah mereka berdua sudah lama kenal

Dan lebih mengejutkan bila Taehyung mencium lembut pipi wanita tadi

"YAH DADDY! "

─────── ·𖥸· ───────

"Ini Lee Sunmi, dan noona ini anak anak saya, Hyunjin, Jaemin dan Beomgyu"

"Hai korang! Taehyung, Muka diaorang ada iras iras Hana lah. Rindu pulak saya dengan Hana"

'Dah Hana tu mommy kitaorang, sebab tu kitaorang iras. Dah tu kau harapkan kitaorang iras dengan muka siapa, tak kan dengan muka kau pulak kan?' batin Jaemin tak puas hati

"Saya kerja kat london, tiba tiba dengar Hana meninggal lepas 2 tahun lahirkan si bongsu. Saya mestilah terkejut, nak datang pemakaman tapi saya sibuk sangat waktu tu. Sorry ya Taehyung"

a woman for daddy √Where stories live. Discover now