𑁍┊Rainy Dayˎˊ˗

470 89 85
                                    

Seorang wanita melangkah masuk kedalam hospital dengan elegant. Dia memerhati suasana hospital yang sedikit riuh dengan kehadiran pesakit itu dengan jengkel.

"Excuse meㅡ" tangan seorang Jururawat yang kebetulan lalu disitu, ditahan. Jururawat itu berhenti, kemudian dia menatap wanita itu lama

"Eh Puan Park?" Eunha, Jururawat itu sedikit terkejut melihat kehadiran Park Gyumin dihospital Seoul. Sakit ke? Tak pernah dia datang sini sebelum ni

"Puan nak jumpa Jimin ke? Hm, tapi tak silap saya dia tengah dalam bilik bedㅡ"

"Tak, saya bukan nak jumpa Jimin. Saya nak jumpa Taehyung"

─────── ·𖥸· ───────

Harini hari Khamis. Hari dimana perlawanan akhir bola sepak antara Seoul highschool dan Busan highschool berlangsung.

Myra duduk ditempat duduk penonton berseorangan. Beomgyu? Dia tak nak pergi. Katanya tak sudi nak tengok abang abang dia main bola. Hyunjin? Sakit, jadi Myra arahkan dia untuk rehat sahaja dirumah

Jadi sekarang matanya tertumpu pada seorang lelaki sahaja, Jaemin. Lelaki itu dari tadi berlari lari di tengah padang, menyepak bola dan kemudian menjaringkan gol beberapa kali.

Myra hanya tersenyum apabila semua penonton bersorak atas kemenangan mereka. Dia melihat bagaimana Jaemin dipeluk oleh rakan rakan sepasukannya. Perlahan lahan senyuman itu menghilang

Kan bagus kalau ada Hyunjin. Kalau hubungan mereka macam dulu, mesti sekarang Jaemin dan Hyunjin tengah saling berpelukan

Jaemin tiba tiba terpadang kearah tempat duduk penonton. Seketika, mata Jaemin dan Myra bertembung

Myra terus berdiri. Agak malu sebenarnya apabila ditangkap sedang memerhatikan lelaki itu

Telefon pintar dikeluarkan. Nombor telefon Beomgyu didailnya. "Hi Beomgyu.. Boleh awak jemput saya? Perlawanan bola tu dah habis"

"Hum. Tunggu jap" pip! Panggilan dimatikan membuatkan Myra mengeluh. Tengoklah Beomgyu langsung tak tanya, sama ada pasukan abangnya menang atau kalah

Macam mana la dia nak kembalikan hubungan adik beradik tu seperti dulu?

Tik! Tik!

Hujan tiba tiba menitik jatuh membuatkan Myra cepat cepat berlari mencari tepat teduh. Dia menatap hujan yang awalnya gerimis bertukar lebat itu dengan gelisah

"Laa, kalau macam ni macam mana nak balik?" rungut Myra. Dia berpeluk tubuh, cuba untuk menghangatkan badannya yang kesejukan

"Nak tumpang payung?"

Myra menoleh. "Jaemin?"

Jaemin tersenyum tipis, dia menatap wajah gadis itu lama. Kemudian dia menyentuh pipi Myra. "Auch, ke-kenapa?"

"Sakit tak? Sorry ye saya tak sengaja tertumbuk awak haritu"

"Tak pe" kemudian mereka berdua mendiamkan diri. Tak tahu nak cakap apa, agak awkward sebenarnya

"Jom balik. Saya ada payung"

"T-tak. Saya tengah tunggu Beomgyu"

a woman for daddy √Where stories live. Discover now