𑁍┊Diantara kita ˎˊ˗

439 89 77
                                    

[2003]

"Hana!" Hana Lee berhenti melangkah. Dia menoleh kebelakang dan mendapati Choi Gyumin, sahabat karibnya itu sedang berlari kearahnya dengan senyuman manis.

"Dah?" soal Hana dan diangguk semangat oleh Gyumin. "Dah!" kemudian mereka berjalan beriringan menuju ke kantin.

"Dia selalu makan cake strawberry yang aku letak kat bawah meja dia" lirih Gyumin bahagia.

Setiap hari dia akan letak sepotong cake strawberry dengan sekeping sticky note dibawah meja crushnya, Taehyung. dan yang lebih mengejutkan, lelaki itu tak pernah membuang pemberiannya. Malah, dia akan memakan cake itu dengan lahap di kantin. Gyumin mestilah rasa gembira kerana Taehyung menghargai pemberiannya.

"Aku rasa dia suka aku lah. Dia selalu makan apa yang aku bagi" bisik Gyumin malu. Hana mengerutkan dahinya hairan. "Tapi kau tak letak nama kau kat situ. Jadi, bukan Taehyung tahu pon pemberi tu sebenarnya kau"

Gyumin mencebik. "Alah kau ni. Support la aku"

"Dia tu Playboy. Banyak lagi lelaki lain, kenapa kau minat kat dia? Dia akan mainkan perasaan kau je nanti" pesan Hana.

Sejujurnya Hana tak beberapa meminati lelaki itu. Lagi lagi semenjak kebelakangan ni Taehyung tak henti henti cuba untuk mencuri perhatiannya. Hana malas nak memberitahu Gyumin, takut sahabatnya ini sakit hati. Yang pasti, dia sudah sedaya upaya untuk menjauhi buaya itu demi sahabatnya.

"Dia ideal type aku... Eh tu Taehyung kan? ,ㅡTAEHYUNG! KIM TAEHYUNG!! HAII!!" Gyumin tiba tiba melompat lompat dan melambaikan tangannya keudara, membuatkan Hana nak tak nak mengukirkan senyuman menahan malu kerana menjadi pusat perhatian orang ramai

Yoongi menyiku perlahan lengan Taehyung, Taehyung yang tengah berborak dengan Jimin automatik terdiam. Dia memandang kearah Yoongi. "Kenapa?"

Yoongi hanya memuncungkan bibirnya kesuatu arah, membuatkan Taehyung terpaksa mengalihkan pandangan kearah yang ditunjukkan Yoongi. "Aku rasa Gyumin suka kau" gumam Jimin

Taehyung tersenyum tipis, kemudian dia membalas lambaian tersebut. Gyumin terpekik gembira kerana di notice crush, dia terus menggoyangkan tubuh Hana disebelahnya dengan semangat

"HANA DIA BALAS! AAAAAAAA"

"IYA IYA"

Dari jauh Taehyung memerhati, bukan memerhati Gyumin tetapi memerhati gadis disebelah Gyumin, Hana. Taehyung tersenyum sebaik sahaja mata mereka bertemu tetapi gadis itu hanya menjelingnya malas dan mendengus.

"Hana tak suka kau. Lebih tepatnya, dia benci kau. Dia anti playboy" tegur Seokjin. Dia sangat peka kalau sahabatnya ini menyimpan perasaan terhadap Hana. Taehyung mendengus

"Aku akan buat dia suka kat aku walau terpaksa guna pelbagai cara pon. Aku akan pastikan, nanti dia sendiri yang akan datang kat aku dan merayu" ucap Taehyung tanpa mengalihkan pandangannya dari Hana.

"Taehyungㅡ"

PANG!

Namjoon hanya diam. Tak sempat dia nak beri amaran kepada Taehyung

Disebabkan Taehyung terlampau leka memandang sang pujaan hati, dia tak perasan ada tiang di depannya

Hoseok yang paling kuat ketawa melihat nasib malang Taehyung, Taehyung pula hanya mengusap lembut kepalanya yang terhantuk. Rasa macam ada benjol kat dahi

Hana tersenyum sinis, 'padan muka'. Manakala Gyumin tiba tiba menjerit macam orang histeria

─────── ·𖥸· ───────

a woman for daddy √Where stories live. Discover now