𑁍┊ My Handsome Daddy ˎˊ˗

590 105 70
                                    

Jimin melangkah masuk kedalam rumahnya yang sunyi dan gelap gelita. Walaupun begitu, mata nya masih dapat melihat dengan jelas sosok isterinya yang duduk disofa sambil bermain laptop

Plak!

Suiz lampu ditekan, menjadikan ruang tamu yang tadinya gelap bertukar terang benderang

"Sayang, kenapa main laptop gelap gelap hum? Tak baik untuk mata" Jimin mendekati isterinya, lalu melabuhkan punggungnya disebelah wanita itu.

Entah kenapa, sebaik sahaja Jimin duduk disebelah, wanita itu terus bergerak menjauh seolah olah menyorokkan sesuatu dari suaminya itu

"Kenapa balik? Duduk je la kat hospital tu" katanya datar tanpa mengalihkan mata dari screen laptop

"Sebab oppa rindu isteri oppa"

"But i don't miss you"

Bukannya tersinggung dengan kata sang isteri, Jimin malah ketawa. Walapun sebenarnya ketawa itu sangat jelas kedengaran fake

Jimin bersandar pada sofa, matanya ditutup. Senyuman masih tak hilang dari wajah tampan nya

"Gyumin, oppa penat. Badan ni rasa lenguh sangat. Boleh sayang urutkan" Jimin mengalihkan topik

Choi Gyumin, atau lebih tepatnya Park Gyumin terus menutup laptopnya. Dia memandang lelaki disebelahnya dengan tatapan jengkel

"Boleh tak awak stop berlakon macam kita ni pasangan bahagia? Saya muak"

─────── ·𖥸· ───────

"Hai Jaemin, sorry saya lambat. Saya ada banyak kerja tadi" Myra tidak henti henti meminta maaf sebaik sahaja tiba di restoran yang ditetapkan Jaemin pagi tadi

"Tak pe saya pon baru sampai" Jaemin tersenyum. Dia betul betul terpesona dengan kecantikan gadis dihadapannya ini. Dah la cantik, sopan pulak tu. Memang wife material betul

Myra melabuhkan punggungnya dihadapan Jaemin. Dia tersenyum sebaik sahaja menyedari Jaemin menatapnya tanpa berkedip

"Awak cantik"

"Saya? Terima kasih"

Kemudian mereka berdua terdiam, tak tahu nak berbual apa. Maklumlah ini kali pertama Jaemin date dengan perempuan. malu malu taik kucing lagi

"Macam mana dengan Beomgyu? Sihat?"

"Huh? y-ya sihat" Jaemin terus memotong beef nya, tak berani menatap wajah gadis dihadapannya. Myra ketawa kecil melihat tingkah laku Jaemin yang menurutnya sangat comel

"Beomgyu pernah bagitahu yang dia nak mommy tiri. Korang dah jumpa belum calon yang sesuai?"

Lagi sekali Myra yang memulakan perbualan, membuatkan Jaemin sedikit merasa malu. Dia ni lelaki sejati ke tidak

Jaemin menarik nafasnya sebelum menjawab. Dia tak nak la gagap lagi. Buat malu je

"Belum, guess what? calon terakhir baru je kena halau dari rumah dengan daddy tadi"

"Serius lah? Kenapa?"

"Panjang ceritanya"

"Tak pe, cerita je. Saya sudi dengar"

Jaemin sekali lagi tersenyum. Dia rasa semangat nak menceritakan kisah hidupnya dari A hingga ke Z. Padahal Jaemin sangat dikenali sebagai lelaki yang tertutup. Even dengan adik beradik pon, Jaemin jarang bercerita dan meluahkan perasaan

a woman for daddy √Where stories live. Discover now