𑁍┊Jungkook's Wedding ˎˊ˗

552 96 74
                                    

"Macam mana, handsome tak daddy?" Taehyung melihat wajahnya sendiri melalui cermin pandang belakang. Myra yang duduk di sebelahnya, hanya ketawa geli

"As always daddy"

Taehyung tersenyum, gadis kecil disebelahnya itu dipandang lama. "Ingat, kalau diaorang tanya soalan. Jawab je apa apa asalkan tak mencurigakan"

Myra mengangguk sekilas. Tak dapat dinafikan lagi, jantungnya berdetak dengan sangat laju kerana gugup untuk menghadiri majlis yang penuh dengan orang dewasa ini.

Ketiga tiga beradik itu tidak ikut menghadiri majlis ini. Entah atas sebab apa. Sama ada, memang diaorang yang tak nak ikut ataupun Taehyung yang tak membenarkan mereka ikut.

Sejujurnya dia memang rasa takut. Dia tak tahu apa rancangan sebenar lelaki ni. Dia hanya disuruh untuk berlakon menjadi pendamping baru Taehyung dan dia mempersetujui nya tanpa banyak tanya

Macam mana kalau Kim Taehyung tak sebaik yang dia kira?

"Myraㅡ"

Kerana terlalu banyak mengelamun, dia tidak sedar pintu kereta disebelahnya telah dibuka dari luar oleh seseorang

Taehyung menghulurkan tangannya untuk membantu gadis itu keluar dari kereta. Myra yang diperlakukan sedemikian rupa, hanya tersenyum malu.

Walau bagaimana pun, dia seorang perempuan.  mudah cair apabila dilayan dengan manis oleh lelaki

Taehyung terus memimpin tangan gadis itu dan membawanya masuk kedalam sebuah hotel mewah yang menjadi tempat acara Pernikahan Jeon Jungkook dijalankan

"Taeㅡ" Jimin yang tengah duduk disalah satu meja bulat yang disediakan disitu terus berdiri sebaik sahaja melihat Taehyung mendekati nya

Kemudian matanya tertumpu kearah seorang gadis yang nampak ketakutan dengan suasana yang riuh rendah ini. "Hai Myra. Saya Jimin. Boleh panggil uncle Jimin. Uncle ni kawan baik Taehyung"

Myra tersenyum. "Hye uncle"

Gyumin yang duduk disebelah Jimin mengerutkan dahinya memandang gadis yang kelihatan seperti tidak asing dimatanya

"Siapa dia?" soal Gyumin membuatkan Taehyung dan Jimin menoleh kearah wanita itu serentak

"Elmyra Lee. Adik Hana"

"Oh"

Taehyung kembali menatap Myra, kedua dua bahu gadis itu dipegang kuat. "Myra lapar? Kita makan okay?"

Myra mengangguk. Taehyung terus menarik kerusi, mempersilakan gadis itu untuk duduk. Gyumin yang duduk berhadapan dengan Myra, mendengus kecil melihat perlakuan Taehyung terhadap gadis itu

"Well, saya ingatkan dia dah mati kelaparan"

"Sayang..." Tegur Jimin yang merasa tak selesa dengan perkataan isterinya itu

"Apa? Betul la. Lepas Hana dan Encik Lee mati. Diaorang dah tak ada sumber rezeki. Puan Lee pulak lumpuh kat kaki. 14 tahun diaorang menghilangkan diri. Tak ada siapa yang dapat kesan keberadaan diaorang. Sebab tu saya ingat dia ngan puan lee dah mati jugak"

Jimin mengeluh berat. "Kalau saya tahu awak akan buat perangai macam ni. Lebih baik awak duduk je kat rumah. Tak payah ikut"

"Kenapa?! Salah ke? Saya kan cuma bagitahu benda yang betul!"

Semua tetamu yang hadir sedikit terkejut mendengar suara Gyumin yang tiba tiba meninggi. Jimin menundukkan wajahnya malu

"Ta-tak pe uncle. Betul kata aunty, saya mungkin memang hampir mati kelaparan. Tapi nasib baik eomma pandai buat roti. Dengan kemahiran tu, boleh la untuk sara hidup. Saya ada tolong tolong jugak. Masa saya 14 tahun tiba tiba jiran saya tawarkan untuk kerja kat kedai dia"

Myra menjawab sesopan yang boleh. Hilang kemampuan untuk berjalan, bukan satu halangan yang besar untuk Puan Lee. Myra pulak selalu membantu ibunya menghantar roti roti yang ditempah dari rumah ke rumah jika ada masa

"Oh, baguslah, pandai berdikari. Tak menyusahkan orang. Perangai awak memang sama macam Hana"

Taehyung yang mendengar kata kata dari Gyumin hanya tersenyum simpul

"Hei gengㅡ" Tegur seseorang membuatkan semua orang yang berada di meja makan itu berdiri

"Alamak, pengantin baru kita!" sakat Jimin, membuatkan Jungkook tersenyum malu. Tangan isteri yang berada disebelahnya digenggam kuat

"Kenapa korang tak jenguk aku dulu? Korang datang, memang nak makan je eah?" sindir Jungkook tajam membuatkan kedua dua sahabatnya ketawa

"Alah macam tak biasa pulak. Dulu waktu aku kahwin, kau lagi teruk. Dah makan blah macam tu je" sindir Jimin lagi. Jungkook tersengih malu. "Aku busy la time tu"

"Boleh aku duduk?" Tanpa mendengar jawapan mereka, Jungkook terus mempersilakan isterinya duduk. Selepas memastikan isterinya duduk, baru la dia ikut duduk disebelahnya

Maklumlah pengantin baru

"Lupa nak kenalkan, Chrissa Jeon. My ratu, anje, baby, busyuk, bacen semua laㅡ" gurau Jungkook dan mendapat tamparan manja dari pengantin perempuan

Jimin dan Taehyung hanya memandang pasangan yang tak beberapa nak romantik itu dengan tatapan menyampah

"Hai Myra! Sihat?" Tegur Jungkook membuatkan Myra yang dari tadi termenung, tersentak. "N-nae?" bertambah gugup apabila semua orang yang berada di meja itu memandangnya

"Sihat tak?" ulang Jungkook. Myra mengangguk lemah, membuatkan Taehyung yang berada disebelahnya cepat cepat menggengam tangan Myra dibawah meja untuk menenangkan gadis itu

"Jadi dia budak perempuan yang awak selalu cerita tu?" tambah Chrissa dan diangguk oleh Jungkook. "Susah jugak nak cari dia. Ingatkan dah lesap dari bumi korea ni"

Myra semakin menunduk. Kenapa semua orang kenal dia? Kenapa diaorang sibuk nak cari dia selama ni?

"Tae, dah jumpa eomma Lee?"

"Belum, besok mungkin. Alang alang nak bincang dengan eomma Lee pasal sesuatu"

"Pasal apa?" soal Jungkook sambil mencuri ayam dari pinggan Jimin

"Perkahwinan aku dengan Myra"

"UHUK!" Jungkook tersedak ayam, membuatkan semua orang yang berada di majlis itu ikut panik. Kan tak lawak kalau pengantin lelaki mati tercekik ayam semasa majlis perkahwinannya sendiri

Chrissa terus berdiri dengan panik. Tangan kirinya sibuk menepuk nepuk badan Jungkook, manakala tangan kanannya cuba mencapai mana mana air untuk diberikan kepada suaminya

Dia baru kahwin kot. Tak kan dah nak jadi janda dah

Taehyung terus menghulurkan air kepada Chrissa, Chrissa dengan cepat membantu suaminya untuk minum

"Itulah curi ayam aku lagi" sindir Jimin, manakala Jungkook masih mencari nafas untuk hidup

"Kau gila?! Kenapa tiba tiba je ni? Kau tak pernah bagitahu pon. Sampai hati kau"

"Perasaan cinta tu tiba tiba datang"

Streeet!

Gyumin tiba tiba berdiri dari duduknya. "Kita balik" katanya datar dan terus berjalan pergi membuatkan Jimin terkejut.

"Ma-maafkan aku Jungkook, aku balik dulu. Selamat pengantin baru untuk korang berdua, dan jumpa nanti Taehyung, Myra" Jimin membongkokkan badan nya beberapa kali sebelum bergerak mengejar isterinya yang sudah jauh meninggalkan nya

Jungkook terdiam seketika, kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah Taehyung membuatkan mata mereka bertemu

Taehyung tersenyum kelat. Tak memerlukan masa yang lama, Jungkook terus faham apa yang dirancangkan sahabatnya itu

║▌│█║▌│ █║▌│█│║▌║

𝙨𝙘𝙖𝙣𝙣𝙞𝙣𝙜 𝙘𝙤𝙙𝙚...

━━━━━━━━━━━━━━━━━TBC━

a woman for daddy √Where stories live. Discover now