BAB 59

31.1K 2.5K 204
                                    

BEBERAPA TAHUN LALU.

"Maria kau cari apa?" Lyra menegur Maria terbongkok-bongkok menyelongkar kotak. Soalan Lyra dibiar tidak berjawab, matanya bersinar-sinar sebaik menjumpai apa yang diinginkan.

Bingkai gambar keluarganya.

"Jumpa!!" Maria separuh menjerit lantas memeluk erat bingkai gambar keluarganya. Lyra yang melihat menghulur senyum tipis seraya berpaling memandang Irwan turut terdiam memandang ke arah mereka.

"Maria, kau akan tinggalkan jejak." Rauf yang baru memasuki rumah itu menegur Maria yang bersungguh-sungguh meletak bingkai gambar di meja perhiasan rumah gadis itu.

"Bingkai ini sepatutnya ada disini sejak awal, ada seseorang telah mengambilnya." Ujar Maria mendatar. Tak lepas dia memandang bingkai gambar itu. Setelah sekian lama dia tidak jejak kesitu sejak peristiwa hitam itu, hari itu mereka berempat berpakat melanggar peraturan Lorcan dan menyusup keluar dari perkampungan untuk melawat perkampungan lama Timur Feyre yang terbiar. Maria kelihatan bersungguh-sungguh membersihkan rumah serupa dia akan menginap lama disitu, padahal mereka tidak punya waktu yang panjang untuk merayau di perkampungan itu. Jika Lorcan tahu mereka akan dihukum!

Irwan geleng kepala seraya melangkah keluar dari rumah Maria, dia juga ingin melihat keadaan rumahnya. Tapi belum sempat beberapa langkah keluar dari muka pintu, dia tersentak mendengar bunyi deruman enjin menuju ke arah situ.

"Ada orang datang!!" Ujar Irwan separuh menjerit dalam berbisik.

"Sembunyi!" Maria tolak Lyra mendaki tangga rahsia ke loteng. Ini rumah dia, dia tahu dimana untuk bersembunyi tetapi tempat bersembunyi agak terhad.

"Irwan! Rauf!" Maria tarik kedua tangan lelaki itu lalu dibawa ke satu ruang disebelah dapur. Disitu tempat dimana dia melarikan diri dari peristiwa malam itu, tapi ruangnya agak sempit mungkin memuatkan dua orang lelaki itu sahaja.

"Ruang ini, ruang tanah rahsia kaum kita. Kau berdua duduk disini." Seperti seorang ketua Maria memberi arahan buat lelaki itu.

"Tapi kau?" Rauf pandang Mariaz

"Ini rumah aku, aku tahu mana nak bersembunyi."  Serentak itu doa tolak tubuh Rauf dan Irwan meminta lelaki itu cepat bersembunyi. Mendengar bunyi pintu kereta dihempas Maria bersembunyi di balik jendela. Ada beberapa orang lelaki berbadan tegap keluar dan bercakap sesama mereka.

Dan dikalangan mereka ada seorang remaja lelaki seusia mereka tak berkelip memandang sekeliling. Mata remaja lelaki itu seperti menyimpan beribu cerita yang tak dapat diungkap. Ia tersimpan jauh di dalam mata itu. Hanya lelaki itu yang tahu disebaliknya.

Maria tersentak seraya bersembunyi di balik dinding sebaik remaja lelaki itu berpaling ke arah rumahnya. Jantungnya berdetak laju.

"Maria!! Sebaiknya kau sembunyi!" Terdengar bisikan tegas Irwan dari bawah ruang tanah. Maria senyum kelat dan akur mencari tempat bersembunyi.

Pintu bilik dibuka luas, kain alas katil ditarik ke bawah hingga mencecah lantai dan dia bersembunyi di bawah katilnya. Dan kain alas dapat menutup tubuhnya di bawah katil itu. Dari situ dia dapat melihat dengan jelas ruang tamu walau agak berisiko tetapi dia dihurung tanda tanya. Buat dia ternanti-nanti jawapan.

Lama mereka berada di tempat persembunyian hingga bunyi tapak kaki mendekati seraya membuka pintu rumah dihuni mereka. Mata Maria sedikit membesar debaran dan teruja.

Melihat susuk seorang melangkah masuk dan berhenti tepat dihadapan meja hiasan. Dahi Maria berlapis melihat remaja lelaki yang dilihatnya tadi pegun tak berkelip memandang bingkai gambar keluarganya. Apa difikiran remaja lelaki itu?

GAVRIELWhere stories live. Discover now