BAB 51

25.4K 2.5K 557
                                    

Mata Noah tajam mengintai dari batang pokok. Satu helaan nafas berat kedengaran. Earpiece ditelinga ditekan sebelum dia berpaling memandang Remy yang meniarap kedudukan 8 meter darinya.

"Rowen dan Jett mana?" Soal Noah. Kelihatan kepala Remy terangkat sedikit menoleh ke arah Noah.

"Jett dan Rowen ke ruang rahsia bawah tanah. Tempat itu dimasuki Duvan tadi. Tapi isteri kau sudah selamatkan semua disana." Remy membalas. Semua maklumat dapat dikumpul dari tentera bawahan Rowen yang dihantar memberi bantuan pada Noah dan Remy.

Wajah Noah tiada riak. Dia tiada masa untuk merisaukan seseorang yang sudah selamat. Kepalanya sudah kusut memikirkan keselamatan semua tentera disini.

"Noah mereka datang." Suara Remy kedengaran. Remy kelihatan sudah bersedia dengan senjatanya.

Noah ketap gigi lantas memandang tentera-tenteranya yang kini semua sedang meniarap bersembunyi. Tangan diangkat tinggi.

"Tembak!" Kuat suara Noah kedengaran sebelum.

Bang!! Bang!! Bang!! Sesi tembak menembak berbalas.

Noah menggunakan skop pada senjatanya untuk memerhati pihak lawan. Mereka sangat ceroboh menyerang tanpa perancangan. Apa mereka fikir Timur Feyre sekarang sama seperti dahulu?

Noah angkat menunjuk isyarat tapak tangan sebelum dia mengepal buku limanya lantas dibuka kembali.

BOMMM!!!

Tak lama itu kedengaran bom tangan bergema dari arahan Noah. Nafas tentera-tentera di pihak Timur Feyre kedengaran lelah. Dahi masing-masing sudah basah dek peluh, ada diantara mereka sudah tercedera tapi masih tidak berganjak ke arah medis.

"Noah, hentikan serangan tiada pergerakan dari musuh." Suara Remy kedengaran. Serta merta itu Noah angkat tangan memberi isyarat berhenti. Kepala dipaling memandang tempat persembunyian musuh. Sunyi..

Adakah mereka sudah berundur?

Rasanya tadi masih ramai.

"Remy arah 115! Dekat dengan kau." Noah mengerut dahi memandang seorang tentera Duvan tidak mengangkat kedua belah tangannya keatas melangkah ke arah Remy.

"Aku tembak!"

"Jangan Noah!! Berhenti!!" Hampir jari Noah melepaskan tembakan, Remy menghalang.

"Kalau kau tembak, maka habislah kita,," Suara Remy mengendur. Matanya menangkap sepucuk pistol  dibawa lelaki itu terselit di seluar. Hanya berpistol di medan perang?

Baju lelaki itu kelihatan tebal.

"Remy, dia ada bom pada badan." Noah teguk air liur. Kalau mereka tembak, maka semua disitu akan berakhir, tapi jika mereka berundur lelaki itu akan bergerak ke pengakalan tentera dan menembak diri sendiri yang dipenuhi bom di badan dan buat semua tentera mati.

Langkah demi langkah lelaki itu kian membahaya.

"Aku nampak Noah." Remy pejam mata menarik nafas panjang.

"Noah,," Mata Noah berubah mendengar namanya diseru Remy. Seruan yang agak janggal baginya. Jangan kata yang..

"Remy,, aku tahu apa yang ada dalam fikiran kau." Suara Noah dingin.

"Kau tak banyak bercakap tapi kau sahaja dapat memahami aku dengan cepat Noah." Remy tergelak kecil buat Noah memejam rapat matanya.

"Bawa semua tentera beredar dari sini. Tentera Duvan sudah berundur dan meninggalkan senjata terakhir mereka." Remy ketap gigi.

"Remy.."

"Ingat Noah, kita di dalam misi. Kau Kapten dan ketua misi besar ini. Jangan langkau profesional kau, urusan pribadi tidak boleh dibawa ke dalam misi." Kedengaran suara Remy agak berbeza di earpiece dipakai Noah.

GAVRIELWhere stories live. Discover now