Noah pandang beberapa buah kereta mengiringi mereka depan dan belakang. Mereka akhirnya meninggalkan perkampungan Timur Feyre setelah lebih seminggu menetap disana. Satu senyuman terukir dibibir sebelum dia toleh Maria ralit menilik wajah Adha didalam dukungan.
"Jadi lepas ni awak nak buat apa? Maksud saya setelah habis berpantang." Soal Noah sambil memandu membelah jalan raya.
"Oh pasal tu saya dah bincang dengan papa. Saya nak bersara dari ketenteraan dan jadi tentera simpanan atau bantuan jika perkhidmatan saya diperlukan dalam misi-misi tertentu." Jawapan Maria tidak mengejutkan Noah malah lelaki itu tersenyum disampingnya.
"Saya akan rindu nak jalankan misi dengan Kapten Maria."
Maria senyum memandang Noah sekilas.
"Misi hidup saya sudah selesai. Saya masuk Gavriel dan Lorcan untuk akhiri penderitaan Timur Feyre. Sekarang saya ada misi baru." Tangan Maria bergerak pula mengelus lembut kening Adha yang masih belum kelihatan bentuknya."Jadi apa misi baru awak?"
"Menjaga dan membahagiakan keluarga kita. Saya akan besarkan Adha dengan tangan saya sendiri. Adha keturunan Timur Feyre, tak mungkin saya serah orang lain untuk menjaganya." Ujar Maria bersungguh-sungguh.
"Awak memang bersungguh-sungguh dalam semua perkara Maria."
"Sebab kita tak tahu apa yang bakal ada dihadapan.." Maria tarik nafas sebelum mengangkat kepala memandang kehadapan.
•••
"Rowen bagi saya drive." Rowen kerut dahi memandang Lyra tidak senang duduk disebelahnya.
"Kenapa?"
"Ryan macam nak menangis. Saya risau.." Balas Lyra mendatar melihat Ryan bergerak-gerak dengan kerutan tidak puas hati diwajahnya.
"Apa masalahnya, bagi je lah susu. Kalau susu awak tak ada. Kat belakang saya dah sediakan stock susu awak dalam bekas." Balas Rowen mendatar, dia cuma risau jika Lyra akan rasa penat memandu memandangkan perjalanan mereka untuk ke kem Gavriel mengambil masa agak panjang.
"Kalau macam tu awak pegang Ryan. Saya drive."
"Kenapa?"
"Saya takut Ryan menangis. Saya mana tahu pujuk dia. Please Rowen..." Lyra cebir bibir dengan mata puppynya.
"Saya tak ada masalah tapi awak.."
"Saya okay!!" Laju Lyra memotong buat Rowen mengeluh sebelum akur memberhentikan kereta di bahu jalan. Lyra hulur Ryan kepada Rowen sebelum dia keluar dari perut kereta dan Rowen berganjak ke ruang sebelah.
"Siapa yang beranak sebenarnya ni?" Rowen bawa Ryan ke dada sebelum menepuk-nepuk lembut belakang anak kecil itu.
"Sorry Rowen saya dan Ryan susahkan awak.." Serba salah Lyra pandang Rowen.
"Saya tak suka awak cakap macam tu Lyra." Suara Rowen yang tiba-tiba berubah buat Lyra kerut dahi. Apa yang dia dah cakap?
"Sa..saya cakap apa?"
"Awak anggap saya orang asing untuk Ryan. Saya tak susahkan diri saya untuk Ryan. Itu tanggungjawab saya sendiri.." Tajam mata Rowen memandang ke arah Lyra yang masih kelu tempat pemandu.
"Rowen saya tak bermaksud.."
"Ryan anak saya. Datang lah sesiapa pun nak nafikan hak itu. Saya ada hujah yang panjang untuk balas segalanya." Kata-kata dingin Rowen buat Lyra teguk air liur. Rowen paling pantang jika seseorang mengatakan Ryan bukan anaknya. Malah dia pernah terlepas cakap hingga membuat Rowen merajuk dan hampir sehari tidak bercakap dengannya. Yang paling menakutkan dia membawa Ryan bersama dengannya kerana hanya Rowen yang lebih arif menjaga bayi itu berbanding Lyra.
YOU ARE READING
GAVRIEL
Action(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembu...