BAB 14

27.7K 2.6K 131
                                    

"Kali ini kamu akan dibahagikan kepada kumpulan. Dan ini lah ahli kumpulan kamu sebaik kamu semua dapat misi pertama selepas ini." Jett memegang beberapa helai kertas kosong di tangan.

"Pembahagian kumpulan ni tidak bergantung dengan siapa kamu bersahabat. Kamu kenal atau tidak. Kami tidak peduli semua itu. Kami akan menilai dari segi bagaimana kamu bekerjasama di dalam satu team."

Terdengar rungutan dari kadet-kadet itu. Jett senyum sinis.

"Kalau kamu mahu bersama sahabat kamu. Bukan disini." Sinis sekali balasan Jett buat semua disitu terdiam. Hari ini Jett kelihatan sangat serius tidak seperti kebiasaan.

"Jangan anggap benda ni remeh. Ini salah satu latihan kamu. Saya tahu kamu semua sudah bijak menembak, sudah tangkas mempertahankan diri. Sudah pandai menyusun strategi. Tapi kamu semua masih gagal untuk bekerjasama." Jett bergerak kiri ke kanan membebel seperti seorang pengetua.

"Kamu fikir ianya mudah?" Jett berhenti melangkah dan memandang semua kadet yang mendongak memandang kearahnya. Semua masih suci.

"Dari 80 orang dari kamu hanya 56 orang yang tinggal kerana selebihnya tersingkir semasa tapisan latihan. Sudah 1 tahun kamu disini. Saya tahu kamu semua tidak sabar untuk bergelar tentera Gavriel dalam masa seminggu lagi."

"Tapi jangan kamu fikir kamu semua sudah kuat. 80 peratus kegagalan dalam misi disebabkan kegagalan ahlinya membentuk kerjasama. Itu sering terjadi." Jett tarik nafas panjang.

"Dan saya tak mahu ianya terjadi pada kamu semua."

"Jadi disini ada senarai ahli kumpulan baru kamu. Setiap kumpulan mempunyai empat ahli. Tak kira kamu lelaki atau perempuan. Disini dilayan sama rata."

"Bila saya sebut nama. Sila hadir ke depan dah bergerak ke dalam barisan mengikut ahli kamu."

"Faham?" Jett jungkit sebelah kening sebaik melihat semua disitu terpinga-pinga.

"Faham tuan!" Mereka laju menjawab.

"Baik."

"Aria! Lyra! Rose! Hakim!"

"Maria..." Lyra cebik bibir memandang Maria. Maria hanya tergelak kecil.

"Tak apa aku kan roommate kau." Pujuk Maria.

"Aku lagi risau kena satu kumpulan si Rose hodoh tu." Rungut Lyra lantas melangkah ke hadapan seperti diarah Jett.

"Fya! Arith! Asha! Ten!"

Seorang demi seorang nama disebut dan dibahagikan kumpulan, tinggalkan kumpulan terkahir. Maria teguk air liur.

"Maria! Kayla! Bad! Fattah!" Dalam keterpaksaan Maria akur melangkah ke depan walaupun nama Maria turut dipanggil disitu.

Semua orang tahu bertapa Kayla membencikan Maria. Entah dimana silap gadis itu sehingga dibenci Kayla. Dan siapa sangka mereka dalam kumpulan yang sama.

"Minggu terakhir ini, kamu akan dilatih di dalam kumpulan sehingga kamu diberi misi pertama. Good luck." Jett memandang satu-satu mereka disitu.

"Bersurai ke lapangan menembak." Jett berlalu begitu sahaja. Dan yang lain pantas bergerak ke tempat dimaklumkan Jett.

"Menjengkelkan." Kayla menjuling mata memandang ke arah Maria yang sibuk memasukkan peluru ke dalam senjata berjenis The Heckler & Koch HK416 atau lebih dikenali sebagai Assault Rifle M416.

"Memandangkan kita dalam team squad yang sama. Sebaiknya kita lakukan genjatan senjata dahulu." Maria tenang mengangkat senjata itu sebaik menyudahkan semuanya.

GAVRIELWhere stories live. Discover now