BAB 20

29.1K 2.5K 313
                                    

Pasar Gelap di daerah timur negara Khabi.

Ianya tidak seperti pasar yang ada diminda kamu sekarang. Ia adalah sebuah bangunan mewah yang dipenuhi sistem kawalan yang sangat ketat. Hanya orang tertentu dibenarkan masuk. Bangunan mewah itu sangat megah berdiri dan tersorot dari kawasan bandar buat masyarakat berfikir ianya sebuah bangunan pekerjaan dari kilang-kilang berdekatan.

"Identiy card?" Seorang pengawal berwajah miang memandang Maria penuh minat dari atas ke bawah. Maria menayang wajah kosong, dengan dress mewah dipakainya sekarang cukup buat dia kelihatan seperti bangsawan tapi terlalu seksi untuk tubuhnya. Entah siapa yang memilih dia hanyar akur memakainya.

"Here my identity card. Please be careful. My card is limited." Cara percakapan yang agak angkuh buat pengawal itu memandang Maria dan card itu silih berganti. Pengawal keselamatan itu awalnya sengaja menyentuh tangan Maria dengan miang sebelum dia terkedu melihat kad identiti bekelas atasan itu.

Kad bewarna hitam dan keemasan menunjukkan mereka budak dari golongan biasa. Jangan ditanya dimana mereka dapat pemalsuan kad itu. Berkat Puan Adela yang dibantu tempoh hari dengan mudah mereka memperoleh kad mewah itu. Ini semua idea Noah.

"My husband.." Maria peluk lengan Remy yang segak bersut hitam disebelahnya. Sengaja dia menambah skrip lakonan kerana rimas ditilik pengawal itu dari tadi.

Noah dan Jett memerhati memandang jengkel.

"And our bodyguard." Noah dan Jett tidak beriak dibelakang.

Wajah pengawal itu sedikit berubah. Mungkin takut kerana dia menggatal dengan perempuan yang salah.

"Dilarang mengambil gambar, atau merakam video." Ujar pengawal itu lantas menghulur kad identiti milik Maria. Maria hanya membalas dengan senyuman lantas menarik tangan Remy masuk ke dalam menunjukkan mereka seperti pasangan suami isteri yang kaya diiringi dua bodyguard.

Menjengkelkan.

Perlahan-lahan lengan Remy dilepas dan Maria terpegun memandang sekeliling. Bangunan itu terlalu mewah lebih dari apa yang dia sangka. Seperti sebuah pasaraya mewah bertaraf lima bintang. Ada kedai restoran dan ada pelbagai kedai-kedai yang pasti menjual barang-barang terlarang.

Kedai senjata juga turut dijual dipamer seperti di kedai biasa. Gila.

"Puan, singgahlah ke kedai saya.." belum apa-apa mereka digamit seorang lelaki 40 an ke kedai mereka. Maria dan yang lain mengangguk sesama sendiri lantas bergerak mengikuti lelaki itu.

"Disini kami jual pelbagai jenis arak yang beratus tahun diperam." Mata Maria memandang sekeliling kedai, ada balang-balang kaca terisi air yang mengandungi pelbagai jenis binatang di dalamnya.

Kala jengking, ular, tulang burung.

Ini arak atau racun?

"Menarik.." Remy memain peranan memandang sekeliling dalam menahan loya dengan isi-isi dalam bekas kaca itu.

"Sayang.." Remy berpaling memandang Maria. Noah dan Jett yang mendengar menahan diri. Ada yang lebih meloyakan dari arak-arak itu.

"You nak?" Soal Remy lembut.

Maria memasang riak tidak berminat.
"Tak ada lagi istimewa? Arak-arak ini sudah biasa saya jumpa di negara lain sebelum ini?" Balas Maria angkuh. Wajah penjual itu tenang tersenyum.

"Ada.." senyuman yang agak misteri.

Mereka berempat memandang sesama sendiri sebelum memandang kerah penjual itu masuk ke satu bilik lantas mengeluarkan sesuatu.

Satu balang kaca dikeluarkan dan terisi satu tulang di dalamnya.

Tulang manusia!!

"Ini arak paling mahal dalam pasal gelap."

GAVRIELWhere stories live. Discover now