" Jika lencana logo ini tertanggal ia akan disebabkan dua perkara. Sama ada kamu tewas di dalam misi dan kamu gagal menjadi tentera Gavriel. Jadi sila jaga dan pastikan ia tidak hilang." Kata-kata azimat dilontar pada hari pertama mereka terpilih sebagai tentera Gavriel kembali terngiang-ngiang di dalam kepala.
Maria ketap gigi buat sekian kali, kali ini dia sudah tidak menangis lagi. Dia sudah mempersiapkan dirinya untuk melalui hari-hari ini. Setelah berbulan-bulan sejak kehilangan Lyra, dan penemuan mayat Aria. Kini mereka dikejutkan dengan pengiriman lencana yang tertulis nama Lyra diatasnya. Ada tompokan darah yang sudah kering disitu yang sah milik Lyra.
"Lyra.." Rowen ketap gigi. Tanganya dikempal sehingga menimbuk urat. Tiada jasad Lyra yang ingin mereka beri penghormatan terakhir. Hanya bingkai gambar gadis itu diserta lencana yang dikirim ke Gavriel tanpa tahu siapa pengirimnya. Setelah berbulan-bulan dia berharap Lyra masih ada untuk diselamatkan.
Jett pandang Rowen sebelum tangannya naik mengusap bahu lelaki itu. Dia tidak tahu apa yang berada di kepala Rowen, tapi keadaan tekanan Rowen sangat berbeza.
'Adakah lelaki itu menyukai Lyra?'
"Lyra.. kau mungkir janji.." Rose menitis air mata buat kesekian kali. Dua ahli kumpulannya pergi dengan misteri tanpa dia mampu lakukan apapun untuk selamatkan mereka. Padahal Lyra dan Aria kedua-duannya sudah berkorban nyawa mahu menyelamatkan dia satu ketika dahulu.
"Kau janji nak bawa aku makan aiskrim kat tepi pantai bila kita bercuti nanti.." Sebak suara Rose.
Maria menunduk menahan air mata.
Kini mereka berada di padang lapangan untuk memberi penghormatan terkahir pada Lyra. Walaupun Lyra tiada jasadnya, tapi Lyra sudah diisytihar tewas sebagai Gavriel. Hanya bingkai gambar dan lencana gadis itu dijadikan penghormatan terkahir mereka.
Rose meletak beberapa kuntuman mawar di hadapan gambar Lyra sebelum dia memejam mata melepaskan tangkungan air mata.
"Rehatlah, aku akan tuntut keadilan untuk semuanya."
Seorang demi seorang meletakkan kuntuman bunga buat Lyra. Lyra terkenal dengan kenakalan dan kemesraannya pada semua orang. Sebab itu ramai yang mengenalinya di Gavriel.
Tiba giliran Maria, Noah memandang isterinya sebelum menggenggam tangan Maria dibawa ke tugu peringatan Lyra.
"Apa yang dah berlaku Lyra?"
"Apa yang mereka buat pada kau..." Suara Maria sebak.
Maria hela nafas berat sebelum meletak kuntuman bunga di hadapan bingkai gambar Lyra. Jika Lyra sudah pergi, biarkan gadis itu pergi dengan tenang. Jika tidak, semoga Lyra tidak terlalu sakit untuk hadapi penderitaan itu.
Menjelang petang, semua mula beransur pulang. Tinggal seorang yang masih menegak memandang bingkai gambar si gadis dikatakan tewas. Senyuman gadis di dalam gambar itu terlalu lebar seperti hari-hari biasa yang dia lihat sebelum ini.
"Saya tiada pilihan selain terus bertahan untuk semua orang, dan Aria." Gemersik suara itu bermain dalam fikirannya.
Aria sudah pergi, adakah itu maknanya Lyra sudah tidak mampu bertahan lagi? Dan kenapa dia harus rasa kecewa sebegini? Adakah dia terlalu meletak harapan tinggi pada diri sendiri untuk menyelamatkan Lyra?
YOU ARE READING
GAVRIEL
Action(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembu...