BAB 26

28.2K 2.4K 139
                                    

Buk!

"Uhuk uhuk!!" Terguling tubuh itu disepak tanpa perasaan. Termengah-mengah tubuh mencari nafas dalam kesakitan buat dada menjadi sempit. Mata terasa berat untuk dibuka. Bahu sudah sakit untuk bergerak dengan tangan digari dibelakang.

"Bangun." Rowen menarik kolar baju Maria buat gadis itu bangun berdiri. Mata Maria sudah lebam membengka. Wajah itu sudah dihiasi lebam biru dan kesan darah merah mengering.

"Siapa kau?" Soal Rowen dingin.

"Bunuh aku.." Maria senyum sinis dalam kesakitan. Kini rasa sakit itu bagai sebati dalam dirinya dari pagi tadi.

Pang!!

Kuat sekali tamparan itu buat telinga terasa peritnya. Tubuh Maria kembali terguling di atas lantai tiba mampu lagi bergerak.

Noah yang menjadi pemerhati hanya mampu memasang riak kosong. Sakit hatinya sudah menghakis rasa belas pada perempuan itu. Perempuan itu memang layak dilayan seperti itu sama seperti pengkhianat-pengkhianat yang lain.

Noah mengangkat tangan ke arah Rowen meminta lelaki itu berhenti. Rowen mengangguk. Terdengar derap langkah melangkah menghampiri. Maria perlahan-lahan mengumpul tenaga mengangkat kepalanya yang menyembah lantai.

Noah berlutut sebelah kaki tepat dihadapanya sebelum rambut Maria ditarik kasar. Berkerut wajah itu menahan sakitnya. Tangan Maria naik menahan rambutnya yang terasa ingin mencabut kulit kepalanya.

"Kau sangat terlatih Maria. Kami tak pernah jumpa perempuan seperti kau..."

"Aku tidak mengkhianati sesiapa.." dalam kesakitan suara itu membalas. Noah senyum sinis sebelum menghentak kuat kepala itu ke lantai.

"Kau akan dapat akhiri semua ini kalau kau ceritakan siapa diri kau Maria."

Maria diam mencari nafas. Tubuhnya sudah lemah untuk melawan atau membalas kata-kata mereka.

"Noah." Terdengar suara Remy memanggil di muka pintu palang besi. Noah berpaling dingin.

"Ada sesuatu yang aku nak sampaikan." Ujar Remy. Noah menarik nafas panjang sebelum memberi isyarat pada Rowen untuk menutup pintu tahanan Maria.

Lyra, Aria dipisahkan dari Maria kerana ada hukuman berat untuk Maria yang telah mengkhianati Gavriel. Manakala Lyra dan Aria masih belum dikenakan hukuman kerana jasa baik mereka membantu Rose dan bertindak. Mereka akan terus ditahan dan disoal sehingga ada maklumat dapat dikumpul.

"Ada apa?" Soal Noah agak malas.

"Ini hasil rawatan keenam pegawai tentera yang cedera disebabkan Maria semalam." Remy menyerah beberapa keping kertas kepada Noah.

"Mereka tidak mati?" Soal Rowen hairan.

"Tidak. Peliknya ada antara mereka terus sihat setelah mendapat rawatan." Balas Remy.

"Bukan ke penyanggul Maria ada racun mematikan?" Soal Noah pula. Remy mengangguk lalu menghulur penyanggul milik Maria kepada Noah.

"Maria telah menukarnya kepada ubat tidur. Setelah disiasat semua serangan Maria lebih kepada membuat mereka pengsan atau tidur tanpa ada niat membunuh." Remy menjenguk kepala memandang Maria yang cuba bergerak menelentang. Tubuh itu pastil sudah cukup sakit dikerjakan dua lelaki itu.

Tetapi entah apa yang membuat gadis itu tidak membuka mulut sedikitpun tentang dirinya. Adakah mereka dari negara luar?

"Bagaimana Lyra dan Aria?" Soal Noah lantas kembali menghulur kertas itu kepada Remy. Hanya penyanggul rambut Maria disimpannya kedalam poket seluar.

"Masih tidak membuka mulut."  Balas Remy. Noah merengus memandang Maria yang terkebil-kebil memandang syiling kosong. Entah apa yang ada difikiran gadis itu.

GAVRIELWhere stories live. Discover now