BAB 15

27.6K 2.4K 137
                                    

"Rusuhan di kawasan perkampungan Lavender?" Soal mereka berempat. Rowen mengangguk dengan muka tidak berperasaan.

"I..ini misi pertama kami?" Soal Kayla tergagap-gagap. Rowen angguk.

"Saya tahu ini kampung awak. Dan keluarga awak disana. Saya cuma minta kamu semua redakan ketegangan agar penduduk disini tidak membahayakan penduduk yang lain."

"Boleh saya tahu rusuhan ini berpuncanya dari apa?" Soal Maria. Dia menjeling Kayla yang menunduk wajah.

Rowen hela nafas berat.
"Kita hanya menjalankan kerja untuk lindungi rakyat. Rusuhan ini angkara kerja kerajaan yang menurunkan harga hasil tanaman mereka. Banyak penduduk disana memberontak kerana hasil utama mereka seperti tidak mendatangkan hasil yang menguntungkan. Harga turun hampir separuh dari harga sebenar."

"Dan biarkanlah mereka lakukan rusuhan." Maria pula yang geram.

"Ya saya tahu silap kerajaan. Kalau kamu mahu bakar bangunan pembesar itu silakan. Saya tak marah. Tapi tugas kamu disini, lindungi rakyat yang lain. Kerana rusuhan ini selalunya akan bertindak agresif dan mencederakan orang awam yang lain jika tuntutan mereka tidak dilayan."

Wajah Maria mengendur.

"Kayla? Kamu okay?" Rowen memandang ke arah Kayla yang sedari dari tadi hanya mendiamkan diri.

"Ya Tuan. Saya okay. Saya tenteran Gavriel dan akan lakukan apapun untuk misi saya. Saya akan bertindak profesional sebaik mungkin walau misinya di kampung saya sendiri." Kayla berwajah serius buat semua disitu menarik nafas lega.

"Saya serahkan pada kamu. Kamu kapten pasukan." Rowen menyerah kunci bilik pada Kayla. Wajah Kayla agak terkejut tapi sebaik melihat senyuman Maria disisinya entah kenapa semangatnya berkobar-kobar. Dia akan pastikan misi ini berjalan lancar!

"Goodluck." Rowen senyum tipis sebelum keempat mereka berlalu.

•••
"Apa dah jadi kat sini.." Maria kelu melihat seluruh kawasan perkampungan Lavender berselerak dan seperti baru dilanda perang.

"Mana mereka?" Fattah menyoal hairan. Dia melangkah menuruni kenderaan apabila tiada orang-orang merusuhi disitu.

"Mungkin mereka dah bergerak ke satu tempat. Cuba kita ikut kertas-kertas bertaburan ni." Pinta Kayla. Ben yang memandu akur dan bergerak ke arah dimana kertas-kertas itu bertaburan.

Tak lama mereka sampai ke dewan besar perkampungan itu, dewan itu agak lusuh tapi kerap diguna penduduk untuk aktiviti kemasyarakatan.

"Ramainya." Ben mendongak keluar kereta. Melihat kereta mereka, penduduk pantas menyerbu.

"Kembalikan hak kami!! Presiden jahat!!"

"Hak kami ditindas!!"

"Naikkan harga hasil jualan kami!!"

Bermacam-macam laungan dapat didengar.

"Keluar!" Kayla memberi arahan sebelum yang lain mengangguk.

"Bersabar semua! Kami dari tentera Gavriel dikirim untuk melindungi rakyat disini dari sebarang tindakan agresif!" Fattaj melaung menyaingi kekuatan suara disitu.

"Gavriel sama sahaja macam Duvan! Pembelot rakyat!"

"Sabar!! Kami disini cuma mahu menjaga kamu dan tiada niat mahu memihak pada siapa-siapa!" Giliran Kayla bersuara lantas menanggalkan topinya. Semua disitu terdiam.

"Percayakan saya." Ujar Kayla mendatar.

"Kayla.."

"Ayah.." mata Kayla membesar memandang ayahnya.

GAVRIELWhere stories live. Discover now