BAB 17

26.6K 2.7K 256
                                    

Hari itu mendung meratapi kepergian tiga orang tentera muda. Perjuangan mereka luar dari jangkauan kerana misi yang mereka jalankan adalah misi yang lebih tinggi dari misi yang dijalankan tentera elit yamg kebiasaanya. Segalanya berlaku diluar dari jangkauan dan rancangan. Tiada siapa tahu bagaimana serangan hendap itu boleh berlaku. Dan sampai sekarang segalanya masih dibawah siasatan.

Selaku orang teratas di dalam Gavriel, James antara orang yang bertanggungjawab atas kematian tiga tentera itu, diiringi Rowen yang secara rela bertanggungjawab menerima segala caci makian kerana dia yang mengatur dan mengarah segalanya. Dan seperti Adab di Gavriel ahli pasukan yang terselamat antara orang yang perlu menghadap segala amarah dan kesedihan ahli keluarga.

Dan buat kali pertama dalam sejarah. Satu-satunya ahli pasukan yang terselamat. Dan satu-satunya yang bertanggungjawab paling banyak menerima segala kesedihan para keluarga yang terkorban.

Noah ada meminta untuk merahsiakan tentang kewujudan Maria dimisi itu, kerana tidak mahu secara mental Maria tertekan dengan segala tohmahan yang bakal diterima. Tapi Maria sendiri menolak dan pasrah untuk menjalankan adat itu seperti tentera yang lain.

Dan disini dia berdiri tegak bersama barisan atasan yang lain bersama keluarga Fattah dan Bad yang telah pergi. jenazah Kayla turut disitu tapi tiada keluarganya kerana orang tua Kayla turut terkorban dihadapan mata Kayla.

Bagaimana Kayla mampu tersenyum memaksanya untuk kuat waktu itu, sedangkan dia sendiri sedang rapuh melihat orang tuanya terkorban dihadapan mata.

"Kau..kau satu-satunya yang selamat bukan?!! Kenapa kau?! Bukan anak aku?!! Kenapa?!" Kolar baju Maria ditarik seorang wanita. Dan Maria tegak berdiri menerima segalanya. Sebaik mungkin dia memendam segala rasanya saat itu.

"Dia bunuh Along.." anak mata Maria bergerak melihat si anak kecil ketakutan memandang ke arahnya dengan linangan air mata.

"Tenang Puan. Dia bukan pinta untuk jadi seperti ini." Tangan wanita yang menarik kolar Maria dileraikan Rowen di sebelah. Maria teguk air liur. Dia tak mampu nak salahkan orang-orang itu. Sudah menjadi kebiasaan, orang yang beremosi tidak akan dapat berfikir secara rasional dan terus menyalahkan orang terselamat. Dan dia harus kuatkan mental untuk menghadapi semua ini. Itu dipesan Noah sebelum mereka berdiri menghadap keluarga-keluarga mereka yang terkorban.

"Kau! Dan kau! Kau yang bagi arahan pada misi ini kan?! Kau pun dah bunuh anak aku!" Pukulan demi pukulan dihadiahkan di dada Rowen. Rowen hanya mampu merelakan.

"Pasti mereka selamatkan kau. Sampai anak aku terbunuh." anak mata Maria bergerak memandang seorang lelaki berkaca mata tajam memandang ke arahnya.

"Maafkan saya.." hanya itu yang mampu dia ungkapkan saat itu.

"Maaf?" Bibir lelaki itu menyungging sinis.

"Maaf kau dapat kembalikan anak aku ke?!!" Pekik seorang lagi wanita. Entah kenapa seorang demi seorang datang menyerangnya. Maria merelakan sahaja wajahnya disembur kerana pilihanya untuk bertanggungjawab atas kematian sahabat perjuangamya itu.

'Pang!!' Terteleng tubuh Maria saat itu. Maria cuba berkeras memasang wajah tenang dan menerima semuanya. Tapi kakinya tidak mampu lagi bertahan.

Tak semena-mena dia terduduk. Rowen disebelah cepat-cepat membantu.

"Aku akan bunuh kau! Aku akan bunuh kau!!" Keadaan jadi tidak terkawal apabila wanita, ibu kepada Bad bertidak agresif dan cuba menyerang Maria. Tapi ada beberapa tentera pantas menghalang. Maria masib terduduk memegang pipinya yang rasa berbirat. Noah yang memerhati dari jauh membuang pandang kearah lain kerana tidak sanggup lagi melihat gadis itu.

GAVRIELWhere stories live. Discover now