ANGEL EYES 4

16.2K 1.7K 44
                                    

ANGEL diam di muka pintu memandang orang-orang itu mengelilingi meja bulat dengan gelas dan botol minuman keras memenuhi meja. Separuh orang masih sedar, separuh lagi sudah hilang kesedarannya. Apakah kematian Maria akan menjadi satu berita yang sangat gembira bagi mereka sehingga mereka meraikannya sebegitu rupa?

"Itu dia si anak gadis Agus! Kamu balik tepat pada waktu Angel!" Ivan terlebih dahulu menarik Angel masuk ke ruang bilik dengan segelas minuman keras ditangannya.

"Tunjukkan Angel! Tunjukkan kemenangan kita!" Laung seorang lelaki sudah dikuasai air khayal itu.

Tidak beriak Angel menarik sesuatu dari jaket hitamnya lantas sebilas pisau dibalut sapu tangan diletak di atas meja. Serentak itu laungan dan sorakan kuat bergema memenuhi ruang.

"Ini darah milik Maria Malik, saya sudah jalankan tugas saya. Tapi saya tidak boleh bagi jaminan dia sudah mati atau masih hidup." Tenang Angel menutur sebelum dia tersentak melihat Ivan mengangkat tinggi pisau berdarah itu keatas.

Mereka tidak dengar apa yang dia katakan.

"Ini permulaan kemenangan di pihak kita!! Duvan masih hidup!!" Kuat Ivan menjerit disambung sorakan-sorakan mereka disitu. Telinga Angel bingit, dia rasa rimas dan menjengkelkan.

"Jom kita raikan Angel." Ivan hulur minuman keras kepada Angel. Seperti biasa, Angel tidak pakar dalam menolak malah menyambut baik huluran itu sebelum gelas minuman itu dirampas seseorang.

"Zael.." Mata Angel terpana melihat Zael bermata dingin merenung Angel dan Ivan silih berganti.

"Jom balik.."

"Tapi Zael.."

"Oh ini lelaki simpanan kamu Angel. Kamu memiliki cita rasa yang baik Angel." Perlian Ivan buat mata Zael mencerlung memandang lelaki itu.

"Sudah jom balik." Sebelum apa-apa terjadi sebaiknya Angel membawa Zael keluar dari ruang itu. Mereka semua disitu sudah mabuk, mana mungkin mereka sedar apa yang mereka katakan.

"Zael,, sabar.." Angel pegang perutnya masih terasa perit terluka semasa bergelut dengan Maria siang tadi. Langkah Zael makin lama, makin laju mengheretnya sebelum dia melihat papan tanda tandas wanita dan tak bersalah Zael merempuh masuk tanpa peduli pandangan-pandangan terkejut perempuan di dalam tandas itu.

"Lelaki gatal!!"

"Apa dia gila?"

"Zael! Apa kau nak buat ni!" Merah wajah Angel menahan malu melihat pandangan-pandangan terkejut orang di dalam tandas itu. Melihat wajah Angel disitu, semua perempuan di dalam tandas itu tersentak sebelum membawa diri keluar dari tempat itu.

Sekarang mereka berada di markas penentang kerajaan, siapa sahaja tidak mengenali Angel? Salah seorang yang paling disegani di dalam kumpulan itu.

"Basuh tangan kau." Zael Tarik tangan Angel ke sinki sebelum membasuhnya berkali-kali seperti tangan Angel begitu Kotor, padahal tiada kesan kotoran tercalit di tapak tangan itu.

"Zael.." Angel kelu menatap Zael tidak henti membilas tangannya.

"Aku tak suka Angel.."Zael kelihatan menahan tona suara.

"Maaf Zael."

"Aku tak suka kau buat semua ni! Kau tak sedar ke orang-orang tu gunakan kau untuk kepentingan mereka sendiri?!" Tengking Zael kuat. Wajah Angel tetap mendatar merenung lelaki itu.

"Aku tak suka Angel, boleh kau faham semua itu? Aku tak nak kau kotorkan tangan kau dengan darah!"

"Zael.." Angel tarik wajah Zael merenungnya. Tapak tangannya terasa kebas dan bergetar melihat air mata menitis di pipi lelaki itu.

GAVRIELWhere stories live. Discover now