BAB 56

25.9K 2.4K 200
                                    

Setitis air mata jatuh mengalir ke pipi, keperitan yang sakit mencengkam mengetahui hakikat seorang teman perjuangan, temang berkongsi segala duka dan pedih. Akhirnya kini menjadi musuh yang terpaksa dia bunuh. Walau apapun alasan Lyra, perbuatan gadis itu telah mengorbankan nyawa orang-orang penting di Gavriel termasuk Remy.

Maria ketap gigi memandang wajah itu. Melihat ketenangan Lyra yang tak bersalah lagi membuat dirinya sakit menerima hakikat itu. Jauh disudut hati dia masih mengharapkan alasan kukuh Lyra yang menjadi punca serangan tempoh hari.

"Aku yang sepatutnya bunuh kau.." Mata Rowen begitu tajam menunggu masa menghabiskan hayat perempuan itu.

"Kau dah bunuh Remy.. Kau dah khianati kepercayaan aku Lyra.." dingin suara lelaki itu masuk ke gegendang telinganya. Mata Lyra menangkap rahang Rowen bergerak-gerak menahan diri.

"Aku tak percaya, ramai tak sabar akhiri hayat aku." Lyra sempat melepaskan tawa kecil.

"Jadi apa maksudnya kau hantar lencana kau ke Gavriel Lyra?" Noah melangkah menghampiri Rowen dan Maria.

"Kerana aku bukan lagi sebahagian dari Gavriel." Tenang Lyra membalas sambil tangan perlahan-lahan bergerak ke belakang mencapai sesuatu.

"Kita sudah bazirkan duit untuk buat majlis penghormatan terakhir untuk tentera tidak guna..."

Zupp!!

Serentak itu wajah Rowen hampir terkena libasan pisau Lyra. Turun naik nafas Rowen sambil meraba cecair keluar dari dagunya. Matanya tajam memandang gadis itu.

"Aku dah cakap aku tak suka buang masa.." Noah mencapai pistolnya.

Ktak!

"Sabar Noah!" Rowen menghentikan Noah dari menembak mati Lyra. Noah menjenggil mata.

Dikesempatan itu Lyra melayang sepakan hampir terkena di wajah Maria tapi mujurlah Noah sempat memeluk tubuh isterinya yang kaku tidak berkutik.

"Tch!" Lyra senyum sinis.

"Kalau awak nak menangis mengenangkan sahabat awak, baik awak anggap je dia dah mati Maria!" Dingin suara Noah membawa Maria ke alam nyata.

"Aku tak suka buang tenaga aku pada perempuan." Rowen menyisin lengan baju menghampiri Lyra yang tenang menunggu serangannya.

"Aa..apa yang telah buat kau jadi macam ni Lyra..?" Lirih suara Maria menjatuhkan ego meminta kebenaran dari sahabatnya.

Lyra tidak membalas, senyumannya mati seraya melayang tumbukan hampir mengena di wajah Rowen. Tapi Rowen yang tangkas, cepat mengelak dan membalas melayang tumbukan dan mengena wajah Lyra. Gadis itu berundur beberapa langkah kebelakang.

Maria ketap gigi sebelum menolak tubuh Rowen kebelakang, dia mengambil tempat melayang penumbuk silih berganti dari dua belah tangannya, Lyra tangkas menepis satu-demi satu.

"Maria!" Mata Noah membulat.

"Aku tak akan maafkan kau Lyra!" Terbayang satu demi satu rakannya yang terkorban. Maria ketap gigi sebelum melayang sepakan mengena di kepala Lyra.

Lyra berundur beberapa langkah kebelakang sebelum bersandar pada dinding. Turun naik nafasnya mencari tenaga.

"Aku tak sangka kau ada tenaga yang banyak semasa hamil Maria.." Lyra menegak tubuh memandang sahabatnya.

"Kau remehkan aku Lyra? Kau lupa siapa yang menang setiap kali kita bertarung?" Maria kini berwajah kejam mendekati sahabatnya.

GAVRIELWhere stories live. Discover now