Ryan tarik nafas panjang menenangkan diri, air mata lelakinya yang jatuh buat pertama kali diseka dengan jemari sendiri. Figura Angel yang seperti sedang berdiri di hadapannya menghulur senyuman lebar. Kata-kata Angel, ketegasan Angel, keberanian gadis itu seperti hidup dalam dirinya sekarang.
Begitu luas peluang yang dia ada untuk curah kasih sayangnya sebagai abang kepada Angel selama ini. Tetapi setiap kali melihat mata itu, hatinya sakit dengan cerita-cerita tentang Ibunya Lyra dirogol oleh lelaki bergelar bapa kepada gadis itu dan dia hasil dari rogol itu.
Kenapa dia tunjuk kebencian itu pada Angel? Angel sama sepertinya, terseksa tanpa keluarga.
"Ryan.. sudah." Rowen tarik lengan Ryan untuk bangun sebelum dia bawa Ryan dalam pelukan. Bahu Ryan ditepuk-tepuk menenangkan kecelaruan bermain dalam fikiran anaknya itu.
"Angel tak menyesal dengan apa yang dia buat, itu pilihan dia. Macam mana kita halang pun, kalau pengorbanan yang dia pilih. Dia akan lakukan juga Ryan." Jett pula menyambung buat Ryan menunduk wajah. Dadanya terasa begitu sempit buat dia tak mampu berfikir.
"Dia adik Ryan, sepatutnya Ryan lindungi dia.." Suara Ryan kedengaran kesal dihadapan Rowen dan Jett.
"Angel tahu kamu akan lindungi dia, sebab tu dia minta Kyle bawa kamu pergi. Dia percayakan kamu sebagai abang dia Ryan.." Kata-kata Rowen buat setitis air mata Ryan jatuh mengalir di pipi. Gigi diketap dalam dia menarik nafas cuba menatabilkan emosinya kembali. Dia tak boleh kelihatan lemah dihadapan tentera bawahan yang lain.
Tapi Angel itu adiknya..
Bunyi helikopter kedengaran kuat kedengaran dari jauh buat semua disitu mengerut dahi mendongak ke atas. Angin kuat buat masing-masing menekup mata dan wajah dari pasir-pasir halus yang beterbangan.
"EBRA? Siapa yang hantar?" Soal Jett hairan. EBRA unit tentera di bawah Gavriel yang khusus berkemahiran di udara dan mengawal kapal udara dan helikopter ketenteraan dalam erti kata lain mereka tentera udara.
"Noah ke?" Rowen kerut dahi melihat holikopter EBRA kini berada di atas mereka sebelum ada tali jatuh dan..
Zupp!!
Satu susuk begitu mahir turun menggunakan tali sebelum dia lepaskan seorang gadis yang melompat ke arah kerumunan tentera. Mujurlah si tentera peka mendakap si gadis.
Susuk lengkap berpakaian hitam tadi kembali ke helikopter sebelum mereka memberi hormat buat tentera di bawah. Pasir-pasir tidak lagi berterbangan saat helikopter milik EBRA kini sudah menjauh.
Mata Ryan terpaku, mulutnya kelu. Air mata di pipinya tadi kering begitu sahaja.
Di kerumunan tentera ada seorang gadis terhuyung hayang berjalan.
"A..Angel!!" Kuat Ella menjerit melihat susuk Angel berdiri dikerumuni tentera Lorcan. Angel hulur senyum.."Ella!" Makin melebar senyuman Angel seperti kanak-kanak baru keluar dari taman permainan. Ella kelu, yang lain turut terkedu tidak berkata.
Hanya pipi Kyle mengembung menahan dekah. Seronok sumpah sungguh seronok dia melihat apa yang berlaku tadi.
"Kyle!!" Mata Angel teruja melihat Kyle di belakang sebelum dia spontan berlari memeluk tubuh itu. Tak tahu bagaimana dia mahu luah terima kasih buat lelaki itu. Dia terhutang nyawa.
"Terima kasih." Erat pelukan Angel di tubuh Kyle buat lelaki tadi yang sedang menahan diri dari ketawa kini tergamam tidak bergerak. Tubuhnya sekeras-keras batu lagi-lagi melihat pandangan Ryan dan Adham tajam buatnya. Adakah ini pengakhiran hidupnya? Angel.. memang dia sudah selamatkan hidup gadis itu. Tapi nyawanya berada di hujung tanduk sekarang.
YOU ARE READING
GAVRIEL
Action(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembu...