BAB 6

33.3K 2.5K 87
                                    

"Dia fikir dia anak kepada Tuan Adam dia boleh buat sesuka hati!" Lyra menumbuk bantalnya melepas amarah. Dari petang marahnya dibawa sampai kemalam. Walau di dewan makan sebentar tadi mereka bersua muka dengan Rose dan rakanya.
Pandangan hangat antara keduanya masih terasa.

"Lyra.. Kau dah lupa nak cari baju untuk festival esok?" Tegur Maria. Wajah tegang Lyra tiba-tiba mengendur.

"Arghh!! Aku lupa!!" Lyra bingkas bangun dari katilnya lantas membuka loker baju. Seketika dia terdiam tidak bergerak. Maria mengerut dahi hairan.

"Huarghh!! Aku tak ada baju nak pakai!!!" Jeritan kuat Lyra boleh menggegar satu bangunan hostel.

"Lyra! Shuhh! Malam ni.." Bisik Maria lembut tapi kedengaran tegas. Lyra melepas keluhan berat.

"Aku tak ada baju nak pakai.." keluhnya. Kening Maria tercantum. Habis baju kemas tergantung di dalam loker gadis itu dipanggil apa?

"Lyra, duit elaun kita dah masuk. Bolehlah kau cari baju esok. Sementara itu pakailah apa yang ada." Pujuk Maria sambil mengeluarkan sehelai baju tshirt putih dan seluar jeans dari loker baju Lyra.

"Baju ini cantik." Puji Maria ikhlas. Lyra lambat-lambat berpaling melihag baju dikeluarkan Maria dari lokernya. Boleh lah dari tak ada.

"Terima kasih Maria." Lyra mencapai baju dihulur Maria lalu digantung pada dinding bilik. Maria senyum lega.

Bunyi ketukan pintu bilik dorm buat Lyra dan Maria serentak berpaling.

"Siapa?" Soal Lyra dimuka pintu.

"Ini Fin dan Erin." Mendengar bisikan halus dimuka pintu. Lyra pantas membuka pintu biliknya. Terjenggul wajah Finn dan Erin dengan sengihan lebar dimuka pintu.

"Ada apa Finn? Erin?" Maria turut bangun memandang dua gadis comel itu. Finn dan Erin berpandangan sesama sendiri buat seketika sebelum mereka mengeluarkan sesuatu dari dalam baju.

"Kek!" Lyra membulat mata teruja. Erin mengangguk.

"Soda?!" Maria memandang ke arah Finn yang mengeluarkan sebotol air. Finn pula yang mengangguk.

"Kami terpaksa sembunyikan tak mahu kadet yang lain nampak. Sebab makanan ini sedikit sahaja." Ujar Erin. Itu makanan yang dibeli ayahnya sebaik pulang bertugas di luar negara selama seminggu.

"Masuklah." Lyra seperti disorong bantal membuka pintu luas untuk Finn dan Erin masuk.

"Baik!"

"Wahh sedapnya kek ini.. ada 18 lapisan dan setiap lapisanya ada perisa yang berlainan. Warna juga sudah cukup buat aku rasa mahu menelan semuanya.." Lyra seperti biasa akan menunjuk riak kebulurnya.

"Kamu kemana esok?" Erin menyoal Maria dan Lyra.

"Lyra ajak aku ke Festival makanan kat ibu kota. Kamu berdua nak ikut?" Soal Maria kembali. Finn dan Erin kelihatan berpandangan sesama sendiri sebelum keduanya mengangguk.

"Kami tinggal di pendalaman. Tak pernah berjalan kat ibu kota. Apa kata kau dan Lyra bawa kami jalan-jalan?" Cadang Finn.

"Tch! Senang!" Lyra mengenyit sebelah telinganya dengan senyuman melebar.

"Kamu berdua tinggal dimana?" Soal Maria.

"Kami tinggal berdekatan dengan gunung Feyre. Bandar Pembe! Pernah dengar?"

Maria dan Lyra berpandangan sesama sendiri sebelum keduanya menggeleng kepala.

"Tak pelik." Finn mengeluh.

"Bandar Pembe terletak 3 jam dari pergunungan Feyre. Tapi 5 jam ke perkampungan lama Timur Feyre. Biasa kawasan itu tak berapa terkenal sebab penduduknya yang sudah sedikit. Ramai sudah berpindah ke ibu kota kerana takut." Erin menyambung disertakan dengan keluhan.

GAVRIELWhere stories live. Discover now