ANGEL EYES 3

19.3K 1.8K 102
                                    

"Tolong bawa anak saya kehospital, anak saya demam panas!" Si Ibu merayu di muka pagar rumah jiran. Kalau tidak mengenangkan keadaan anaknya yang makin memburuk mungkin dia tidak sanggup lakukan semua itu.

"Ah Stella! Apa duit pampasan dari kerajaan tidak cukup untuk kau naik teksi?" Stella terdiam mendapat jawapan jirannya. Angel dalam dukungan dipeluk erat.

"Sedangkan duit pampasan tu tidak layak pun kamu dapat memandangkan suami kamu itu cuma tentera Duvan yang sudah membunuh ramai orang!" Sambung si jiran lagi.

Stella berundur beberapa langkah kebelakang. Mulutnya kelu.

"Mengenangkan penderitaan ramai orang disebabkan tentera Duvan dulu. Kesakitan anak kau sekarang tiada maknanya..." Herdik si jiran buat Stella letak Hana kebawah dan berpaling memandang jirannya penuh dingin.

"Kalau dia mati pun..."

'PANG!' Tergamam si jiran mendapat tamparan hebat wanita itu.

"Kau.."

"Angel tidak tahu apa-apa!! Bahkan dia tidak sempat temui ayah dia! Apa kamu tak ada hati perut menghukum anak kecil ini?!!" Kuat tengkingan Stella mengundang mata-mata di balik tingkap jiran-jiran yang lain.

"Mama..."

"Kamu orang Duvan yang tak sedar diri!!" Pekik si jiran sebelum melangkah masuk ke dalam rumah dan menghempas kuat pintu rumahnya.

Turun naik nafas Stella merenung wanita itu lantas kepalanya tunduk memandang Angel yang kelihatan lemah merenungnya.

"Angel jangan risau, kita akan sampai ke hospital.." Stella kembali mendukung Angel masuk ke dalam rumah. Bukan dia tidak mahu menghubungi teksi tetapi tidak satu pun teksi sudi menjemput mereka.

"Kau tak nak aku ikut Angel?" Zael tenung Angel sedang sibuk menyiapkan dirinya.

"Aku ada urusan sendiri. Tak perlu ikut aku 24 jam seperti seorang pengawal." Balas Angel dingin buat Zael lepas keluhan berat di muka pintu bilik gadis itu.

"Apa salahnya? Kau itu perempuan Angel, aku lelaki. Memang tugas aku lindungi perempuan yang aku sayang." Zael melangkah masuk lantas melabuhkan punggung di atas katil Angel.

"Aku sudah cukup kuat dan tak perlukan kau dan Adeen untuk pantau aku setiap waktu." Balas Angel angkuh buat Zael lepas tawa kecil.

"Ya ya baik. Aku tahu kau kuat. Tapi aku tetap nak tengok kau di depan mata aku setiap waktu dan aku nak pastikan tiada tangan busuk boleh sentuh kau." Balas Zael mendatar buat Angel diam merenungnya di balik cermin.

"Cakap pasal busuk, kau ada bau sesuatu?" Berkerut wajah Angel pandang Zael di atas katilnya.

"Ini bau hangit." Mata Zael membulat.

"Adeen!!" Serentak dua manusia itu melaung nama Adeen sebelum keduanya meluru kedapur.

"Aku dah cakap jangan bagi Adeen masuk dapur kan?" Omel Angel sambil mematikan dapur gas dan mencapai pan dipakai Adeen lalu dimasukkan ke dalam sinki. Sudah hangit telur digoreng pemuda itu.

"Aku tak ada banyak mata boleh tengok dia setiap waktu." Keluh Zael.

"Aku lapar." Adeen mengadu buat Angel menyipi mata.

"Pembantu rumah kemana?" Soal Angel, biasanya waktu begini pembantu rumah mereka sudah berada di dapur kerana Adeen selalu kelaparan akan mencari makanan waktu-waktu begitu.

"Entah, dia belum pulang." Adeen juih bibir sebelum tangannya membuka kabinet dapur mencari makanan ringan boleh dia alas perutnya.

"Zael masakkan untuk Adeen. Aku kena pergi." Ringkas arahan ditinggalkan Angel sebelum berlalu meninggalkan dua lelaki itu.

GAVRIELWhere stories live. Discover now