PROLOG

109K 3.8K 100
                                    

Dimulakan kisah sebuah negara bernama Khabi, sebuah negara Republik yang diperintah oleh seorang presiden yang dipilih oleh rakyat. Terdapat dua pasukan ketenteraan khas, DUVAN DAN GAVRIEL. Pasukan ketenteraan Duvan terlebih dahulu dibentuk oleh presiden pertama. Disebabkan adanya penindasan terhadap rakyat yang terjadi pada pemerintahan presiden kedua, pasukan GAVRIEL dibentuk oleh presiden keempat dengan tujuan menjaga rakyat.

Dua sistem ketenteraan tersebut tidak berhubung baik. Dan satu presiden yang mulai berlaku kejam. Ini bukanlah kisah Istana. Ini adalah kisah sebuah kaum yang tertindas oleh kekejaman pemimpin.

•••

'Hari ini dalam sejarah, Selusia dan Ferland bersatu dalam satu pemerintahan. Berita mengejutkan ini diumumkan di seluruh dunia, menjadi sejarah baru dalam pemerintahan bagi kedua negara tersebut.'

"Tak sangka setelah puluhan tahun mereka bermusuhan, akhirnya siapa sangka dua negara itu bersatu juga," Elena meletakkan pinggan di atas meja sambil telinganya memberi fokus pada siaran televisyen.

"Kat dalam dunia ni, pelbagai benda boleh jadi. Kita siapa nak nak letak tentukan." Lelaki berkumis nipis menutup akhbar yang sedang dibacanya, lalu menatap wajah manis isterinya, seorang wanita Timur Feyre. Rambutnya berwarna hitam pekat, licin sehingga setiap kali wanita itu bergerak, rambutnya turut ikut bergerak mengikuti irama. Wajah yang manis itu mampu membuat mana-mana lelaki tergila-gilakan perempuan Timur Feyre tersebut.

"Kenapa awak tengok saya macam tu, James." Elena memberi teguran dengan lembut, sambil menatap suaminya yang tidak mampu untuk berkedip mata kerana sedang menatapnya. James mendengar teguran tersebut dan mula melepaskan gelak tawa yang kecil.

"Saya terlalu rindu awak dan Noah. Oh ya. Noah mana?" Mata James melilau mencari kelibat anak kecilnya. Rasanya tadi dia melihat si anak berumur 8 tahun itu berada di depan televisyen.

"Noah dah keluar. Aku suruh dia hantar makanan kat keluarga Adela dan Malik," jawab Elena. Suara lembut meluncur dari bibir wanita itu, mampu membuat sesiapa pun terhanyut terdengarnya.

"Apa khabar dia orang? Saya dah lama tak bertemu dengan pasangan tu." James bertanya dengan teruja. Adela adalah sahabat karib Elena, seorang yang selalu berada di sisi Elena ketika dia pertama kali berusaha untuk mendekati isterinya. Sekarang Adela telah bersuami dengan seorang lelaki yang juga merupakan kaum Timur Feyre.

"Dia orang sihat. Maria juga sudah semakin besar dan menjadi kawan rapat bagi Noah kita." jawab Elena.

Sekarang, makanan sudah siap dihidangkan di meja, menanti Noah untuk pulang dan makan bersama-sama.

"Maria?"

James kelihatan tidak mengenali siapa Maria. Elena pula tergelak kecil.

"James, dah lupa ke? Maria tu yang awak dukung tahun lepas? Anak kecil yang muntah kat baju awak tu." Mata James tiba-tiba terbeliak. Baru teringat pada budak comel itu.

"Oh Maria. Anak Adela dan Malik. Berapa umur dia sekarang? Saya dah setahun mengikuti misi Gavriel. Makin lupa banyak benda." James dengan melepaskan tawa kecil lantas mengurut pelipisnya.

"Lima tahun. Dia akan membesar jadi gadis yang cantik. Dan saat itu saya akan kahwinkan dia dengan Noah." Teruja Elena memasang angan.

"Cinta tak boleh dipaksa. Perjalanan mereka berdua masih panjang." Kata James seraya mematikan senyuman di bibir isterinya.

"Jadi saya nak tunang kan diorang masa kecil ini, supaya bila diorang dah besar nanti, diorang boleh cari satu sama lain,"

"Maria dan Noah tu masih budak-budak lagi. Banyak lagi yang diaorang kena belajar," balas James.

GAVRIELWhere stories live. Discover now