BAB 30

33.6K 2.6K 205
                                    

Remy menguap luas mulutnya, dengan mata masih berbekas benkak kantuk dia melangkah membuka pintu bilik latihan selalu diguna mereka. Hari ini tugasnya untuk menyediakan alatan latihan untuk ahli kumpulannya.

Badan diregang beberapa kali cuba mencari semangat dalam kemalasan. Buat seketika dia tergamam melihat sepasang selipar jepun terletak elok dihadapanya. Kepalanya pantas diangkat, terkebil-kebil mata dibuatnya melihat susuk seorang gadis sudah berpeluh-peluh menyusuh peralatan latihan. Mata Remy serta merta membesar, yang tadinya mengantuk serta merta hilang begitu sahaja.

"Maria!!" Remy melangkah laju mendekati gadis itu. Maria berpaling dengan senyuman.

"Ya?"

"Kau buat apa kat sini? Tubuh kau macam mana? Kau kan masih luka?" Remy memegang bahu Maria lamtas membelek-belek seperti dia dapat meliha luka di sebalik baju dipakai perempuan itu.

Maria melepaskan tawa kecil, lantas menepis tangan Remy di bahunya.

"Tuan Remy ni kelakar lah. Saya dah sembuh!" Maria kembali meletak barangan latihan di atas meja. Remy menggaru kening sendiri.

"Remy,, kau ada beli kopi ke tak?" Ada suatu suata buruk bercakap sambil menguap baru tiba menegur. Remy yang masih terkejut pantas berpaling melihat Jett menghempas kasut di atas kerusi.

Beberapa orang susuk lelaki yang baru tiba buat Remy teguk air liur lantas menarik Maria bersembunyi di belakangnya. Maria mengerut dahi hairan.

"Kalau Noah tahu kau keluar dari hospital tanpa pengetahuan dia. Kau boleh mati Maria!" Suara Remy keras berbisik. Dia sudah trauma hampir diugut tembak oleh Noah kerana dia melarikan diri kerana kebosanan di hospital dahulu. Ugutan Noah saat itu samgat nyata dan menyeramkan. Sudahnya Remy kembali sendiri ke hospital dan bertahan menerima bebelan dan ceramah jururawat disitu.

"Be..belum! Aku baru sampai." Balas Remy mendatar. Tubuh Maria yang dan lebih pendek darinya mudah untuk dia sembunyikan di belakang badannya. Tapi untuk bawa gadis itu keluar dari bilik latihan itu bagaimana?

"Oh.. Rowen? Tolong.. aku tak boleh training kalau tak minum kopi. Nanti aku tidur sambil menembak." Jett memandang Rowen yang juga kelihatan masih malas mahu bergerak. Noah pula diam sedang membelek sesuatu di dalam almari.

"Aku ada bawa Kopi, minum lah yang aku punya." Rowen melempar botol besi kepada Rowen. Masih terasa hangatnya menandakan air di dalamnya masih panas. Jett tersenyum lebar.

"Kau memang tak pernah mengecewakan Rowen." Sebaik itu penutup botol Rowen dibuka, air di dalamnya diteguk.

Remy masih tegak tidak berganjak. Bagaimana dia mahu bergerak jika Maria berada di belakangnya. Ini satu lagi masalah untuknya. Arghh!!

"Remy, Sandbag yang selalu aku guna.." mata Noah menangkap sesuatu.

"Oh dah ada! Aku dah letak kat sana." Remy bergerak sedikit apabila dapat membaca mata Noah seperti menangkap sesuatu darinya.

"Rajinnya kau. Selalunya Noah yang letak benda tu sendiri." Jett mencelah. Remy gigit bibir, ini Maria punya terlebih rajin.

"Haa,, harini tenaga aku banyak!" Remy garu kepala yang tak gatal.

"Tuan Remy? Sampai bila saya nak duduk sini." Maria berbisik di belakang telinga buat Remy menarik nafas panjang.

"Remy?" Rowen menegur sambil matanya bergerak ke bawah memandang sepasang kasut putih tebal keras tidak bergerak di belakang Remy.

"Ya?" Remy segera mengangkat wajah memandang ke arah Rowen.

"Noah tak akan bunuh tunang dia sendiri. Kau jangan risau." Mendengar kata-kata Rowen, wajah Remy segera berubah. Maria dibelakang tersenyum manis.

GAVRIELWhere stories live. Discover now