BAB 60

29.5K 2.5K 300
                                    

"Aaaaaa!!!" Tersentak dua tentera yang sedang menjalankan tugas mereka dimuka pintu rumah milik Kapten Maria. Di dalamnya adanya Maria Bersama Syira dan beberapa pembantu perawat yang lain.

"Sikit lagi Maria."

"Tak boleh Syira. Sakit.."Menitis air mata Maria menahan sakit yang maha dahsyat.

"Kau boleh Maria." Bisik Lyra kemas menggenggam tangan Maria lantas memandang Syira berpeluh-peluh. Syira kelihatan mengalami saat sukar untuk menyambut kelahiran anak kerana kekok dengan suasana bukan hospital itu.

"Sikit lagi Maria. Kepala dah nak keluar!" Ujar Syira. Lyra yang mendengar kembali menoleh memandang Maria berkerut dengan mulut sedikit terbuka mencari nafas.

"Aaaaaa!!" Bergema rumah itu dengan pekikan Maria buat dua orang tentera itu memejam rapat mata mereka. Sungguh mereka tidak sanggup mendengar jeritan kesakitan Kapten Maria mereka. Maria tidak pernah menunjuk sakitnya selama ini. Ini kali pertama dia mendengar raungan itu.

Tidak lama kedengaran bunyi tangisan si bayi buat orang-orang disitu tergamam lantas melorek senyum bersyukur. Noah yang berada tidak jauh dari rumah itu akhirnya meraup wajah kesyukuran sebaik seorang tentera datang kearahnya membawa berita gembiraz Bukan dia tidak ingin menemani isterinya tetapi Maria terlebih dahulu menghalang Noah berada disekelilingnya saat dia ingin lahirkan anak mereka. Dia tidak tahu kenapa Maria seperti itu, tapi dia menghormati keputusan Maria walau semangatnya berkobar-kobar untuk turut bersama menyambut kelahiran anak sulong mereka.

"Akhirnya setelah berkurun lama, seorang bayi telah lahir di Timur Feyre. Tahniah Noah." Noah menoleh dengan senyuman memandang Zoey yang menghampiri lantas menepuk bahu Noah. Entah kenapa perasaanya rasa sebak melihat suasana ini.

Suasana yang dia rindukan sejak dahulu. Ketika Timur Feyre kembali bersuara setelah lama berdiam di dalam duka. Akhirnya segala impiannya bersama yang lain termakbul.

"Aku rindukan suasana ini.." Noah senyum segaris. Dia pandang sekeliling tak jauh dia memandang Rowen bersama anaknya Ryan yang baru bangun dari tidur lelaki itu kelihatan tenang melangkah kearahnya.

"Kau dah tak nampak macam tentera Elit Rowen." Noah tergelak kecil memandang Rowen kelihatan comel bersama anak Lyra. Walau Ryan bukan anak kandung lelaki itu tapi Rowen menjaga Ryan lebih dari itu.

Bagi Rowen Ryan anaknya, kerana dia yang menjaga kandungan Lyra dan bersama Lyra sejak kandungan Lyra masih kecil. Hanya dia yang layak.

"Sabar Noah, kau akan jadi macam aku juga nanti." Rowen juih bibir sambil memandang Ryan dalam kandungannya.

"Jadi macam mana dengan Maria?" Jett yang turut tiba melabuhkan duduk disebelah Noah bersama beberapa kertas ditangan. Lelaki kelihatan sangat lelah memikul tugas Rowen dan Noah serentak. Rowen yang sibuk dengan anaknya kerana Lyra menemani Maria. Dan Noah yang tidak akan bekerja kerana risaukan isterinya.

'Oh Remy! Aku perlukan kau...'

"Aku menunggu.." Noah pandang jauh ke pergunungan Feyre. Hari itu tidak terlalu panas, tidak terlalu mendung. Cuaca yang sangat cantik untuk menyambut kedatangan orang baru.

Tak lama kedengaran enjin kereta baru tiba buat keempat lelaki itu berpaling. Lihat saja gerangan yang baru keluar dari perut kereta, Noah menyipi mata. Atau lebih tepat menyipi mata memandang barang-barang dibawa gadis itu.

"Saya dengar berita yang semalam Maria sudah mahu melahirkan. Bagaimana dengan keadaan dia?" Soal Rose teruja sebaik melangkah ke arah Noah dan rakan-rakannya.

"Dalam tu. Baby sudah lahir tapi kami tiada apa-apa makluman lagi dari orang di dalam. Cuma pegawai memaklumkan yang Maria sudah selamat melahirkan seorang bayi." Balas Noah, dia sendiri sudah tidak sabar menunggu pintu rumah milik Maria terbuka.

GAVRIELWhere stories live. Discover now