BAB 33

27.8K 2.5K 184
                                    

Siap menuang air suam ke dalam gelas, Maria mengacau air susu itu dengan sudu. Usai merasa serbuk susu sudah sebati menjadi minuman. Dia merentap sudu dipakainya tadi lantas meletak ke atas piring. Gelas berisi susu dibawa bersama beberapa keping roti ke arah satu bilik.

Dari jauh dia mendengar gelak tawa riuh kedengaran dari bilik menempatkan Tessa. Tessa berborak dengan Lyra kah? Tapi Lyra sekarang sedang menjaga Camila. Aria? Tapi Aria dan Remy sedang bertugas berjaga di luar.

Sebaik menolak daun pintu, wajah Maria berubah kendur melihat gerangan yang berbual dengan Tessa sehingga mampu buat gadis itu tersenyum dan tergelak ceria.

"Awak buat apa kat sini?" Suara Maria berubah tidak seperti semalam.

"Aku minta diri dulu. Nanti kita borak lagi. Kau rehat cukup-cukup. Ada apa-apa beritahu aku." Maria terkedu melihat Noah bangkit lantas mengemas selimut di tubuh Tessa. Padahal soalannya tadi dibiar tidak berjawab oleh lelaki itu.

Noah hulur senyum buat Tessa dan Tessa membalasnya lebar sebelum tubuh lelaki itu berlalu melintasi Maria tanpa kata mahupun senyuman. Riak wajah itu kosong.

"Noah!" Maria berpaling tapi Noah tetap berlalu lantas menutup daun pintu. Maria terjeda, ikutkan hati dia mahu mengejar lelaki itu tapi difikirkan tugasnya perlu memberi Tessa makan, maka dia batalkan niatnya.

"Maria.." Mendengar namanya diseru, Maria berpaling memandang ke arah Tessa yang mengerut dahi.

"Kenapa?" Soal Tessa.

Maria senyum tipis lantas menggeleng kepalanya.
"Tak ada apa-apa." Dia lantas bergerak melabuhkan duduk di tempat Noah sebentar tadi sebelum gelas berisi susu dan roti di atas meja.

"Macam mana keadaan kau?" Soal Maria lembut. Tangan bergerak menyelak rambut halus Tessa. Kesan luka masih pekat meninggal bekas.

"Sudah membaik. Lihat Noah kat sini semangat aku makin berkobar-kobar untuk sembuh." Balas Tessa buat senyuman Maria mati. Maria teguk air liur, kenapa perasaanya rasa tidak kena. Adakah hatinya sakit?

Cemburu?!

"Oh.. Kenapa?" Maria beriak tenang, mencapai roti lantas menyapu jem yang sudah tersedia di atas meja.

"Rupanya Noah itu kawan aku semasa Tadika dahulu. Wajahnya sekarang semakin kacak buat hati aku cair." Ujar Tessa teruja. Maria senyum pahit.

"Ohh.."

"Kenapa kau tak pernah beritahu yang kamu semua sudah bekerjasama dengan Noah dan pasukanya?"

"Yeah, ada satu kemalangan buat identiti kami terbongkar. Tapi tak bermakna kami sudah bekerjasama. Kita masih dari pihak yang berbeza." Ujar Maria tanpa perasaan. Tessa mengerut dahi sendiri.

"Jadi bagaimana kau dapatkan pertolongan dari mereka semalam?"

"Aku tak tahu. Mereka datang tiba-tiba tanpa pengetahuan kami." Balas Maria lantas menghulur sekeping roti kepada Tessa.

"Jadi mereka selamatkan kita? Kenapa kau masih tak percayakan mereka untuk bergabung? Noah itu juga Timur Feyre."

"Sudah Tessa!" Suara Maria sedikit keras buat Tessa terdiam.

"Maria.."

"Maaf.. Aku masih trauma." Maria memejam mata seketika cuba menenangkan diri.

"Maria aku suka Noah.." Mata Maria sedikit membesar mencerna kata-kata Tessa

"Kau sedar tak apa yang kau cakapkan Tessa? Kau baru kenal Noah!"

"Aku sedar. Aku sukakan dia kerana aku percayakan dia. Sebab tu aku merayu pada kau tolong percaya dan bekerjasama dengan Noah dan pasukannya. Mereka pasti akan banyak membantu kita nanti." Maria raup wajah sendiri.

GAVRIELWhere stories live. Discover now