BAB 23

26.1K 2.6K 221
                                    

Maria melangkah dengan senyuman apabila dia dikhabarkan Lyra sudah sedarkan diri setelah 6 jam pembedahan. Dia ada melawat Lyra sebelum ini, tapi gadis itu belum sedarkan diri.

Bekas makanan kegemaran Lyra digenggam erat, tidak sabar rasanya mahu menyuap mulut gadis kepoh itu dan menangis bersama-sama. Dia ingin Membebel agar gadis itu serik untuk lakukan kesilapan dan terluka lagi. Dan dia akan pastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Maria tersenyum melihat dua orang tentera berdiri tegak dihadapan bilik Lyra. Langkah dilajukan. Hari ini dia hanya berpakaian kasual tshirt putih dengan seluar slack bewarna biru gelap. Rambut diikat gaya pony tail membuat dia kelihatan feminin seperti gadis biasa.

"Maaf. Kamu tak dibenarkan masuk.." belum sempat Maria memegang tombol pintu dia tiba-tiba dihalang. Wajah Maria mengendur terkebil-kebil.

"Tapo kenapa? Inikan waktu lawatan?"

"Tiada sesiapa dibenarkan melawat Lyra." Balas tentera wanita itu.

"Saya Maria. Kawan Lyra. Kami satu dorm!"suara Mari sedikit meninggi. Gigi diketap, dia tidak dapat menerima apabila dia dihalang menemui Lyra.

"Maaf. Tiada sesiapa dibenarkan melawat Lyra. Kami tidak tahu apa-apa. Ini arahan pihak atasan."

"Siapa?"

"Tuan James."

Maria terdiam memandang wajah dua pegawai itu silih berganti. Apa sudah terjadi sebenarnya? Air liur ditelan terasa kesat. Kenapa perasaanya rasa tidak enak.

"Kalau macam tu, boleh kirimkan makanan ini untuk dia. Saya sudah masak untuk Lyra." Maria hulur bekas makanan ditanganya.

"Baik."

"Terima kasih.." Sebaik menutur ayat itu Maria melangkah pergi. Ada sesuatu yang di harus pastikan.

Langkah membelok sepantas mungkin menuju ke arah sebuah bilik. Dia pantas bersembunyi di sebalik tiang apabila mendengar derap langkah kuat terhasil dari kasut dipakai oleh dua orang pegawai yang baru melintasinya. Dari jauh dia dapat melihat bilik Aria juga dijaga rapi oleh dua orang pegawai.

Firasatnya mengatakan sesuatu telah berlaku. Maria pantas beredar menuju ke bilik Hakim seorang lagi ahli Kumpulan Lyra. Tapi yang peliknya tiada seorang pun pegawai yang berjaga disitu. Mata Maria sedikit membesar apabila melihat Rose yang baru keluar dari bilik Hakim.

Satu helaan nafas dilepas sebelum Maria melajukan langkah mendapatkan gadis itu.

"Rose!" Nama Rose dipanggil buat gadis yang hampir menuruni tangga itu berpaling mencari suara si pemanggil. Melihat susuk Maria. Rose berhemti menunggu Maria mendekatinya.

"Apa yang sudah terjadi? Kenapa Aku tak dapat jenguk Lyra?!" Soal Maria kasar. Wajah Rose sedikit berubah mendapat soalan itu.

"Aku tak tahu.."

"Apa yang berlaku pada Lyra?!" Suara Maria keras seperti mahu mecekik gadis itu.

"Aku tak tahu. Tapi mereka hanya mahu lakukan siasatan.."

Kata-kata Rose terhenti sebaik melihat susuk seseorang yang muncul dari belakang Maria. Dia teguk air liur.

"Maria." Maria tersentak mendengar namanya diseru. Suara yang dia kenali.

"Kapten.." wajah Maria sedikit berubah melihat Noah bersama Rowen berdiri dihadapanya. Wajah keduanya serius sedikit seorang singa menunggu masa membahang sang mangsa.

"Boleh ikut kami?"

"Maafkan aku Maria.." terdengar bisikan halus Rose dibelakang buat Maria berpaling melihat wajah itu. Apa yang perlu dimaafkan? Apa yang sudah terjadi sebenarnya?

GAVRIELWhere stories live. Discover now