ANGEL EYES 6

17.2K 1.7K 48
                                    

"Dylan!!" Ella berlari teruja sebelum dia melompat memeluk tubuh adiknya.

"Ella! Beratlah!" Dalam merungut, Dylan bertahan juga menahan tubuh kakaknya.

"Alah, kan dah jadi tentera Gavriel. Tak kan dukung aku pun berat." Ella menjarakkan tubuh. Dylan pula menjuih bibir sebelum matanya menangkap susuk Zoey dan Rose yang menghampiri.

"Ayah, Ibu." Dylan tersenyum lebar dan menegakkan badannya. Seragam Gavriel yang tersarung kemas pada tubuh lagi menambah segaknya.

"Tahniah Dylan. Akhirnya kamu dah lulus. Ibu bangga dengan kamu." Dylan tersenyum lantas menunudukkan sedikit kepalanya apabila tangan Rose menyapa pipi dan satu kucupan dihadiahkan ibunya di pipinya.

"Terima kasih Ibu." Dylan tersenyum lebar.

"Ayah cuma belikan ini untuk kamu. Itupun Ibu yang suruh belikan. Ayah rasa Pizza lagi sesuai untuk kamu." Dalam terpaksa Zoey hulur sejambak bunga buat anaknya. Dylan tersengih. Zoey lebih tahu apa yang dia perlu.

"Tak kan nak bawa Pizza tengah-tengah majlis macam ni. Ingat picnic ke apa?" Rose memintas.

"Entah ayah ni. Ayah tu orang atasan Lorcan. Jangan malukan muka ayah!" Ella menyokong.

"Apa salahnya. Bunga tu bukan boleh makan. Sekurang-kurangnya kalau beli Pizza kita boleh kenyang." Zoey tak mengalah.

"Ya. Ya. Nanti Dylan tuntuk Pizza dengan Ayah!" Dylan peluk bahu ayahnya sebelum membawa Zoey melangkah ke arah jurugambar yang sudah bersedia menangkap gambar mereka.

"Alex dengan Faik mana Ibu?" Ella menyoal Rose. Rasanya, sudah dua minggu Alex dan Faik di bawah jagaan mamanya kerana Noah yang meminta Rose tolong mengasuh anak-anak itu sementara Maria masih belum begitu sihat.

"Harini Ibu sibuk, jadi Ibu hantar Faik ke taska, dan Alex sekolah macam biasa. Nanti Noah akan ambil mereka." Balas Rose tenang. Ella hanya mengangguk-ngangguk kepalanya sebelum dia toleh memandang beberapa pengawal sudah bersedia untuk kehadiran orang-orang terhormat Gavriel dan Lorcan. Ayahnya salah seorang daripadanya orang terhormat itu. Tetapi Zoey..

Mata Ella menyipi melihat orang-orang memandang Zoey bersama Dylan bergelak tawa dihadapan kamera seperti dia bukan sesiapa.

Ergh ayah!!

•••

"Zael mana?" Angel pandang Adeen yang masih berbaju sekolah dan berapron. Dia mengecil mata.

"Adeen kau tak sekolah?" Belum sempat Adeen menjawab soalan sebelumnya, Angel kembali menyoal.

Adeen garu kepala yang tidak gatal. Telur goreng yang dia sudah selamat goreng diletak di atas meja. Sejak dia pandai menggoreng telur, lagaknya dapur itu dia yang punya hingga Angel dan Zael tidak dibenarkan ke dapur. Adeen berkeras ingin memasak sebagai tanda penggargaan buat dua orang itu. Walaupun siang malam mereka hanya makan telur goreng. Sudahnya, Angel tidak tahu bagaimana mahu menolak dan Zael yang tidak sampai hati meninggal komen.

"Sorry Angel, aku lewat. Tadi masa dalam perjalanan nak pergi sekolah. Aku jumpa anak kucing lapar. Dia jatuh dalam longkang. Jadi aku selamatkan dia."

"Aku pergi supermarket belikan dia makanan. Dan bagi dia makan."

"Bila sampai sekolah pagar dah tutup."

"Apa kucing yang sama kau jumpa 3 minggu lepas?" Soalan Angel berbaur perlian. Dia rasa, dia pernah dengar cerita yang sama dari mulut yang sama.

"Tak, tak sama. Ini kucing lain." Tak bersalah Adeen membalas. Angel urut dahi sendiri.

"Adeen, kalau kau nak membesar dengan baik dan jadi orang berguna. Jangan ponteng sekolah. Aku tahu kau bijak tapi kau tetap nampak tak baik kalau kau kerap ponteng sekolah macam ni." Bebelan Angel dibalas senyuman oleh Adeen. Dia tahu, semuanya akan masuk telinga kanan dan akan keluar telinga kiri.

GAVRIELWhere stories live. Discover now