Tangan naik ke dada. Baju yang kemas terbuntang dari atas ditanggalkan satu persatu. Mata Rowen masih kosong memerhati seperti memerhati badut yang sedang cuba melakukan jenaka yang tidak menarik baginya. Apa perempuan itu ingin guna taktik kotornya dengan menggodanya?
Tak mungkin berlaku kerana dia Rowen.
"Bagi saya jumpa atau..." Lyra masih tersenyum sinis.
Rowen diam menjungkit sebelah keningnya seperti tidak terusik dengan ugutan perempuan itu.
Tiba-tiba Lyra menanggalkan ikatan rambutnya tepat dihadapan Rowen buat aroma rambut wanita itu kuat menusuk hidung. Tanpa membuang masa, rambut sendiri diserabaikan oleh tangan sendiri buat berkeadaan Lyra seperti seorang mangsa yang cuba diperkosa.
"Tolo..." Belum sempat Lyra menghabiskan jeritan. Rowen terlebih dahulu menekup mulut gadis itu dan melekap tubuh Lyra ke dinding.
Dalam kesakitan bibir Lyra menyungging senyum sinis.
"Tak sangka misi yang kau dah lalui buat kau jadi makin licik." Rowen mengetap gigi.
"Saya anggap itu pujian dari Tuan." Suara Lyra kedengaran gembira sebaik Rowen melepas tekupan di mulut.
Rowen lepas keluhan sebelum mengalih pandanganya. Dahinya berkerut-kerut memikirkan sesuatu.
"Jadi kau kecewa kerana tak dapat teruskan perkahwinan dengan tunang kau?" Rowen menyambung memotong sayuran diletak Lyra.
"Saya tak kisah tentang perkahwinan itu. Kalau tak berkahwin pun saya okay, kalau berkahwin pun saya tak ada masalah. Cuma saya tak mahu kehilangan dia. Dia bagaikan seorang ahli keluarga pada saya. Tanpa dia hidup saya rasa tidak sempurna.."
"Dia sudah pergi,, kau okay?" Entah buat kali pertama Rowen tunjuk rasa prihatin pada seorang perempuan.
"Saya tiada pilihan selain terus bertahan untuk semua orang, dan Aria." Terngiang-ngiang kata-kata Lyra tempoh hari. Entah kenapa dia begitu terkesan dengan apa yang sudah terjadi. Bagai satu perasaan meronta-ronta meminta dia lakukan sesuatu untuk mereka.
Tapi batasnya menghalang. Dia tidak mampu. Bahkan satu skuadnya tidak mampu lakukan apa-apa untuk selamatkan Lyra. Entah apa dilalui dan dimana Lyra sekarang.
Remy memandang Jett. Jett turut melakukan perkara sama membalas pandangan lelaki itu sebelum keduanya beralih mata memandang Rowen yang dari tadi termenunv memikirkan sesuatu.
"Rowen, kau fikirkan Lyra?" Remy memang selalu tepat meneka. Rowen menoleh lantas tersenyum tipis.
"Entah apa yang dia lalui sekarang.." Ringkas balasan Rowen buat Jett dan Remy terdiam.
"Mereka kelihatan ceria setiap waktu, mereka yang paling tenang antara tentera yang lain. Tapi dalam mata mereka penuh dengan ketakutan, mereka tidak percayakan sesiapa sebab apa yang berlaku sekarang.." sambung Rowen lagi.
"Aku tak boleh bayangkan macam mana mereka memilih untuk keluar dari kedamaian mereka dan letak diri dalam ancaman sebagai perisik. Hidup mereka menyedihkan." Suara Rowen kedengaran beremosi.
"Aku ada rancangan untuk selamatkan Lyra. Itupun kalau Lyra masih selamat, tapi rancangan ni memerlukan persetujuan Tuan James, dan pihak Timur Feyre." Ujar Jett tiba-tiba buat Rowen menegak tubuh memandang sahabatnya.
"Apa?"
"Coup d'etat" Jett senyum sinis. Rancangannya buat Rowen dan Remy tergamam, hampir jatuh rahang kedua lelaki itu dibuatnya.
•••
"Maria!!"
"Maria tolong!!"
YOU ARE READING
GAVRIEL
Action(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembu...