ANGEL EYES 10

16.6K 1.8K 188
                                    

"An..Angel.." Pandangan Deen kelam, awalnya gelap kini mula kabur dan terlihat cahayanya.

"Zael.." Suara itu lemah menyeru bagai susuk orang-orang dicintainya ada dihadapan matanya sekarang

"Adeen!." Syira yang sedang duduk menyilang kaki segera bangun menerpa. Setelah beberapa minggu tidak sedarkan diri, akhirnya remaja lelaki itu bangun dari koma yang Panjang.

"Si..siapa.."Lelah. itu yang dia rasakan. Walau baru 3 patah perkataan keluar dari mulutnya, rasanya seperti dia sudah 3 jam berenang.

"Saya Doktor Syira. Doktor merawat kamu selama ni. Kamu ni Hospital milik ketenteraan Gavriel." Sambil menjawab sambil Syira memeriksa tekanan darah anak muda itu. Adeen kelihatan lelah dan membiarkan sahaja tubuhnya diperiksa wanita itu. Otaknya masih tidak dapat mencerna apa yang sedang berlaku pada dia sekarang.

"Kamu akan sembuh Adeen. Tahniah." Sebaik siap memeriksa hampir keseluruhan keadaan lelaki itu, Syira hulur senyum manis.

"Angel, Zael.." Hanya itu mampu dibalas Adeen. Dia betul-betul ingin melihat Zael dan Angel ada dihadapannya sekarang.

Syira Tarik nafas berat seraya kembali melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Mereka akan balik nanti. Kamu patut rehat dan kumpul tenaga kamu untuk jumpa mereka nanti." Lembut Syira memberi nasihat. Dia seorang ibu dan dia faham bagaimana seorang ibu akan rasa jika anak mereka ada tempat Adeen sekarang.

Adeen kelihatan memahami apa yang diperkatakan Syira. Perlahan-lahan mata remaja lelaki 16 tahun itu melayu kembali. Dia perlu kumpul tenaga untuk bertemu Angel dan Zael. Dia betul-betul perlukan tenaga.

Mata Syira jatuh memandang tapak tangan sendiri. Jelas getaran yang dia rasa. Ketakutan mula menyelubungi diri. Semoga segalanya berjalan lancer disana.

"Kenapa mereka masih ramai?!" Turun naik nafas Adham, bersembunyi di belakang dinding.

"Ini bukan orang Duvan, tapi mereka senjata Duvan." Kyle pula menyambung dari earpiece. Mata bergerak melihat orang-orang Duvan bergerak gelojoh tanpa mereka fikir tentang kematian. Ini yang Angel katakan? Duvan menculik pelarian untuk dijadikan senjata sendiri.

"Jangan risau, Lorcan sudah sampai." Adham Tarik nafas panjang apabila bunyi tembakan dan asap-asap mula kelihatan dari tingkap menandakan Lorcan sudah memunculkan diri memberi bantuan.

"Adham. 5 orang ke arah kau. Aku tak tahu kenapa mereka obses nak serang kau."

Bang! Bang! Bang!! Kyle dan Adham serentak melepas tembakan buat beberapa orang yang cuba menyerang Adham bersembunyi dalam luka.

"Sebab mereka tahu aku anak Maria dan Noah." Adham senyum sinis sebelum membawa mata ke corong scope senjatanya dan.

BANG BANG!!

Dua orang jatuh ditembak Remy Adham. Kyle tarik nafas seraya melepas tawa kecil. Bunyi tembak menembak diluar bagai lagu bermain di telinga mereka sekarang. Tiada henti dan entah bila ianya akan berakhir.

"Papa!" Lucy laju keluar dari kenderaan membawa kanak-kanak sebaik melihat kenderaan Gavriel dan Rowen disitu bersama orang-orangnya bersedia memberi bantuan jika diperlukan. Rowen dan Jett menjadi kepala untuk misi kali ini dan orang bertanggungjawab untuk mengatur segala rancangan.

"Lucy, kamu patut balik dan bawa kanak-kanak tu ke tempat selamat." Berkerut wajah Rowen memandang Lucy yang mendekati. Kesan darah palsu banyak di baju putih gadis menunjukkan Lucy ditembak dan mujurlah gadis itu mengenakan vest silicon ciptaan Syira. Rowen tarik nafas lega.

Lucy mengabaikan arahan papanya sebaliknya menyerah kunci kereta kepada seorang tentera disitu, dengan gerakan kepala dia memberi arahan agar tentera itu mengambil alih kanak-kanak untuk dibawa ke tempat selamat.

GAVRIELWhere stories live. Discover now