BAB 49

28K 2.5K 47
                                    

Tak jauh dari jendela kaca, kelihatan luar gerbang penempatan Timur Feyre penuh dengan tentera-tentera. Mereka datang secara berperingkat diiring oleh Lorcan sehingga tiba ke Timur Feyre. Senjata mereka diasingkan sehingga mereka tiba dan bersedia untuk menjalankan misi.

Hari itu, perkampungan Timur Feyre sunyi tidak seperti kebiasaan, penduduk diam di rumah masing-masing menunggu arahann Ayahnda. Ada antara mereka kini diserang trauma melihat tentera luar turut bergabung, Daud diserang tanpa henti oleh orang-orang yang membantah keputusan lelaki itu untuk bergabung dengan Gavriel. Tetapi Daud tetap Daud. Hatinya dikeraskan, nampaknya dia sudah bersedia menerima segala tohmahan itu.

Tentera Lorcan dicampur aduk menjadikan mereka kumpulan-kumpulan yang terbentuk dn terdiri dari Gavriel dan Lorcan didalamnya. Ada kumpulan bertugas di bahagian dalam, ada di pintu gerbang, ada di sempadan. Walaupun mereka sesama mereka penuh perasaan curiga dan cuak, tapi Daud tetap meletak harapan dan kepercayaan tinggi buat Gavriel. Entah apa dibicarakan Noah sehingga Daud sekeras itu.

"Maria, buat masa ni, semua wanita mengandung terpaksa diasing ke bawah tanah untuk tujuan keselamatan." Maria berpaling dari ralit melihat permandangan di luar jendela. Satu senyuman dihulur buat Syira.

"Baiklah." Dia memegang perutnya yang masih kempis sebelum melangkah mendekati Syira yang membawa kerusi roda.

"Kau nampak happy.." Tegur Syira sambil menolak wanita itu. Maria angguk dengan senyuman.

"Aku nantikan perubahan." Ujarnya mendatar.

"Tapi Maria.." Syira berhenti melangkah lantas berpaling ke arah beberapa anggota Gavriel yang berbincang dengan beberapa Lorcan.

"Kenapa Syira?"

"Pasti ada yang terkorban bukan?" Suara Syira kendur. Wajah Maria turut berubah, itu sudah pasti berlaku.

"Jom." Lamunan mereka berdua terganggu sebaik Faiz muncul. Tubuh tegap lelaki itu lengkap bersenjata.

"Baik." Syira menyerah Maria pada Faiz sebelum wanita itu berpaling melambai-lambai. Satu keluhan dilepaskan Syira, dia berpaling memandang perkampungan Timur Feyre yang menyimpan ribuan nyawa terancam dek kerajaan. Semoga kali ini ada kemenangan untuk mereka.

"Ini lokasi bom tertanam di sekitar perkampungan ini, maksudnya Timur Feyre berada di tengah-tengah bom-bom yang ditanam oleh kami. Jadi kami minta Lorcan untuk memberi amaran kepada semua penduduk untuk tidak larikan diri dari Timur Feyre ianya berbahaya." Noah menunjuk lokasi-lokasi tertanam bom oleh Gavriel di sekeliling Timur Feyre. Semua tentera terdiri daripada Ketua skuad itu mula mengangguk.

"Kita tak tahu Lorcan datang dari arah mana, jadi bom ini seperti serangan pertama dan juga amaran untuk kita tahu dari arah mana mereka tiba."

"Jika keadaan memburuk, sila pindahkan penduduk dengan segera." Wajah Noah serius.

"Baik Tuan!"

Noah angguk kepala.

"Mengikut jangkaan, Duvan selalunya akan melakukan serangan pada waktu malam, tapi sehingga hari ini, kita masih belum tahu bila mereka akan lancarkan serangan. Walaupun keadaan masih tenang, saya minta semua berjaga dan peka. Kalau ada sesuatu yang mencurigakan segera beritahu saya. Jangan lupa sampaikan pesanan ini pada bawahan kamu semua." Tegas Noah menutur.

"Baik Tuan!" Tentera yang terdiri dari pihak Lorcan itu nampaknya memberi kerjasama yang baik tanpa ada yang mempersoal rancangannya.

"Bersurai." Mata Noah menangkap seseorang dimuka pintu menghulur senyum padanya.

"Kapten Maria!" Maria hulur senyum pada tentera bawahanya. Mereka kelihatan terkejut melihat Maria disitu bersama Faiz yang menolak kerusi roda buatnya.

GAVRIELWhere stories live. Discover now