BAB 47

27.8K 2.2K 319
                                    

"Aku penat asyik buat kerja yang sama, iringi menteri ke sana sini." Rungut seorang lelaki.

"Aku pun sama, menteri itu kerjanya membuang masa, sampai lelah aku ingin ikut rentak kaki mereka." Seorang lagi menyambung sambil mengacau minuman di atas meja.

"Apa kamu sudah lelah menjadi tentera? Itulah tugas tentera kita, menjaga kerajaan dan atasan." Seorang yang duduk bersandar dengan kaki bersilang membalas. Wajahnya tampak tenang.

"Aku lebih suka perkara yang mencabar. Aku bosan buat perkara yang tidak mencabar." Balas lelaki pertama tadi. Satu senyuman sumbing terukir di bibir lelaki beriak tenang itu.

"Nanti kita akan ada misi yang mencabar. Tunggu sahaja arahan atasan."

"Apa itu?"

"Misi yang berhubung dengan satu perkampungan rakyat." Sebaik itu wajah lelaki-lelaki tadi berubah. Kedua mereka kelihatan muram.

"Haiyoo Frezz, Haris? Kau berdua juga mahu misi yang mencabar bukan?"

"Tapi bukan dengan mengorbankan rakyat Eskandar." Lelaki bernama Frezz itu membantah.

"Kita tiada pilihan. Ini demi negara. Lagipun misi kali ini mungkin agak sukar." Eskandar alih pandang lantas melepas keluhan berat.

"Mereka ada tentera sendiri di kenali Lorcan."

Seorang lelaki bertopi sedang menikmati makanan tersentak, matanya sedikit membesar mendengar ayat terakhir dari mulut lelaki bernama Eskandar itu. Satu helaan nafas berat dilepaskan.
Siap menyua gelas ke mulut, lelaki bertopi itu mula bangun ke kaunter dan lakukan pembayaran. Setelah itu dia berlalu meninggalkan kedai itu.

Sebaik masuk ke dalam perut kereta, Rowen menanggalkan topi dikepala. Setelah berminggu-minggu dia memandu jauh dari Gavriel untuk makan di kedai makan itu semata-mata ingin mencari maklumat. Hari ini dia dapat maklumat yang sukar dijangka. Duvan sudah tahu tentang Lorcan? Duvan bersedia lakukan misi mereka?

Apa maksud mereka?!!

•••

"Jadi mereka sudah tahu maklumat tentang Lorcan dan sistem keselamatan di Timur Feyre?!" Soal Remy agak terkejut.

"Nampaknya macam tu lah, kalau tidak mereka tak akan katakan 'menunggu arahan dari atasan'." Balas Rowen.

James kelihatan melepas keluhan berat lantas beralih memandang Loki dan Dann turut termenung mencari punca bagaimana Duvan tahu keberadaan Timur Feyre setelah bertahun-tahun Timur Feyre bersembunyi.

"Agak mustahil untuk Duvan tahu segala informasi mengenai Timur Feyre." Rungut Loki.

"Kalau kita tak lakukan sesuatu, mungkin sekali lagi, kita kehilangan Timur Feyre." Noah memandang James berharapkan sesuatu.

Seperti memahami riak wajah anaknya, James mengalih pandangan.

"Mereka tak akan percayakan kita Noah. Sebaiknya kita cuma menghantar pesanan untuk tentera mereka berjaga-jaga." Balas James mendatar.

"Tapi Lorcan tak ramai papa. Kita perlu bantu mereka."

"Bagaimana Noah? Kamu lupa apa sudah terjadi pada pemakaman Aria? Maria sendiri sudah merayu ditolak mentah oleh mereka!" Keras suara James.

"Noah tak mahu kehilangan Maria dan anak Noah.." Wajah James serta merta berubah. Apa yang dimaksudkan 'anak Noah?' Adakah Maria mengandung?!

"Maria..." James kelu, matanya sedikit membesar. Dia tahu yang Maria sudah pulang ke kampungnya sejak 4 minggu yang lalu. Tapi sekadar itu yang dilaporkan Noah.

GAVRIELWhere stories live. Discover now