BAB 42

26.9K 2.4K 209
                                    

Kemas genggaman di tangan isterinya seperti tidak mahu dilepaskan. Maria kelihatan sangat lemah, begitulah keadaan gadis itu sangat rapuh sejak mayat yang ditemui beberapa hari lalu telah disahkan milik Aria.

"Lencana bercorak singa emas akan diberi kepada semua pelatih baru sebaik mereka melepasi tapisan untuk menyertai kem tentera. Di bawah logo lencana ini tertera nama panggilan kamu sepanjang kamu berkhidmat di Gavriel. Jaga lencana ini seperti kamu menjaga nyawamu sendiri.

" Jika lencana logo ini tertanggal ia akan disebabkan dua perkara. Sama ada kamu tewas di dalam misi dan kamu gagal menjadi tentera Gavriel. Jadi sila jaga dan pastikan ia tidak hilang." Kata-kata seorang tentera Elit buat pelatih Kadet meremang. Semangat berkobar-kobar untuk mendapatkan lencana itu pada masa yang sama. Terdapat beribu susah payah yang bakal mereka lalui di hadapan kelak.

Maria menitiskan air mata buat kesekian melihat lencana tertera nama Aria dibawahnya kini diletak di hadapan makam lelaki itu. Pihak forensik dapat menentukan jasad itu milik Aria dengan mudah kerana lencana itu. Setelah dibedah siasat, mereka menemui lencana itu di dalam tubuh Aria.

Selain itu, ujian DNA juga telah disahkan menggunakan rambut dari sisir milik Aria. Dan telah sah, tubuh dibunuh kejam dengan organ badan terpisah dari tubuh itu adalah milik Aria. Maria sudah berhari-hari hilang suara menanti keputusan DNA. Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa pedih hati melihat lelaki dijaga seperti adiknya sendiri selama ini terbunuh kejam.

Apakah Aria terlalu bangga terpilih menjadi tentera Gavriel sehingga lencana itu sebagai lambang ketewasannya? Mereka hanya perisik tapi sikap ditunjuk Aria sepanjang berada di dalam Gavriel lebih dari tentera biasa.

"Aku tak boleh terima semua ini. Aria.. dia masih muda.." Jett berpaling memandang Remy mengetap gigi melihat makam Aria dari jauh. Upacara pemakaman sudah selesai hanya beberapa orang tertinggi masih disitu.

"Walaupun dia perisik, aku tak rasa kita dipihak berlainan. Rest in peace Aria." Jett menyambung menahan air mata. Dia kenal Aria, aria anak didiknya. Aria seorang yang aktif dan penuh dengan impian dan matlamat. Tapi siapa sangka perjalanan hidup lelaki itu sudah berakhir.

"Kalau 100 orang lelaki yang sakitkan perasaan saya. Hanya Aria,, satu-satunya lelaki yang tak mungkin sakitkan hati saya.." Noah berpaling memandang Maria. Kata-kata Maria begitu menusuk buat dia turut bersedih. tanganya perlahan naik memeluk bahu isterinya.

"TUAN!!" Semua disitu serentak berpaling memandang 3 orang tentera yang tiba-tiba melaung.

James kerut dahi disamping Loki dan Dann. Rata-rata mereka agak keliru dengan kehadiran tetamu yang tiba-tiba muncul di akhir majlis permakaman.

Rowen, Remy dan Jett serentak bersedia dengan senjata masing-masing.

"Kenapa perlu setegang ini? Saya wakil dari keluarga Aria.." Lembut seorang lelaki menyapa.

Rowen mengetap gigi, wakil keluarga tidak perlu bawa tentera bersenjata sendiri! Lelaki yang ramah berbicara itu dikelilingi 15 orang tentera atau penjaga disampingnya.

Mendengar suara itu, Maria lambat-lambat berpaling sebelum matanya membesar melihat susuk-susuk berada dihadapannya. Mulutnya sedikit bergetar, matanya tak mampu berkelip. Dia mahu menangis dan meraung dalam dakapan lelaki itu, mahu menceritakan segala keperitan dan kesedihan dilaluinya sepanjang menjalani misi perisikan.

GAVRIELWhere stories live. Discover now