BAB 34 🔞

46.5K 2.5K 102
                                    

Maria memeluk tubuh dengan helaan nafas sehingga wap air terkeluar dari mulutnya. Gigi diketap menahan kesejukan bagaikan menyengat tubuhnya. Penempatan Timur Feyre yang hampir dengan pergunungan Feyre buat kawasan itu sangat sejuk terutama pada musimnya.

"Maria." Mendengar satu suara menyapa, Maria pantas berpaling melihat Jett menuju ke arahnya bersama dulang. Ada sup, nasi dan air panas.

"Tuan.."

"Panggil Jett, kita dalam misi berbeza dan luar dari kem." Jett menyampuk buat Maria terdiam sejenak. Rasa kekok untuk berbicara kerana hari itu dia tidak bercakap dengan sesiapa pun termasuk Lyra kecuali Aria yang datang menyampai maklumat.

"Okay." Aria mengemas pelukan di tubuh. Mata Jett menangkap kepulan asap keluar dari mulut Maria segera menanggal jaket dipakainya.

"Ta..tak apa! Saya okay."

"Saya seorang lelaki yang tak boleh tengok perempuan kesejukkan. Pakailah." Jett hulur jaket miliknya. Malas mahu membantah, Maria akur lantas memakainya pada tubuh.

"Sup dengan air masih panas. Seeloknya awak makan sekarang." Ujar Jett menunjuk makanan yang diletak di atas meja bangku tadi. Maria angguk kepala, bau-bauan sup itu sudah cukup dia kenal, pasti Lyra yang memasaknya. Perutnya juga sudah berbunyi minta diisi.

"Perkampungan Timur Feyre ini sangat cantik tapi sayang. Tak ada orang yang berani tinggal disini." Jett memula topik perbualan. Maria mengangguk sebelum mencicip air panas.

"Tak mungkin ada yang berani tinggal setelah apa yang terjadi kepada seluruh penduduk Timur Feyre." Balas Maria tenang.

"Awak tak rasa nak hidupkan kembali kampung ini?" Jett memandang raut Maria.

"Itu impian yang tak mungkin saya capai. Saya impikan kampung ini kembali hidup bersama orang tua saya. Dan jika kampung ini kembali hidup seperti dahulu. Tak, dia tak mungkin jadi seperti dahulu, segalanya akan berbeza." Maria geleng kepala lantas mencedok sup di dalam mangkuk lalu disua ke mulut.

Jett terdiam dengan senyuman tipis.

"Sayangnya kampung cantik ini hanya mampu menjadi tapak sejarah hitam negara." Jett melepas keluhan seraya mendongak memandang langit.

Maria tidak membalas mahupun beriak.

•••
Bunyi sesuatu di dapur buat Lyra yang baru bangun itu segera melangkah kesitu.

"Maria?" Lyra menyapa sebaik melihat susuk Maria duduk mencangkung mencari barang di dalam bakul.

"Hai Lyra. Morning?" Maria membalas sapaan dengan senyuman manis. Lyra teguk air liur.

"Kau buat apa kat sini? Malam tadi kan kau berjaga, pergilah berehat biar aku yang masak!"

"Tak apa. Aku tak boleh tidur. Biar aku tolong kau masak ya?" Pinta Maria. Wajah Lyra yang tadinya berkerut tiba-tiba mengendur. Dia perlahan-lahan melangkah mendekati sahabatnya itu.

"Ada apa-apa terjadi pada kau masa aku tak ada dekat dengan kau?" Soal Lyra mendatar. Maria yang tadinya sibuk mencari barang tiba-tiba berhenti seketika. Nafas ditarik dalam lantas dia bangun bersama bakul kecil itu.

"Tak ada." Maria hulur senyum lantas membawa barang itu ke sinki. Lyra memandang tidak berkelip, pasti ada sesuatu terjadi, kalau tidak sikap Maria tidak seaneh ini. Tapi apa?

"PAGI NI, CIK PUAN MARIA, eh sorry dia bukan puan lagi." Lyra menutup mulut dengan sengihan memandang Maria bersahaja menghidang makanan.

"Kapten Maria yang masak! Fakta menarik tentang Kapten Maria adalah.. masakan dia mampu buat musuh terpikat untuk menyerah diri.."

GAVRIELWhere stories live. Discover now