BAB 8

29.3K 2.5K 42
                                    

"Jett kau tolong awasi orang awam bersama Kadet lain." Noah memberi arahan di corong earphone yang terlekat dicuping telinga.

"Baik Kapten!"

"Rowen kau bawa Puan Adela bersembunyi sehingga bantuan sampai! Jauhi orang awam!"

"Baik Kapten!" Rowen menarik Puan Adela ke satu tempat selamat. Setakat itu pegerakan mereka masih terkawal rapi.

"Aku dan Maria akan mengumpan mereka." Noah berpaling memandang Maria lengkap memakai seragam Puan Adela sebentar tadi.

"Ha??!" Jett tergamam mendengar apa yang keluar dari mulut Noah.

"Aku tak ada masa untuk disoal Jett. Berikan sepenuh perhatian kau!" Marah Noah. Jett ketap gigi sendiri.

"Baik."

"Tunduk." Tangan Noah bergerak menolah kepala Maria tunduk ke bawah lantas dia berlari membawa tubuh itu menjauhi orang rama. Mata tetap berjaga-jaga mencari penembak itu.

"Bang!"

"Maria!" Tubuh Maria ditarik dan mereka berlindung disebalik dinding. Nafas Maria dan Noah bersatu.

Maria teguk air liur sebaik dia mendongak tubuhnya melekap di tubuh lelaki itu dan wajah Noah begitu hampir dengan wajahnya. Noah sesekali berpaling kebelakang mencari arah.

"Dia sudah dikesan. Bangunan biru. Arah 150 dari Utara Jett. Berbaju gelap." Lengkap maklumat disampaikan Noah. Sebaik itu Noah berpaling memandang Maria dihadapanya. Dia menolak tubuh itu sebelum meraba sesuatu di belakang seluarnya.

"Guna apabila diperlukan." Sepucuk pistol dihulur. Maria membulat mata terkejut.

"Tapi saya belum mahir.."

"Ini urusan darurat. Kau perlu gunakan juga." Lambat-lambat Maria menyambut sebelum memegangnya erat. Noah kembali berpaling kebelakang mencari seseorang.

"Ini pergerakan terakhir kita. Kita kena dapatkan dia. Kau kena bergerak dekat dengan aku dan jangan jauh. Hanya aku yang memakai vest disini." Ujar Noah. Maria mengangguk faham dengan arahan.

"Bergerak! Now!!" Sebaik itu tubuh Maria ditarik kehadapan.

Bang! Bang!

Berdas-das tembakan dihala pada mereka tapi Noah tangkas menolak tubuh Maria membuat tembakan itu tersasar jauh.

Noah dan Maria sama-sama menarik nafas sebaik mereka selamat berlindung di dalam bangunan usang bewarna biru itu.

"Jom!" Maria melangkah membontoti langkah Noah. Lelaki itu kelihatan berhati-hati melangkah dengan pistol ditangan.

Langkah mereka semakin lama semakin perlahan sebaik tiba di aras menunjukkan tempat penembak tadi melepaskan tembakan.

Bang!

Noah membulat mata dan pantas menolak tubuh Maria ke sebuah ruang kecil. Bangunan itu menempatkan tapak kedai-kedai lama yang kini sudah lama terbiar.

"Stay!" Ujar Noah sebelum bangun tegak memandang ke arah tembakan tadi.

Bang!
Satu tembakan dilepaskan lelaki itu.

Bang bang bang!
Maria memejam mata rapat sebaik tiga das tembakan dilepaskan ke arah Noah. Jantung tak dapat mengepam darah dengan normal memikirkan nasibnya jika Noah tewas dalam misi ini.

Noah berundur dan bersembunyi. Mata lelaki itu melilau mencari sesuatu sebelum matanya menangkap kerusi kayu usang tak jauh dari Maria.

Mata Maria bergerak melihat Noah mengangkat kerusi itu lantas dibaling kuat keluar dari ruang mereka bersembunyi. Serentak itu berdas tembakan berbunyi dan Noah keluar dari ruang itu meninggalkanya sendirian.

GAVRIELWhere stories live. Discover now