BAB 29

29.7K 2.5K 159
                                    

"Apa yang Lyra dan Aria katakan?" Maria memandang Lyra dan Aria silih berganti. Kedua-dua mereka menunduk seperti menerima yang kelak mereka akan dimarahi Maria.

"Semua yang sepatutnya aku tahu." Balas Noah tenang. Kelihatan wajah Maria berubah kembali tenang.

"Jadi? Apa yang kau nak buat pada kami? Jual? Bunuh dan jual organ kami hingga tulang aku terjual di Pasar Gelap sebagai arak paling mahal di pasaran?" Maria lancang membalas sinis dan pedas sekali. Jauh berbeza dengan Maria yang minggu lalu bersamanya. Gadis polos, lemah lembut itu sudah hilang. Kini diri sebenar gadis itu sudah timbul.

"Kalau aku fikirkan keuntungan mungkin aku akan lakukan perkara yang sama."

Maria memutar bola mata lantas mengalih pandangan keluar tingkap. Memikirkan bolehkah dia menembus keluar ke tingkap kaca itu? Sedangkan mereka berada di tingkat 9.

"Kau sudah tahu siapa aku bukan?" Soalan Noah buat Maria berpaling memandang wajah lelaki itu sebelum dia berpaling memandang Lyra dengan kerutan penuh tanda tanya.

Lyra menunduk. Mulutnya bergerak seperti mengungkap kata maaf. Maria tarik nafas panjang sambil mengetap gigi. Jadi Noah sudah tahu yang dia tunangnya. Semuanya akan jadi sukar selepas ini.

"Sedangkam Timur Feyre pernah mengkhianati Timur Feyre sendiri sehingga beratus terkorban. Macam mana aku nak percayakan orang yang sudah membesar dengan orang luar?" Balasan Maria penuh makna tersirat.

"Apa yang kau cuba katakan?" Dahi Noah sedikit berkerut.

"Peristiwa malam itu.. malam dimana ibu kau dan kedua orang tua aku terkorban. Adalah angkara Timur Feyre sendiri dalangnya."

Tubuh Noah tiba-tiba menegak memandang Maria tidak berkelip.

"Macam mana kau tahu semua ni?!"

"Aku memang masih kecil, tapi ingatan aku kuat. Itu kelebihan aku." Maria senyum tipis.

"Ada seorang gadis yang hilang beberapa hari sebelum peristiwa itu. Penduduk mula risau dan lakukan pencarian buat tak ramai orang-orang dewasa lelaki berada di kampung."

"Dan itu rupanya perangkap. Gadis itu sudah bersuhabat dengan mereka, dengan mendedahkan sistem keselamatan kampung secara terperinci. Sebab itu kampung kita dengan mudah diceroboh."

Noah berundur beberapa langkah kebelakang lantas bersandar pada dinding. Wajahnya berkerut-kerut cuba mengingat sesuatu.

Bunyi ketukan pintu kuat buat Noah dan Elena sama-sama terjaga. Mereka berdua hanya tidur di sofa dalam kedudukan Noah tidur di riba ibunya dan Elena bersandar pada sofa.

"Mama.." Noah memandang Elena kelihatan terkejut dengan bunyi ketukan pintu itu.

"Noah duduk sini." Suara Elena kedengaran serius. Noah teguk air liur lantas mengangguk akur.

"Siapa?" Soal Elena di muka pintu.

"Ini Malik! Elena buka cepat!" Mengecam suara itu Elena pantas membuka daun pintu.

"Kenapa Malik?"

"Sofea anak gadis Daud sudah mengkhianati kita. Dia sudah dedahkan secara terperinci tentang maklumat perkampungan Timur Feyre pada musuh. Sekarang kita dikepung!"

"Tapi..tapi kenapa?"

"Kita mungkin akan dijadikan bahan lagi. Cepat keluar.."

"Bang!!" Bunyi tembakan kuat hasil dari rumah Adela dan Maria buat Malik tergamam. Matanya membulat melihat rumahnya tidak jauh dari situ sudah dikerumuni orang.

GAVRIELWhere stories live. Discover now