BAB 48

28.1K 2.5K 277
                                    

"Duduk!"

Rowen mengerling kebelakang, geram apabila tubuhnya ditolak tanpa amaran oleh tentera Lorcan itu. Kini dia melutut dihadapan Daud, ayahnda Maria bersama Noah, Remy dan Jett. Ketiga mereka juga kelihatan menahan sabar diperlakukan seperti penjenayah oleh tentera-tentera Lorcan itu.

"Apa yang terjadi sebenarnya?" Ayahnda Daud kelihatan tergamam. Melihat Noah dihadapan matanya, wajahnya kendur.

"Kamu datang mahu mengambil Maria kah anak lelaki Elena?" Tegur Daud. Noah angkat wajahnya, wajahnya berubah dipanggil anak lelaki Elena oleh Daud. Dia suka dan pilu dalam masa yang sama.

"Tidak." Sepatah dijawab Noah.

"Jadi buat apa kamu kesini?" Daud masih menjaga tona suaranya.

"Bolehkah kamu lepaskan kami dalam kedududkan begini? Saya tak selesa untuk menyampaikan pesanan." Noah menggerak bahu dipegang kemas oleh Kapten Faiz. Apa lelaki itu terlalu berdendam dengannya sehingga Faiz menolak kuat tubuhnya dan sekarang masih menekan dirinya ke lantai. Dia kini bertahan dengan lutut dan badan untuk terus menegak wajah memandang Daud.

"Lepaskan mereka!" Daud memandang tenteranya.

"Tapi Ayahnda."

"Saya cakap lepaskan mereka." Tajam mata Daud. Tentera-tentera Lorcan itu akhirnya akur lantas melepaskan pegangan di badan tawanan mereka. Remy tarik nafas lega sambil meregang-regang badannya. Tangan mereka masih digari dibelakang, itu lebih baik dari mereka dipegang kemas tentera-tentera itu.

"Kamu sudah selesa?" Daud berdiri memandang Noah. Noah mengangguk kepala lantas turut berdiri berhadapan lelaki tua itu.

"Apa sudah terjadi?" Wajah Daud tidak setenang selalu. Jika Gavriel sudah sampai kesana maknanya penempatan mereka sudah diketahui mereka.

"Jika anda risaukan kami mengetahui kedudukan Timur Feyre, simpan rasa risau itu. Ada perkara lebih penting yang anda kena risaukan." Mata dua lelaki itu bertatapan. Kening Daud terserlah tegangnya.

"Katakan.."

"Duvan sudah tahu penempatan Timur Feyre dan bersedia untuk lakukan serangan, bila bila masa." Tenang Noah menutur.

Daud tergamam, semua tentera Lorcan itu turut terkejut.

"Kamu mahu menakutkan kami?!" Faiz menengking.

"Buat apa kami jauh-jauh kesini semata-mata mahu menakutkan kamu. Ergh bodohnya tak dibuang-buang." Remy geleng kepala dengan wajah simpati.

"Apa kamu cakap!!"

"Kapten sabar!" Tentera bawahan Lorcan menahan Faiz dari menerkam Remy. Remy menjuih bibir menayang riak dia tidak takut sedikit pun!

"Bagaimana kamu tahu semua ini?" Soal Daud mendatar.

"Kami kumpul maklumat sendiri. Hanya itu yang kami dapat. Kami tidak tahu bila dan bagaimana mereka akan lakukan serangan." Rowen menyampuk.

"Kami Gavriel bersedia untuk menghulur bantuan, sama ada dipersetujui atau tidak. Kami tetap akan hantar tentera..."

"Tak perlu! Kami tak perlukan mana-mana bantuan!" Daud laju mencerlah kata-kata Noah. Noah tarik nafas dalam.

"Seperti yang saya katakan, sama ada dipersetujui atau tidak, kami tetap akan menghantar tentera Gavriel ke sini."

"Kami tidak perlukan!"

"Ayahnda!" Seseorang membuka pintu bilik lelaki itu. Serentak itu Noah dan yang lain berpaling.

"Maria.." Jett tergamam. Melihat keadaan Maria di atas kerusi roda buat dia terkejut. Apa sudah terjadi pada Maria sehingga wanita itu terpaksa berkerusi roda?

GAVRIELWhere stories live. Discover now