BAB 10

31.5K 2.5K 64
                                    

"Noah." Sebotol air dibaling kearah jejaka yang dari tadi memukul punch bag. Noah pantas menyambut balingan botol itu sebelum membuka penutupnya.

Tubuhnya yang tidak berbaju sudah basah disiram peluh. Dia sendiri sampai terleka berlatih seorang diri disitu.

"VIP Adela ada disini." Ujar Rowen. Noah mengangkat wajah dengan kerutan. Bukan kah sepatutnya wanita itu pulang hari ini?

"Dia nak jumpa Maria. Katanya terhutang nyawa dengan gadis itu." Seperti membaca kerutan di wajah Noah. Rowen pantas memberi penerangan.

"Kita pun hampir mati kerana dia." Balas Noah selamba sebelum meneguk air dibotol mineral itu.

"Ini peluang kita, aku ada soalan untuk dia." Sambung Noah lantas bergerak ke bilik persalinan.

"Kau ada syak sesuatu?" Soal Rowen lagi.

"Ya. Kita akan tanya dia untuk kepastian." Balas Noah lantas menyarung baju tshirt hitam pada tubuh tegapnya.

"Banyaknya Puan." Terkebil-kebil Maria melihat beberapa bungkus bekas hadiah dihadapanya. Puan Adela senyum lebar.

"Ini tidak ada maknanya berbanding nyawa saya yang hampir melayan semalam. Lagipun kamu sangat hebat Maria." Tangan Maria dicapai Puan Adela. Maria senyum tipis memandang wajah itu tidak berkelip.

"Kamu cantik dan berani." Tangan Puan Adela kini beralih mengusap pipi Maria buat mata gadis itu tiba-tiba jadi membahang. Satu perasaan yang menyeksa sekali seperti berperang dalam jiwanya sekarang.

Maria lekas mengawal riak wajah sebaik memandang tubuh tegap dua jejaka menuju kearah dia dan Puan Adela.

"Puan." Sapa Noah. Mata lelaki itu sempat singgah menatap wajah Maria sebelum memberi tumpuan pada VIP wanita dihadapanya.

"Maaf mengganggu masa kamu. Saya cuma datang nak melihat keadaan Maria." Puan Adela mengusap lembut bahu Maria.

"Dia semakin sihat sejak semalam Puan. Dia banyak kehilangan darah, tapi mujurlah tubuhnya kuat." Rowen menyampaikan maklumat lengkap tentang kesihatan Maria buat Puan Adela menarik nafas lega.

"Syukurlah.." Puan Adela berpaling memandang Maria. Satu senyuman dihadiahkan buat gadis itu.

"Boleh Puan bahagi masa untuk saya sekejap?" Pinta Noah tiba-tiba. Puan Adela kelihatan berfikir sejenak.

"Boleh. Saya masih ada 4 jam sebelum penerbangan." Balas wanita itu. Noah tersenyum tipis lantas menunjuk jalan ke arah bilik tetamu.

"Jumpa lagi Maria. Semoga cepat sembuh." Sempat Puan Adela meninggal pesan sebelum berlalu membontoti Noah. Rowen turut mengiring mereka dari belakang.

Maria tarik nafas panjang lantas memandang bungkusan-bungkusan hadiah dihadapanya.
"Macam mana orang sakit nak angkut semua ni..." Rungutnya perlahan dengan cebikan.

•••

"Saya antara wanita terpengaruh di negara saya. Suara saya lantang dan memberi ancaman pada pembesar -pembesar kerajaan." Puan Adela memulakan cerita.

"Persidangan pada bulan lalu memberi impak pada pembesar negara. Saya telah berani suarakan kebenaran yang tersimpan rapi di balik langsir cantik." Puan Adela senyum sinis.

"Jadi Puan nak cakap serangan semalam mungkin disebabkan rancangan pembesar negara Puan?" Soal Rowen.

"Kemungkinan besar. Tolong siasat dua penyangak itu untuk saya. Apa-apa maklumat tolong hubungi saya." Puan Adela meletak kad nama di atas meja.

"Mereka masih belum membuka mulut walau puas diseksa kami." Balas Noah mendatar. Sudah berbagai cara yang dia buag untuk mencungkil maklumat dari dua lelaki itu. Tapi sepertinya mereka bukan orang biasa. Mereka terlatih.

GAVRIELWhere stories live. Discover now