THIRTY-FIVE

1.2K 173 86
                                    

Hi, ada yang masih menunggu? : )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hi, ada yang masih menunggu? : )













"Papa ni dah kenapa?" soal Jungkook, terkilan. "Papa dah janji dengan Kook, papa takkan ganggu privasi keluarga kami dan sekarang apa pula? Bukan setakat ganggu, papa musnahkan kebahagiaan kami. Tolonglah, Chaewon perempuan yang cukup baik untuk Kook,"

"Tapi tidak untuk papa," jawab Tuan Jeon dengan nada angkuh. "Chaewon tak ada ciri-ciri menantu pilihan papa, dan dia bukan-"

"Anak orang kaya?" cantas Jungkook. "Papa kenal Tuan Han? Ceo of Han's Company? Han Chaewon adalah anak bongsunya. Chaewon sendiri memilih untuk hidup susah dengan Kook daripada terus hidup mewah dengan keluarganya. Tak ramai wanita zaman sekarang sayang lelaki bukan kerana harta tahu???"

Jungkook menghelakan nafasnya sebentar, Tuan Jeon pula hanya diam namun air muka sombongnya masih tak berubah. Seperti tak terkesan dengan luahan anaknya.

"Itu, apartment lama kami. Selagi tak kena serang haritu sampai sudah kami tak berpindah lagi. Sebab apa? Kami dah selesa hidup biasa. Kook kahwin dengan Sunhye, Kook dapat apa? Tengok gaya dia pun Kook dah meluat nak tengok, apatah lagi nak melayan kerenah dia kalau kami berkahwin,"

"Sekurang-kurangnya Sunhye berpendidikan, isteri kamu tu?" balas Tuan Jeon. "Anak orang kaya tapi tak belajar tinggi, tak ada guna juga,"

"Baguslah dia tak belajar tinggi, biar dia bergantung hidup dengan Kook saja. Barulah ada function sebagai suami. Sudahlah! Bertengkar mulut dengan papa bukan dapat faedah pun. Kook tak nak kahwin dengan siapa-siapa, muktamad!"

Rahang Tuan Jeon bergerak-gerak menahan geram. Namun dia tidak berkata apa, hanya berjalan keluar dari pejabat anaknya. Jungkook mengeluh resah, takut apa yang akan Tuan Jeon lakukan jika dia masih berkeras tak mahu mendengar kata papanya.

Jungkook memandang gambar perkahwinannya dengan Chaewon, juga Chaerin yang duduk di tengah-tengah antara mereka. Melihat wajah bahagia mereka bertiga di dalam gambar itu, Jungkook tersenyum kecil. Dia takkan tinggalkan anak isterinya, itu janji dia.





*****





"Papa, janganlah tinggal Chaerin. Chaerin tak biasa lagi tidur seorang-seorang," Chaerin menarik tangan Jungkook agar papanya duduk semula di katilnya.

Mereka sudah menetap di rumah baru, Chaerin pula baru kali pertama tidur sendirian jadi setiap malam dia meminta Jungkook atau Chaewon menemannya. Nak tinggal, pastikan dia sudah lena dulu.

"Yalah," Jungkook pun merapati anaknya. Selimut yang membaluti tubuh si kecil itu dibela sedikit.

"Mama mana?" tanya Chaerin. 

"Mama dekat biliklah, berehat. Kejap lagi kami pun nak tidur,"

"Tak apakah papa tinggal mama seorang-seorang?" soal Chaerin lagi lalu Jungkook tersneyum kecil. Selalunya Jungkook dan Chaewon sama-sama menemani Chaerin tidur.

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now