FOURTY-ONE

668 79 35
                                    

"Haih," Chaewon masukkan semula gambar-gambar yang dilihatnya ke dalam sampul, terus keluar menuju ke tong sampah depan rumah dan campak ke dalamnya.

Entah berapa kali dah, Chaewon menerima gambar yang lebih kurang sama. Jungkook bersama seorang wanita yang dia tahu itu adalah pembantu peribadi suaminya.

Entah macam manalah wanita itu bekerja dengan Jungkook. Adakah suaminya digoda, diajak minum atau ke mana-mana tapi Chaewon pasti Jungkook bukan lelaki yang mudah mengikut perempuan.

"Kalau berterusan lagi, memang aku kena beritahu Jungkook. Tak larat dah nak terima gambar macam ni walaupun aku tahu ianya tak betul," keluh Chaewon.



"Boleh tak jangan layan Sunhye macam tu? Dia dah minta maaf kan?" marah Tuan Jeon, setelah mengetahui bagaimana Jungkook melayan pembantu peribadinya. "Depan orang lain pun kamu nak marah-marah dia, tak malu ke apa yang orang cakap nanti?"

"Papa pun, tak malu ke upah Sunhye untuk goda Kook semata-mata tak suka menantu papa yang sekarang?" bidas Jungkook. 

"Jangan bertindak macam budak-budak lah, papa tu dah tua. Dengan Chaewon, anak Tuan Han pun papa tak suka. Kalau Kook kahwin dengan perempuan yang memang tak ada apa-apa, entah papa buat lebih teruk lagi kan? Sudahlah, jangan melawan takdir Tuhan. Chaewon jodoh Kook, bukan perempuan lain..."

"Kau tak payah nak berceramah dekat aku lah, kau apa tahu? Dah elok-elok aku kutip kau semula, nak kurang ajar pula. Apa aku suruh tu ikut sajalah, dah besar-besar pun nak degil ke?" balas Tuan Jeon.

"Papa yang paksa Kook, bukan Kook yang nak..."

"Kau..." Tuan Jeon hampir naik tangan, tapi kononnya tahan sabar, dia hanya menggenggam penumbuk kosong. "Kau jangan sampai aku pecat kau semula. Biar kau merepat balik dekat rumah buruk kau,"

"Tak boleh. Kook dah beli rumah, kereta semuanya siap-siap atas nama Kook. Papa tak boleh buat apa. Nak ugut Kook pasal dadah lagi? Tak boleh juga sebab papa dah buat kenyataan media yang papa dah tarik balik," ujar Jungkook, yakin.

"Tak ada masalah pun papa nak pecat Kook. Tak adalah Kook kena menghadap perempuan gatal tu lagi. Kerja lain boleh cari, asal boleh bagi makan dekat anak isteri. Bukan macam papa, nak harta banyak-banyak kalau boleh nak bawa masuk kubur..."

"JEON JUNGKOOK!!" kemarahan Tuan Jeon terus meledak bila Jungkook memerlinya.



Di rumah, seperti biasa Jungkook akan menenami Chaerin menyiapkan kerja rumahnya bila ada kelapangan. Sesekali Jungkook mengajar, membetulkan jawapan Chaerin yang salah.

"Rajin awak teman Chaerin hari ni," tegur Chaewon, yang baru datang. Wanita itu duduk di sebelah Jungkook, turut serta melihat Chaerin menyiapkan kerja.

"Ini, lapan tolak tiga berapa?" Tanya Jungkook.

"Erm..." Chaerin pun mengira dengan jarinya. "Lima!"

"Pandai," Jungkook mencuit pipi gebu Chaerin.

"Okey dah siap! Chaerin nak mewarna pula!" Kemain suka Chaerin bila latihan matematiknya habis. Terus buka buku mewarna.

Jungkook dan Chaewon hanya tersenyum melihat anak mereka. Keadaan agak sepi di ruang itu sebelum Chaewon bertanya sesuatu.

"Jungkook..."

Jungkook terus berpaling kepada isterinya. "Ya?"

"Saya nak tanya sesuatu boleh?"

"Tanyalah,"

"Erm, awak... Lepas kerja awak buat apa?"

"Baliklah. Habis kerja terus ambil Chaerin di tadika lepas tu balik rumah," Jawab Jungkook.

"Jadi awak tak pernah ke mana-mana sebelum ambil Chaerin kan?"

"Taklah. Kalau ya, aku bagitahu kau dulu,"

"Hmm okey..." Chaewon mengangguk-angguk faham.

Memang betul pun, Jungkook akan sampai rumah tepat 5.30 petang selepas kerja dan mengambil Chaerin di tadika. Tak pernah lambat, melainkan jalan sesak atau hal kerja.

"Erm, kalau awak keluar selain dari waktu bekerja... Awak selalu ke mana?"

"Jumpa kawan, minum-minum. Tak pun bawak anak kita jalan-jalan. Itu saja," kata Jungkook, kemudian dia perasan pertanyaan Chaewon agak janggal. "Kenapa kau tanya?"

"Tak ada apa," Chaewon menggeleng-geleng.

Jungkook perasan lagi, ada yang tak kena dengan riak wajah Chaewon. Seperti sedangkan fikirkan sesuatu yang tidak enak. Baru nak tegur, Chaerin terlebih dahulu memanggilnya.

"Papa, pensel warna merah ni dah pendek lah sebab Chaerin asyik asah bila mewarna. Pensel lain pun sama..." Adu Chaerin.

"Ya? Tak apalah, guna dulu. Esok papa beli pensel warna baru ya?"

"Wah!" Bersinar terus wajah comel Chaerin. "Okey papa, terima kasih! Muah!"

Jungkook tersenyum saja bila Chaerin mengucup pipinya. Melihatkan Chaewon ikut tersenyum dengan telatah Chaerin, Jungkook sedikit lega melihat wajah gusar Chaewon hilang.







Beberapa hari kemudian...

"Chaewon, Jimin ajak keluar minum dengan yang lain. Kau boleh jagakan Chaerin malam ni?" Tanya Jungkook.

"Boleh, awak pun jangan melepak lama sangat ya?"

"Okey, aku pergi dulu. Nanti suruh Chaerin tidur awal, esok dia kena pergi tadika lagi..."

"Eh, nak pergi sekarang ke?" Tanya Chaewon.

"Ya, duduk elok-elok kat rumah ya?" Jungkook mengucup pipi Chaewon kiri dan kanan. "Bye sayang,"

"Bye Jungkook, nanti belikan saya makanan sikit ya? Macam biasa bila awak keluar hehe," pesan Chaewon sambil tersengih.

"Alright," Jungkook tunjuk isyarat tangan tanda 'okey' sebelum keluar.









Pukul 10 malam, Jungkook mula bergerak pulang bersama makanan Chaewon.

"Kirim salam kat Chaerin!" Sempat Hoseok berpesan sebelum Jungkook keluar dari kedai makan.

"Amboi kau, tak habis-habis nak ngorat anak Jungkook," Jimin melepuk belakang Hoseok bersama gelengan kepala.

"Mana ada aku ngorat, Chaerin tu budak kecik! Chaerin kan selalu main dengan aku kalau Jungkook bawa dia jumpa aku sebab tu aku selalu kirim salam," ujar Hoseok.

"Elehhh yalah tu. Padahal kau sebenarnya nak lock Chaerin kan? Hari tu Jungkook bawa anak dia minum dengan kita kat sini, ada budak lelaki nak main dengan dia pun kau yang beria tak bagi. Kata dekat Chaerin, tak boleh main dengan stranger konon..."

"Nyah, budak lelaki tu nampak suspicious tau sebab tu aku cakap macam tu!" Hoseok cuba pertahankan diri walaupun yang lain ikut mengusiknya tentang anak perempuan Jungkook.

Jungkook sudah sampai di kereta. Tangan menyeluk dalam poket mencari kunci, kemudian Jungkook perasan ada orang di belakangnya melalui imej pada tingkap kereta.

Jungkook pun berpaling, terus mukanya ditumbuk dan kepalanya diketuk dengan kayu.









"Mana Jungkook ni, tak balik-balik..." keluh Chaewon. Dia melihat jam, sudah pukul 2 pagi.

Ting!

Akhirnya, satu mesej dari Jungkook masuk setelah banyak kali Chaewon cuba hubungi suaminya tapi tak berjawab.

Tapi, yang dihantar bukanlah pesanan ringkas tapi hanya beberapa foto. Chaewon pun buka, dan hampir saja telefonnya terlepas dari tangan.

Jungkook, sedang tidur bersama seorang wanita dengan pakaian suaminya sudah bertaburan di atas katil termasuk pakaian wanita itu.






#abaikantypo

Cliche en?

28th January 2022 : 12.24 pm

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now