THIRTY-THREE

1.5K 175 58
                                    

I'm sorry tak update, mint ada test minggu ni tu pun esok ada lagi dua subjek🤧

Kalau mint tak update lebih dari seminggu, fahamilah bahawa mint tengah writer block tak pun busy, tak boleh update selalu : )












"Papa! Papa kena balik sekarang juga! Tadi ada orang jahat baling batu kena tingkap rumah lepas tu dia baling lagi sampai kena lengan mama. Lengan mama dah berdarah! Papa kena balik, Chaerin takut orang jahat tu datang balik dan cederakan mama lagi!" bersungguh anak kecil itu mengadu kepada Jungkook.

Manakala Jungkook... terdiam lama dalam talian medengar aduan anaknya.

Beberapa garis kerutan terhias di dahi Jungkook menghadam kata-kata Chaerin tadi. Orang jahat? Tak pernah pula berlaku jenayah pecah masuk di apartment itu walaupun berkos rendah.

"PAPA!!!"

"Hah ya ya sayang," lekas Jungkook bangun dari tempatnya, langsung memeranjatkan Sunhye yang duduk di hadapannya.

"Sunhye-ssi, saya terpaksa balik ke rumah sekarang. Siapkan mana yang perlu malam ini juga. Sorry terpaksa tinggalkan awak," Jungkook mencapai blazernya lalu disangkut ke lengan.

Sunhye berkerut bengang. "Eo? Encik nak tinggalkan saya di sini seorang diri? Dah malam,"

"Okey kalau macam tu saya benarkan awak bawa pulang semua itu, sambung di rumah awak dan hantar kepada saya esok. Saya urgent, perlu balik sekarang,"

"Encik!" Sunhye lekas bangun pabila Jungkook sudah mula membuka langkah.

Tanpa hiraukan laungan Sunhye, Jungkook terus meninggalkannya sendirian di bilik itu.

Sunhye mendengus geram. "Haaiisshh! Tergamak dia tinggalkan aku seorang-seorang dekat sini? Apa punya boslah ish!" rambut dikuak kasar ke belakang.

Kertas-kertas kerja miliknya dipandang dengan rasa tak puas hati. Tak lama itu, bibirnya mengukir senyuman sinis sebelum matanya melilau ke sekeliling ruang bilik Jungkook tersebut.

"Aku tahu nak buat apa..." idea jahat mula menyinggah di fikiran. Sunhye ketawa jahat.






*****





Malam itu juga, Jungkook membawa Chaewon ke klinik dan ke balai polis bagi melaporkan kejadian tadi. Chaerin dihantar ke rumah pengasuh yang selalu menjaganya setiap kali Jungkook dan Chaewon keluar pada waktu malam.

"Nampaknya encik perlu lebih berhati-hati, rumah seperti ini memang senang dipecah masuk. Jangan biarkan anak isteri encik saja berada di rumah terlalu lama, lebih-lebih lagi pada waktu begini. Saya rasa penceroboh itu memang sengaja 'cari pasal'. Bukan sebab nak merompak atau apa-apa jenayah yang biasa berlaku," ujar salah seorang polis yang datang memeriksa keadaan rumah Jungkook.

Mereka juga bantu menutup semula lubang-lubang yang terdapat pada tingkap setelah melakukan siasatan.

Jungkook mengurut dahi. Fikirannya runsing memikirkan bagaimana mahu meninggalkan Chaewon dan anaknya di rumah jika rumahnya sudah diserang. Yang lagi merisaukan, si pelaku itu. Pasti ada sesuatu yang tak kena.

"Tak mengapalah, terima kasih atas bantuan kamu semua," Jungkook bow kepada beberapa polis tersebut. "Saya akan pastikan rumah ini tak diserang lagi,"

"Baiklah, kami pun takkan biarkan saja perkara ini berlaku. Siasatan akan dijalankan untuk mencari siapa pelakunya dan apa-apa yang perlu,"

"Baik," Jungkook mengangguk faham.

Pabila masing-masing mempamitkan diri dan bergerak pulang, Jungkook melangkah masuk ke bilik tidurnya. Buka saja pintu, kelihatan Chaewon sedang berbaring di sebelah Chaerin yang sudah terlena.

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now