THIRTY

1.4K 184 83
                                    

"Yeay papa hensem dah balik!" Laju Chaerin menerpa ke arah Jungkook yang baru pulang.

Sebaik saja Jungkook mendakapnya, Chaerin memeluk tubuh kekar itu sekuat hati.

"Ngeeee! Rinduuuuu," rengek Chaerin manja.

"Eo? Baru berapa jam papa tak ada dah rindu?"

"Setiap masa Chaerin rindu papa bila papa tak ada depan mata Chaerin," petah si kecil itu menjawab.

"Omo... Comel betul," Jungkook melentokkan kepalanya di bahu Chaerin.

Sifat manja inginkan perhatian itu masih belum pudar dalam diri kanak-kanak itu. Bagaimanalah jika mereka dikurniakan anak kedua nanti?






*****


Jungkook dan Chaewon sama-sama memeluk tubuh Chaerin yang berbaring di antara mereka. Rutin sebelum tidur, mereka akan berbaring dan berbual bersama sehingga masing-masing terlena sendiri.

"Papa, hari tu papa janji hujung minggu ni nak bawa Chaerin jalan-jalan," kata Chaerin, tiba-tiba si kecil itu teringatkan janji papanya.

"Ya, hujung minggu ni kita berjalan dan tidur di rumah parents mama,"

Membulat mata Chaewon lalu kepalanya terangkat. "Eo? Parents siapa?"

"Parents kaulah. Tadi daddy kau hadir ke majlis perlantikan aku, dia dah minta maaf dan berbaik dengan aku. Dia ajak kita tidur di rumahnya pada hujung minggu ini. Nak?"

Terkebil-kebil Chaewon memandang suaminya sebelum menyoal. "A-awak... Kenapa sekarang baru nak cakap?"

"Heheh aku terlupa, sorry," Jungkook tersengih serba salah.

Itulah, balik saja terus diterkam dengan kata-kata manja Chaerin, mana ingat benda lain dah.

"Betulkah daddy dah berbaik dengan awak? Dia-"

"Don't worry," Jungkook menyentuh tangan Chaewon yang melingkari tubuh anak mereka. "Kami sempat berbual lama ketika majlis tadi dan saling berkenalan. Daddy dan aku memang dah berbaik sepenuhnya. Nak pastikan lagi, cubalah kita datang ke rumah parents kau nanti, tengok macam mana keluarga kau melayan kita sepanjang berada di sana,"

"Okeylah kalau macam tu," Chaewon tersenyum kecil dalam kesuraman malam namun masih dapat dilihat oleh Jungkook.

"Aku cuma risaukan papa," terus nada suara Jungkook berubah lirih. "Dia suka control anak-anak dia walaupun dia pilih kasih. Nak-nak sekarang ini, dia terdesak mahu aku kembali, gantikan hyung, aku tahu banyak lagi benda dia gesa aku nanti,"

Bukan saja Jungkook, malah Chaewon juga merasai benda yang sama. Sepanjang Jungkook tiada di rumah siang tadi, Chaewon sudah memikir macam-macam kemungkinan sekiranya Jungkook terus mengikut kata papanya.

Mereka sama-sama rasa risau akan sikap pentingkan diri Tuan Jeon boleh menggugat keutuhan rumah tangga mereka suatu hari nanti. Mohon perkara itu dielakkan sejauh-jauhnya.








*****









Seperti biasa, sebaik saja Jeon Jungkook menapak masuk ke bangunan Jeon Holdings itu, memang banyak mata-mata memandangnya seolah-olah dia adalah artis jemputan di situ.

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now