NINE

1.7K 194 78
                                    

"Huwaaa..." Chaerin merengek kecil dalam dukungan Jungkook.

"Shuuutt..." Jungkook menepuk lembut badan Chaerin. Jaket yang membaluti tubuh kecil itu dikemaskan.

Jungkook, Chaewon dan Chaerin sedang menunggu giliran untuk bertemu doktor di klinik. Chaewon bersandar ke kerusi dengan mata yang memberat. Mengantuk kerana duduk diam tanpa berbuat apa-apa.
Chaerin menjilat-jilat bibirnya yang kering. "Pa..."

Jungkook tak menjawab. Dia hanya tersenyum seraya mengusap lembut wajah kemerahan Chaerin. Chaewon sekadar memerhati. Anak kecilnya hanya diam dalam pangkuan Jungkook, mata Chaerin yang berair turut memanah tepat ke anak mata lelaki itu.

Slurp!

"Duduk dalam aircond pun selsema lagi?" Gumam Jungkook seraya mengelap hingus yang mula keluar dari hidung Chaerin.

"3006, bilik 2," nombor giliran Chaerin disebut.

Jungkook dan Chaewon bingkas bangun.


*****



"Kau ada nak ke mana-mana sebelum balik?" Soal Jungkook usai mendapatkan ubat di bahagian farmasi.

Chaewon hanya menggeleng.

"Pa..." Chaerin menepuk perlahan dada Jungkook.

"Hmm?"

"Nak.." jari kecil Chaerin menunjuk ke arah roti yang tersusun pada rak tak jauh dari mereka.

Jungkook memandang sekilas. "Chaerin nak roti?"

"Nak..." Ujar Chaerin lagi.

"Okey...." Jungkook mara ke rak tersebut. Langkahnya hanya diekori oleh Chaewon.

Sebelah tangan Jungkook menyeluk dompet dari poket seluar jean lusuhnya. Tatkala dompet itu terbuka, Chaewon membulatkan sedikit bola matanya.

Hanya ada beberapa keping not duit saja di dalam dompet milik lelaki itu namun Jungkook masih tak berkira jika dia membeli untuk Chaerin.

"Chaerin nak yang mana?"

Jari Chaerin tertuding ke arah roti coklat. Mujur anak kecil itu menunjukkan roti yang paling murah. Jungkook menarik sekeping duitnya lalu dimasukkan ke dalam tabung yang terdapat pada rak itu. Roti coklat  diambil.

"Kau nak apa-apa tak?" Jungkook menyoal Chaewon pula.

Laju Chaewon menggeleng. Memang taklah dia mahu, Jungkook bukannya banyak duit. Tambah pula sudah empat hari lelaki itu tak bekerja.



*****




"Sayang, makan ubat," Chaewon menguap kecil tika menyuakan picagari berisi ubat demam ke mulut Chaerin.

Chaerin menggeleng. Anak kecil itu memang liat mahu makan ubat setiap kali dia sakit. Chaewon hanya mampu mengeluh saja melayan kerenah anaknya.

"Makan ubatlah. Sekejap lagi tidur. Mama nak siapkan kerja mama sekejap lagi. Hari ni tak sentuh kerja langsung," tanpa sedar gadis itu mengomel.

"Biar akulah yang bagi," Jungkook datang setelah siap mencuci pinggan mangkuk.

Ubat pada tangan Chaewon diambil seraya Jungkook menyua kepada Chaewon. "Chaerin makan ubat, nanti boleh main dengan Teddy Bear bila dah sihat," senyuman diberi semanis mungkin agar Chaerin termakan dengan pujuknya. "Cepat buka mulut,"

Chaerin menggeleng seraya menekup mulutnya dengan kedua-dua tangan.

"Aippp... Nak kena geletek ni," Jungkook menggerak-gerakkan jari telunjuk agar ternampak seperti ulat lalu dia menggeletek perut Chaerin.

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now