FOURTY-EIGHT

889 81 21
                                    

Atas persetujuan Tuan Jeon, Jungkook pun menggantikan tugas papanya buat sementara.

Dan ya, kerja menjadi lebih banyak dan kadang-kala terpaksa balik lewat daripada biasa tapi Jungkook rasa elok juga kerana sebelum ini, Tuan Jeon suka mengkritik kerjanya.

Tak ada salah pun, Jungkook sudah lakukan kerja dengan baik sebagai presiden tapi biasalah orang tua itu tidak sukakan dia, ada sajalah benda tak kena di mata.

"Ya, aku balik lewat sikit sebab kerja tak siap lagi," ujar Jungkook dalam talian, berbual dengan Chaewon. "Sorry tau, aku akan cuba balik sebelum waktu makan malam nanti okey? Bye,"

Dengan sebelah tangan saja, Jungkook letakkan telefon di atas meja manakala sebelah tangan lagi masih ligat bekerja di atas keyboard komputer.

"Kau, kalau nak balik dulu baliklah. Tak payah tunggu," ujar Jungkook, kerana Sunhye masih ada di pejabatnya membantu dia siapkan kerja.

"Tak apalah, kalau saya balik awal nanti encik pula yang lambat sampai rumah nanti..."

"Bahaya kau balik kerja lambat..."

"Junghyun tak ada," ujar Sunhye.

Jungkook pun diam. Baru teringat, abangnya sekarang berada di pusat pemulihan. Patutlah berani semacam Sunhye tak nak balik awal.

"Oh, hmm tak apalah..." Jungkook biarkan saja.

"Tuan macam mana?" Tanya Sunhye.

"Papa? Hmm macam tulah, terlantar saja. Tapi mama cakap, tangannya dah boleh gerak sikit-sikit,"

"Oh, hmm baguslah ada perubahan sikit. Saya ingat nak lawat dia,"

"Nak lawat je? Tak nak jaga?" Soal Jungkook. "Kau kan bakal menantu kesayangan dia, rasanya menantu yang baik takkan lawat saja,"

Sunhye terdiam. Haih, nampaknya Jungkook masih suka memerli dia macam dulu.

"Huh," Jungkook mengangkat hujung bibirnya bila Sunhye tidak lagi menjawab. Sentap lah tu.

Manakala Sunhye, terpaku bila Jungkook di hadapannya terlihat seperti tersenyum sinis kepadanya. Terus dia palingkan pandangan ke arah lain, bila terasa wajahnya mula membahang panas.

Ah, laki orang memang nampak lebih menggoda. Tak boleh pandang lama-lama!









"Jadi, Tuan Jeon dianggarkan akan pulih sekurang-kurangnya dalam masa dua tahun. Jadi, selama itukah anaknya akan ganti jawatan CEO?"

"Iya, buat sementara..." Jawab Puan Jeon.

"Tapi, saya mencadangkan supaya Jungkook mengambil alih terus jawatan itu. Dengan keadaan Tuan Jeon ini sendiri, even sudah sembuh pun sisa-sisa kesan strok nya akan tetap ada. Mungkin boleh bergerak, tapi tak boleh bercakap dan sebagainya. Jadi, lebih baik jika anak saya yang ambil alih saja lagipun suami saya ni dah tua,"

"Jadi, bagaimana dengan Tuan Jeon? Tuan bersetuju dengan cadangan isteri puan?"

Tuan Jeon hanya menggerakkan mata memandang isterinya. Puan Jeon tahu, itu pandangan yang menandakan suaminya tak setuju.

Puan Jeon pun mendekatkan bibirnya ke telinga Tuan Jeon, membisikkan sesuatu.

"Sudah-sudahlah dengan perangai tamak dan pentingkan diri awak ni. Berikan saja jawatan awak kepada Jungkook, biar dia yang bertanggungjawab meneruskan legasi kalau tidak, saya takkan bagi awak buat rawatan dan terapi biar awak tak bergerak selama hidup awak. Nak?"

Tuan Jeon pun merasakan debaran di dadanya bila isterinya mengugut begitu. Nak dapatkan tangannya bergerak sikit-sikit pun ambil masa berminggu-minggu, inikan pula kalau tak dapat menerima rawatan langsung. Mahu tak dia terlantar saja selagi ajal tak menjemput.

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now