TEN

1.8K 210 51
                                    

"Siap pun," Chaewon menyandarkan diri ke kerusi langsung menghembus nafas dalam.

Tidak lama itu Chaewon teringat bahawa sepanjang dia menyiapkan assignment tadi, Jungkook berada dalam biliknya untuk menidurkan Chaerin. Kepala terus dipusing menghadap ke belakang.

"Omo..." Chaewon tersengih melihat Jungkook tertidur di sebelah anak kecilnya. Nampak comel.

Namun beberapa saat kemudian, senyuman Chaewon memudar. Dia sedar, sudah beberapa bulan dia menghuni di rumah itu, Chaerin semakin manja dengan Jungkook. Bahkan anak kecil itu sudah menganggap bahawa Jungkook adalah ayahnya.

Jungkook pula terlalu mengambil berat terhadap Chaerin. Sanggup tak bekerja semata-mata mahu memastikan Chaerin mendapat perhatian yang cukup ketika Chaewon sibuk.

Chaewon kembali berpusing. Tingkap yang berada di hadapannya dipandang. Dia pun mengelamun di situ.

Pernah juga sesekali dia bermimpi dan merasakan sesuatu, perkara itu seakan seperti memberi ulang tayang kepadanya mengenai kejadian tersebut. Kadang-kala Chaewon tak dapat menerima apa yang diteringatkannya tapi setiap kali merasakannya, ia seperti benar-benar telah berlaku ke atas dirinya.

"Hiks, lepaskan saya...."

"Shuuutt.. tidur saja. Pagi esok kau balik hmm?"

Tubuh kecil Chaewon dipeluk kemas dari belakang supaya gadis itu tidak melarikan diri.

Chaewon terus memejamkan mata seraya menggeleng beberapa kali. Bayangan itu cuna ditepis dari mengganggu fikirannya.

"Kenapa aku rasa, lelaki yang rogol aku tu bukan seorang penjenayah?" Gumamnya.

Kebiasaannya, jenayah seperti itu akan diakhiri dengan pembunuhan. Wanita atau gadis akan diperkosa dan dibunuh selepas itu. Namun tidak kepada Chaewon. Pada bayangannya, lelaki itu menodai dia sekali pada malam itu dan dia cuba melepaskan diri tanpa dihalang langsung oleh lelaki itu pada esok hari.

Nampak seperti lelaki itu hanya mengambil mahkotanya malam tersebut hanya kerana mahu melepaskan sesuatu.

"Mungkin dia mabuk teruk ketika itu kerana masalah yang menimpanya dan waktu itu juga... aku berada dekat dengannya," Chaewon membuat andaian.

Terasa hanya kebetulan. Sudah nasib Chaewon, dia menjadi mangsa lelaki itu tanpa sengaja.








*****







"Jungkook-ah, ireona," Chaewon memberanikan diri menepuk bahu Jungkook.

"Uhmm..." Jungkook mengerutkan kening dengan mata masih terpejam.

"Saya dah sediakan makanan tengah hari. Pergilah makan,"

"Sekejap lagilah," selamba Jungkook menselesakan diri langsung memeluk tubuh kecil Chaerin yang masih lena.

"Yahhh ingat itu anak patung ke awak peluk Chaerin macam tu?" Lengan Jungkook ditarik agar lelaki itu bangun.

"Encik, encik sakitkah?"

"Tak, aku tak sakit,"

Lengan lelaki itu Chaewon tarik juga mahu membantu dia berdiri tegak. Sebaik saja berjaya tarik, lelaki itu terus memeluk Chaewon.

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now