FOURTY-FOUR

658 78 43
                                    

"Kau bukan menantu pilihan aku untuk anak-anak aku jadi, lepaskan saja suami kau yang sekarang. Perkahwinan tanpa restu ibu bapa ni takkan tenang hidup," ujar Tuan Jeon, lalu bangun dan keluar tanpa minta diri dahulu.

Chaewon ditinggalkan tak berganjak dari tempat duduknya. Tanpa melihat Tuan Jeon beredar dari rumahnya, Chaewon hanya membiarkan empangan air matanya pecah langsung membasahi pipi.

"H-Hina sangat ke aku ni sampai tak boleh buat menantu?" Lirih Chaewon seraya menghamburkan tangisan di situ.

Menangis kerana teringat bagaimana bahagianya Chaewon dan Jungkook walaupun ketika hidup susah. Membesarkan Chaerin dengan penuh kasih sayang, kegembiraan mencurah setiap kali mereka bertiga luangkan masa bersama.

Sekarang rumah tangganya sudah kacau bilau. Chaewon tak diterima sebagai menantu, dan diminta bercerai dengan Jungkook agar dapat memuaskan hati busuk Tuan Jeon.

"Ah, orang tua itu saja yang bermasalah. Aku takkan minta cerai dengan Jungkook melainkan suami aku sendiri memutuskan untuk buat demikian..." Ujar Chaewon. "Aku takkan undur diri selagi Jungkook tak mahu lepaskan aku,"

Ralit melayan perasan, Chaewon dikejutkan dengan telefonnya berdering kuat. Tengok nama pemanggil, kakaknya Han Chaekyung cuba hubunginya.

"Yeoboseyo," jawab Chaewon.

"Chaewon-ah!" Kedengaran suara Chaekyung seakan teruja mahu memberitahu sesuatu. "Unnie ingat nak pergi Disneyland, nak holiday. Kau nak ikut? Bawa lah Jungkook dan Chaerin sekali, kalau Jungkook tak dapat ikut pun unnie ajak koramg dua beranak saja. Mesti budak comel tu suka kita bawa dia berjalan,"

Chaewon hanya tersenyum tawar. "Hmm tengoklah. Chaewon kena beritahu Jungkook dulu,"

"Okey! Eh, kejap... Apasal dengan suara kamu ni? Serak semacam, kamu menangis ke?"

"Eh tak lah. Chaewon tak berapa sihat ni," dalih Chaewon.

"Yakah?" Chaekyung sudah perasan ada yang tak kena. "Chaewon, bagitahu unnie. Unnie kenallah suara kamu kalau menangis dengan suara kau tak sihat macam mana. Cuba cerita apa berlaku?"

"Tak ada apa, cuma..."

Chaekyung menunggu ayat Chaewon dihabiskan. "Cuma?"

"Papa... Ayah mentua Chaewon tu tak suka Chaewon jadi menantu dia. Dia suruh Chaewon dan Jungkook bercerai,"

Terbuntang luas mata Chaekyung mendengar luahan si adik, di samping rahangnya diketap kuat.

"Dasar orang tua tak sedar diri! Kau cerita semuanya dekat aku sekarang! Biar aku ajar orang tua tu supaya ingat mati sikit. Kubur dah memanggil-manggil tu nak lagi musnahkan rumah tangga orang," marah Chaekyung.









Jungkook masih di pejabat, dalam beberapa jam lagi waktu kerjanya akan tamat. Tanpa mengetahui, si papanya telah datang ke rumah berjumpa dengan Chaewon sebentar tadi.

Tok tok tok!!

"Masuk,"

Seperti biasa, Sunhye lah yang selalu masuk ke pejabatnya sebagai pembantu peribadi.

Jungkook hanya memandang sekilas bila wanita itu memberikan sebuah dokumen kepadanya.

"Dah dua kali lambat hantar kerja. Kenapa ya?" Soal Jungkook tanpa memandang wajah Sunhye. Dia menyelak saja hasil kerja Sunhye sebelum menurunkan tandatangan.

"Err..." Sunhye mula gugup mahu ceritakan hal yang berlaku kepada dirinya kelmarin. "S-Sebab..."

Jungkook pun melirik ke arah Sunhye dan mengangkat kening sebelah.

Nak bagitahu, tapi Sunhye takut kerana Junghyun telah mengugutnya. Sudahnya dia hanya biarkan Jungkook tertunggu-tunggu alasan apa dia nak beri.

Melihatkan wajah resah Sunhye, Jungkook terpandangkan kesan lebam di leher Sunhye. Sedikit tersorok dalam kolar baju tapi Jungkook dapat melihat kesan itu samar-samar.

"Ada sesuatu berlaku ke?" Soal Jungkook. "Cakap saja, kalau tidak aku bagi denda dekat kau sebab hantar kerja lambat..."

"A-Ada..." Sunhye mengangguk. "A-Abang encik..."

"Hah?" Jungkook pun mengerutkan kening.

"Dia yang rogol saya dan buat encik pengsan haritu. Lepas tu... Baru ni dia culik, rogol saya lagi..."

"A-apa?" Jungkook tergamam sebelum tangannya perlahan-lahan menggenggam penumbuk. "Kau dah buat laporan polis?"

Sunhye menggeleng. "Dia paksa saya mandi selepas dia sentuh saya. Balik pun dia hantarkan sampai rumah dan ugut saya jangan cuba laporkan dekat siapa-siapa..."

"Aish," Jungkook mengurut dahinya. Nak salahkan Sunhye, mungkin wanita itu terlalu takut sehingga tak berani buat laporan polis.

Bahaya sangat ke Junghyun sampai Sunhye pun takut? Oh ya, abangnya seorang penagih dadah. Dah tentulah bahaya dan boleh membunuh orang tak bersalah tanpa sedar.










"Kita kena buat sesuatu!" Ujar Chaekyung kepada ibu bapanya. "Tuan Jeon tu dah melampau! Sunhye tu keluarganya dah muflis, yang tulah dia nak sangat buat menantu. Chaewon tu dahlah tengah mengandung, tak boleh stres,"

"Daddy akan jumpa Tuan Jeon secara empat mata," ujar Tuan Han. "Pesan dekat Chaewon, jangan bagi siapa-siapa datang rumah selain keluarga kita dan Jungkook. Untuk keselamatan dan kesihatan dia,"

"Daddy cuba basuh otak karat Tuan Jeon tu. Dia ingat dia tu kaya sangat ke? Chaewon pun dia tak terima sebagai menantu. Nak orang level kayangan macam mana lagi? Tak sedar diri langsung. Kalaulah Jungkook tak jadi presiden sekarang entah syarikatnya pun boleh bankrap angkara si Junghyun tu," ujar Chaekyung.

Inilah, dah dapat dia marah maka bersedialah telinga masing-masing dengar sumpah seranahnya.








Jungkook bertindak mahu pergi ke tempat dia dan Sunhye dituduh tidur bersama tempoh hari. Hanya satu bilik yang berada di tingkat atas pada bangunan kedai.

Tiada siapa. Jungkook pun cuba selongkar apa yang ada di bilik tidur itu sebelum perasan ada orang sedang memerhatikannya dari belakang.

"Cari aku ke, Jungkook?"

Satu suara garau menyapa telinga Jungkook langsung dia berpaling ke belakang.

Junghyun, dengan rambut panjang dan jambang nipisnya buat Jungkook hampir tak kenal itu adalah abang kandungnya

"Kau, kau yang selama ni kacau aku kan?!" Ujar Jungkook dengan suara meninggi.

"Aku bosan..." Junghyun pun duduk di kerusi malasnya, bersandar santai tanpa menghiraukan pandangan tajam Jungkook kepadanya.

"Kau dengki apa dengan aku? Sampai libatkan Sunhye sekali?"

"Oh, Sunhye dah mengadu dekat kau eh.. hmm..." Junghyun hanya helakan nafas. "Agak dah dia takkan dengar cakap aku. Hmm, aku tahu dia percayakan kau sebab kau lelaki yang baik di mata dia. Apa kata kau jadi kambing hitam saja, ikut cakap papa dan tanggung dia kalau dia mengandung? Aku tak ada duit, aku kan kena buang..."

"Yah! Pandai buat pandai jagalah!" Marah Jungkook.

"Tapi aku ni penagih dadah. Kau rasa, selamatkah Sunhye kalau dia di bawah jagaan aku? Just marry her, Jungkook. Bagi saja duit, pandai-pandai dia tanggung hidup dia. Atau..."

"Kau pujuk papa untuk ambil aku sebagai presiden semula, bersihkan nama aku kembali dan kau, boleh tak kau berambus lepas tu dengan anak bini kau? Aku janji, aku tak kacau kau dah .." Cadang Junghyun.









#abaikantypo

Merepek sia aku tulis

31st Jan 2021 : 12.05 pm

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now