SIXTEEN

1.8K 199 44
                                    

Oleh sebab Chaewon banyak menyibukkan diri dengan menghadiri kelas secara dalam talian dan mengulangkaji, masa terasa begitu cepat berlalu. Tahu-tahu saja, hari ini adalah hari terakhir dia menjalani peperiksaan.

Jungkook pula masih setia menjaga Chaerin walaupun si ibu muda itu sibuk sehingga dia yang lebih banyak meluangkan masa bersama si kecil. Bukan Chaewon sudah lepas tanggungjawab sebagai ibu, tapi Jungkook yang sudah uruskan segalanya.

Sementara menunggu Chaewon sampai ke rumah, Jungkook menemani Chaerin bermain mainannya di ruang tamu. Dia berehat di sofa, memerhatikan Chaerin yang bermain di bawah.

"Papa.." panggil Chaerin. Dia cuba bangun lalu berjalan terkedek-kedek ke arah Jungkook.

Tangannya memaut pada sofa sebelum kakinya mula memanjat.

"I-iyaaahhh," Chaerin cuba naik ke atas sofa namun disebabkan tubuhnya yang montel itu menyukarkan dia untuk memanjat. Tambah pula sebelah tangannya masih memegang mainan berbentuk seekor itik comel.

"Tak boleh naik ke?" Jungkook pun mengangkat tubuh Chaerin lalu diletakkan ke atas ribanya.

Tiba-tiba anak kecil itu menguap luas seraya mulutnya ditutup oleh tangan Jungkook.

"Hah tulah, siapa suruh bangun awal tadi? Kan dah mengantuk awal," omel Jungkook.

Chaerin menggosok-gosok sebelah matanya dengan tangan.

"Nak tidur ke?"

Chaerin menggeleng. "Nanak,"

Sesekali anak kecil itu berdegil tak mahu tidur walaupun sudah tergaru-garu, menguap banyak kali, dan menggosok mata.

Jungkook tahu, kalau Chaerin tak mahu tidur jangan mimpilah nak suruh si kecil itu masuk dalam bilik. Mahu meraung sampai bergema satu blok apartment.

"Meh peluk papa," Jungkook mengangkat Chaerin lagi agar anak kecil itu duduk rapat ke tubuhnya.

Badan montel Chaerin melekap ke tubuh Jungkook. Kedua tangannya memeluk tubuh sasa itu namun mainan pada tangannya masih tak terlepas. Peluk manja gitu.

Jungkook turut memeluk Chaerin. Punggung Chaerin ditepuk-tepuk lembut. Diam saja si kecil itu dalam pelukan Jungkook.

Kira-kira selama lima minit Jungkook menepuknya, Chaerin pun terlena. Mendengar dengkuran halus Chaerin membuatkan Jungkook tersenyum sendiri. Ubun-ubun Chaerin dikucup sekilas sebelum dia menyandarkan kepalanya ke sofa. Siling putih ditenung.

Flashback...

Jungkook menghembus nafas dalam setelah menghempaskan tubuhnya ke atas tilam. Siling ditenung lama. Dia memaksa mindanya agar menayangkan wajah wanita yang dijumpainya beberapa hari lalu.

Tak ingat juga. Wajah wanita itu kelihatan samar-samar saja dalam bayangannya namun dia tahu, wanita itu memiliki wajah yang polos dan cantik.

Jungkook bangkit semula seraya meramas kasar rambutnya yang sudah dibiarkan memanjang.

"Mana lagi tempat aku nak cari dia?" Keluhnya. "Aaiisshh!"

Jungkook turun dari katil. Tak boleh duduk diam, tak tenang bila fikiran sentiasa menyerabutkan dirinya tentang wanita itu. Jungkook keluar dari rumahnya, berjalan ke balkoni. Suasana luar dipandang dengan hati yang pasrah.

"Kalau aku dipenjarakan atas sebab itu sekalipun, aku sanggup asalkan aku jumpa kau semula. Aku akan minta maaf kepada kau,"

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now