TWENTY-SEVEN

1.4K 181 101
                                    

Tuan Jeon melirik anaknya atas bawah, sebelum matanya menjengah ke dalam rumah Jungkook. Walaupun Jungkook tinggal di apartment kos rendah, namun rumah lelaki itu kelihatan sangat kemas dan tetap banyak dengan perabot. Tak ada nampak macam miskin sangat.

"Hmm.. not bad," Tuan Jeon menggeleng kecil. "Ingatkan dah merempat bawah jambatan,"

Automatik Jungkook mengetap rahang. "Papa, kalau papa datang semata-mata nak cari gaduh.. lebih baik papa pergi,"

Sungguh dia langsung tak mengalukan kedatangan Tuan Jeon, apatah lagi mahu berbicara dengan lelaki separuh abad itu seperti sekarang.

"No, papa nak berbincang sesuatu dengan kamu," Tuan Jeon kembali mengutarakan tujuan utamanya berjumpa dengan Jungkook. "Boleh benarkan papa masuk, kita bercakap di dalam?"

Lama Jungkook merenung wajah selamba papanya sebelum dia mengangguk malas. "Masuklah,"

Tuan Jeon pun membuka kasutnya sebelum menapak masuk. Tanpa sengaja, Tuan Jeon terpandangkan beberapa pasang kasut wanita serta kasut kanak-kanak tersusun di rak. Namun dia memilih untuk abaikan dan mengikut Jungkook ke ruang tamu.

"Kenapa tiba-tiba nak jumpa Kook?" soal Jungkook sesudah mereka duduk di sofa yang berbeza.

"Papa nak kamu kembali ke keluarga Jeon," ujar Tuan Jeon dengan suara mendatar, namun mampu membuatkan jantung Jungkook terasa mahu melompat keluar dari badan.

"B-bwoya?" Kening dan dahi Jungkook berkerut, memandang tajam ke arah Tuan Jeon. "You're not kidding me right?"

"Ada nampak papa main-mainkah?" Tuan Jeon menegaskan suaranya. "Kembali kepada keluarga kita, dan ambil jawatan presiden. Papa dah pecat abang kamu,"

Sekali lagi Jungkook terperanjat besar. "P-Papa pecat hyung? Bukankah papa terlalu sayangkan hyung, banggakan hyung sampai sanggup tuduh Kook main dadah supaya semua orang benci Kook?" Soal Jungkook dengan nada sinis. "No, Kook tak nak,"

Tuan Jeon tak terkejut dengan jawapan balas Jungkook. Dia tahu itu yang akan keluar dari mulut anaknya. Tak nak.

"Kenapa? Kamu dah selesa hidup begini?"

"Yes! Kook sangat selesa walaupun Kook terpaksa banyak bekerja keras demi sesuap nasi, malah sangat bahagia hidup serba kekurangan berbanding dalam kemewahan yang melimpah. Ia lebih mengajar Kook untuk terus bersyukur apa Tuhan bagi,"

Zzzaaappp!!!

Terus menusuk jauh ke dalam hati Tuan Jeon. Patutlah Jungkook tidak pernah mencari, merayu kepadanya agar mengambil dia kembali. Malah sangat selesa hidup bersendiri.

"Kamu perlu balik ke keluarga kita juga. Papa tak mahu orang lain yang ambil jawatan presiden itu selain anak papa,"

"Kenapa papa pecat hyung?"

Baru saja Tuan Jeon mahu menjawab, tiba-tiba pintu bilik utama terbuka luas lalu Chaerin berlari keluar.

"Papa!" Laju kanak-kanak lima tahun itu berlari mendapatkan Jungkook.

Serentak dengan itu, Tuan Jeon ternganga pabila melihat seorang kanak-kanak comel menerpa ke arah Jungkook, diikuti dengan seorang wanita cantik.

"Dah bangun?" Jungkook mengangkat Chaerin ke atas ribanya walaupun dia sendiri terperanjat anaknya datang secara tiba-tiba.

"Eo?" Chaewon terkebil-kebil memandang Tuan Jeon yang terpana melihat mereka tiga beranak. "A-annyeonghaseyo," Chaewon membongkok hormat kepada Tuan Jeon. "Dah lamakah sampai?"

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now