FOURTEEN

1.7K 205 57
                                    

Pintu dibuka oleh Jungkook setelah Chaewon selamat sampai ke rumah.

"Chaerin dah tidur?" Soal Chaewon. Kasut ditanggalkan sebelum diletak di atas rak tepi pintu.

"Dah," jawab Jungkook. "Kau belum makan lagi kan?"

"Belum. Awak?"

"Aku pun belum. Jomlah makan sekali,"

"Okey," Chaewon mengikut langkah Jungkook ke dapur.

Chaewon terpegun melihat nasi dan lauk sudah terhidang di atas meja makan. Rajin betul lelaki itu memasak bila berada di rumah pada siang hari.

Chaewon meletakkan beg galasnya di kerusi lalu berjalan ke singki mahu membasuh tangan. Usai membasuh dan mengelap tangan sehingga kering, Chaewon berpusing ke belakang.

Bukk!!!

Chaewon terlanggar tubuh Jungkook.

"Appo!" Chaewon memegang hidungnya yang sakit akibat terkena dada bidang Jungkook sebentar tadi.

"Siapa suruh hidung tu mancung sangat," sempat Jungkook mengusik. "Baru kena dada dah sakit,"

"Dada awak tu yang keras macam batu!" Marah Chaewon sambil memegang hidungnya. Kening turut dikerutkan sekali menunjukkan bahawa dia sedang marah.

"Alolo sian..." Jungkook membongkokkan diri agar kepalanya sama tinggi dengan Chaewon.

Maklumlah, Chaewon kan rendah. Kecil molek orangnya.

"Sakit lagi?" Jungkook mengurut lembut batang hidung Chaewon dengan jarinya.

Serta-merta tubuh Chaewon mengeras, kaku. Mata hazel itu terlalu dekat dengan dia sehingga degupan jantungnya mula bertukar rentak. Lama dia merenung iris hazel itu sehingga tak sedar perbuatannnya disedari oleh Jungkook.

"Aku tahu mata aku cantik. Janganlah tenung macam tu. Mahu dari mata jatuh ke hati nanti," Jungkook mengenyitkan matanya langsung Chaewon tersedar lalu tersipu malu.

Wajah Chaewon yang memerah tidak dapat disorok lagi. Dengan bibir bawah dikemam, Chaewon kembali ke tempat duduknya. Jungkook tergelak melihat tingkah malu gadis itu. Comel betul.

Walaupun masih segan, Chaewon tetap menunggu Jungkook membasuh tangan dahulu agar mereka boleh mula menjamu selera bersama-sama. Lelaki itu mengambil tempat duduk bertentangan dengan Chaewon.

Beberapa minit berlalu, suasana sunyi antara mereka kerana masing-masing sibuk mengisi perut. Tak lama kemudian, Chaewon teringatkan perbualannya dengan Haena tadi.

Jeon Jungkook, anak bongsu kepada pemilik syarikat Jeon Holdings dikhabarkan terlibat dengan dadah dan dibuang keluarga disebabkan hal itu dua tahun yang lalu.

"Jungkook..." panggil Chaewon.

Jungkook mengangkat kepalanya. "Hmm?"

"Awak... berasal dari keluarga mana?" Soal Chaewon membuatkan kunyahan lelaki itu terhenti.

Jungkook terus menelan makanannya. Pelik, selama ini Chaewon tak pernah pula bertanyakan perihal asal-usulnya.

"Aku dari keluarga mana?"

Chaewon mengangguk.

"Aku tak ada keluarga," mendatar saja suara Jungkook lalu menyuap potongan daging ke dalam mulut.

"Betul-betullah. Kalau awak kena buang keluarga sekalipun, siapa yang buang awak tu?"

"Ayah aku,"

Chaewon terdiam sejenak. "Ayah awak?"

Jungkook mengangguk. "Aku tak sangka pula aku akan buka balik kisah ni. Tapi aku akan cerita kepada kau. Kau... dah tahu tentang khabar angin tu kan?"

"Erkk... khabar angin apa?"

"Khabar angin yang mengatakan aku terlibat dengan dadah,"

Hampir tersedak Chaewon dibuatnya. "Jadi, betullah awak berasal dari keluarga Jeon? Anak CEO Jeon Holdings?"

"Ya, tapi mereka benci dan sisihkan aku sejak kecil. Mereka langsung tak perlukan aku jadi ada baiknya aku hidup seperti ini. Walaupun aku amat kecil hati ayah aku sanggup keluarkan berita palsu tentang aku terlibat dengan benda haram tu. Aku tetap bersyukur kerana terkeluar dari keluarga yang tamakkan harta dan jawatan,"

"Jungkook, tak baik awak cakap macam tu," tegur Chaewon. "Mereka tetap darah daging awak,"

"Nak buat macam mana? Mereka sendiri dah tak mengaku aku anak, adik malah sejak azali lagi mereka bencikan aku,"

"M-Maaf saya sentuh topik sensitif ketika makan," ucap Chaewon setelah menyedari nada suara Jungkook berubah dan dia menanyakan hal yang tidak tepat dengan waktunya. "Saya percaya awak bukan penagih dadah. Jangan risau,"

"Saya pun kena buang keluarga sebaik saja mereka tahu saya mengandung. Mereka ingat saya tidur dengan lelaki walhal saya kena rogol. Saya pun tak tahu kenapa saya tak melapor kepada mereka terus sebaik saja saya terlepas dari perogol tu. Macam mana saya terlepas pun saya tak tahu. Saya tak ingat kejadian tu. Ahjumma yang menjaga saya dulu yang cerita semula kepada saya," Chaewon turut membuka cerita mengenai dirinya.

"Disebabkan saya tak memberitahu mereka, mereka salah faham. Silap saya juga, saya tak beritahu awal. Saya senyapkan saja perkara tu sampailah bila saya ada alahan, muntah-muntah, saya dibawa ke hospital dan doktor sahkan saya mengandung,"

"Hal itupun tersebar dan ada yang menokok tambah bahawa ada orang nampak saya ke sesuatu tempat dengan seorang lelaki, mengadakan hubungan satu malam sehingga cerita itu sampai ke telinga keluarga saya. Hari itu juga saya dihalau keluar dari rumah. Mereka tak mengaku saya ahli keluarga mereka lagi,"

Jungkook diam saja mendengar cerita Chaewon. Dia ternampak sesuatu sedang bergenang di mata gadis itu. Chaewon sedang berusaha menahan air matanya dari mengalir.

"Saya tak tahu nak salahkan perogol itu seratus peratus atau tidak, sebab mereka halau saya kerana fitnah itu. Saya cuma berharap agar lelaki yang merupakan ayah kepada Chaerin akan datang meminta maaf kepada saya atas sebab dia buat saya mengandung,"

Jungkook diam lagi. Cerita Chaewon mengingatkan dia kepada seseorang. Wanita cantik yang pernah sekali saja dia lihat dan bertemu sebelum wanita itu hilang tanpa jejak.

"Jadi kau sedang menunggu dia?" Soal Jungkook. "Apa yang kau akan lakukan jika dia datang kepada kau, minta maaf dan akan bertanggungjawab atas perbuatannya?"

Chaewon diam dahulu sebelum menjawab. "Ermmm... mungkin saya akan ikut dia?"

"Dan kau akan tinggalkan rumah ni?" Soal Jungkook lagi langsung Chaewon terkedu sebentar.

"Y-ya," jawab Chaewon.

"Kita sama nasib," kata Jungkook. "Kau sedang menunggu lelaki tu manakala aku sedang menunggu seorang wanita yang dah lama aku cuba cari dia,"

"Bwoya?"

Tang!

Terlepas chopstick di tangan Chaewon langsung terjatuh ke atas meja. Terkejut bukan kepalang tatkala mendengar kata-kata lelaki itu.

"Sebaik-baik aku, aku tetap manusia biasa. Aku tetap ada dosa. Aku telah melakukan dosa kepada wanita itu tapi aku dah kehilangan dia. Malangnya, aku sendiri tak ingat wajahnya dengan jelas kerana kami hanya berjumpa sekali. Kali pertama kami bertemu, kali pertama itu juga aku buat salah dengan dia,"

"Apa awak buat kalau awak jumpa dengan dia?" Chaewon pula yang bertanya.

"Aku akan minta maaf atas kesalahan itu. Aku akan bekerja lebih keras lagi untuk menjadikan dia isteri aku walaupun aku miskin. Itupun kalau dia terima aku sebab aku tahu, dia anak orang kaya,"

"Jadi awak akan halau saya dan Chaerin keluar dari rumah ni jika kamu berdua bertemu dan berkahwin selepas itu?"

Jungkook pula yang terkedu.

Tanpa mereka sedar, mereka sama-sama patah hati kerana cerita dan luahan mereka sendiri.



#abaikantypo

[31 Oct 2020 : ]

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now