FOURTY-NINE

687 56 21
                                    

Finally gue update selepas tiga(?) bulan, tapi bosan sikit ah chap ni hmm

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Finally gue update selepas tiga(?) bulan, tapi bosan sikit ah chap ni hmm.







Beberapa bulan kemudian...

"Masuklah," arah Jungkook bila Sunhye masih kaku di belakangnya.

Wanita itu lambat-lambat mengikut langkah Jungkook, masuk ke bangunan pusat pemulihan. Junghyun dikatakan telah pulih sepenuhnya dan sudah dibenarkan pulang pada hari ini. Inilah saat yang Sunhye tidak suka, berjumpa dengan Junghyun semula selepas enam bulan.

Melihatkan dua insan yang ditunggu sudah tiba, Junghyun terus bangun dari duduknya. Mula-mula dia mahu tersenyum kerana Sunhye ada, namun tak terukir di wajah bila melihat Jungkook.

Adiknya sudah menggantikan jawatan ayah mereka, menjadi presiden. Apa yang Junghyun bercita-cita sangat sejak dahulu, kini Jungkook yang memiliki semua itu. Perasaan dengkinya mula menjalar dalam hati.

"Kau ada dua tempat untuk pulang," ujar Jungkook. "Balik rumah mama dan papa atau kau nak tinggal di tempat lain? Sunhye ada sediakan apartment untuk kau eh tak, untuk korang berdua..."

Sunhye langsung terbuntang mata mendengar ayat terakhir Jungkook, terus mencepuk lengan majikannya.

"Apa dia Sunhye? Bukankah itu yang kau pernah cakap dekat aku? Lagipun korang kan dalam fasa nak disatukan, betul tak?" kata Jungkook tanpa berselindung.

"Betul ke, Sunhye?" riak serius Junghyun terus berubah, matanya merenung wajah Sunhye minta kepastian.

"Err... Y-ya," Sunhye menjawab juga, kemudian palingkan wajah ke arah lain.

"Aku nak balik dengan Sunhye," Junghyun membuat keputusan.

Jungkook pun mengangguk. "Okey,"











"Duduk sini bukan percuma ya, aku cuma beri kau tumpang saja untuk sementara," ujar Sunhye dingin sebaik saja membawa Junghyun ke apartment nya.

"Kenapa sementara pula?" selamba, Junghyun duduk bersandar di sofa siap menyilangkan kakinya.

"Ya, sementara. Kau kena kerja, cari rumah baru untuk kita berdua sebab apartment ni hanya untuk seorang penghuni saja,"

"Oh?" Junghyun mengangkat kening.

 Ingatkan Sunhye akan menghalaunya suatu hari nanti, tapi memang tidaklah Junghyun mahu menurut jika perkara itu akan berlaku. Enam bulan dia berada di pusat pemulihan, menunggu masa untuk melihat dan mendapatkan Sunhye semula.

"Aku tak nak kerja lain selain jadi presiden di syarikat papa. Hmm, mungkin jadi CEO sebab papa dikatakan sudah bersara disebabkan strok kan?"

"Jangan mimpi. Tuan Jeon dah berikan amanah dekat adik kau untuk handle syarikat secara mutlak. Walaupun Encik Jeon masih digelar presiden, tapi kerja CEO juga dibawahnya tanggungjawabnya. Senang cerita, dia dah conquer. Kau tak ada apa-apa peluang lagi untuk melibatkan diri dalam syarikat tu lagi,"

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now