TWENTY-FIVE

1.5K 177 107
                                    

Jungkook menyarungkan kasutnya ke kaki, manakala Chaewon dan anak mereka setia berdiri di muka pintu.

"Papa pergi kerja dulu, jangan nakal-nakal eung?" Pesan Jungkook kepada Chaerin. Kepala anak kecil itu dibelai lembut.

"Eung!" Chaerin mengangguk. "Bye bye papa!"

"Bye," Jungkook tersenyum lebar sebelum dia memandang isterinya.

"Jaga diri," Chaewon membela rambut depan Jungkook yang menutupi separuh dahinya.

Tatkala anak mata mereka saling bertembung, tangan Chaewon automatik berhenti membela rambut lelaki itu. Senyuman manis Jeon Jungkook membuatkan tubuhnya terus kaku.

"Sudah-sudahlah bela rambut aku ni," Jungkook menurunkan tangan Chaewon. "Nanti ada orang mengurat, naya aku,"

"Ish!" Chaewon melepuk dada Jungkook. "Saya nak awak sentiasa kemas, bukan nak mengurat orang," kelihatan dahi Chaewon berkerut sedikit tatkala berbicara.

"Alolo marah dah dia. Sini meh," Jungkook menarik Chaewon lembut ke dalam pelukannya. "Duduk rumah, jaga Chaerin elok-elok hmm?" Pesan Jungkook.

Bau rambut Chaewon menusuk ke dalam rongga pernafasannya membuatkan dia tanpa sengaja merapatkan hidung ke belakang kepala wanita itu, menghidu rambut isterinya lebih dalam.

"Papa, Yin peyuk jugak..." Chaerin menarik-narik hujung baju Jungkook tatkala suami isteri itu berpeluk lama.

"Yalah," Jungkook meleraikan pelukannya seraya bertinggung memeluk anaknya pula.

"Sekali lagi papa pesan, jangan nakal-nakal. Kalau papa tahu Chaerin degil, tak nak dengar cakap mama, papa tak nak bawa Chaerin berjalan nanti," sempat Jungkook mengugut anak kecilnya.

"Ya papa," suara halus Chaerin menyapa telinga Jungkook.

"Okey, papa pergi dulu," pamit Jungkook lalu bangkit, memberi lambaian terakhir kepada anak dan isterinya.










*****








"Sanggup nak teruskan hidup dengan lelaki miskin tu?" Cemuh Tuan Han.

Biarpun sudah beberapa bulan berlalu, dia masih tak dapat melupakan tentang Chaewon bahawa wanita itu sudah mengahwini lelaki yang telah memperkosanya empat tahun lepas.

"Asalkan lelaki tu bertanggungjawab, okeylah," balas Puan Han pula. "Lagipun dah lama dia sara dua beranak tu sebelum berkahwin. Bererti dia dah mampu walaupun hidupnya tak senang. Asalkan Chaewon masih selamat, apa lagi yang awak tak puas hati? Awak dah buang dia dari keluarga kita kan? Buat apa nak sibuk tentang dia lagi?"

"Dia masih anak kita," Tuan Han memandang isterinya serius. "Saya sengaja kata saya buang dia dulu, halau dia biar dia rasa, padah burukkan nama keluarga, calarkan maruah sendiri. Kalau dengan lelaki kaya tak apa juga. Ini pun-"

"Daddy masih tak tahu siapa suami Chaewon yang sebenarnya?" Tiba-tiba Chaekyung, si anak sulung datang ke ruang tamu tatkala mendengar perbualan ibu bapanya.

Serentak suami isteri Han itu berpaling.

"Suami Chaewon itu asalnya anak orang kaya, tapi telah dibuang keluarga atas tuduhan terlibat dengan dadah," ujar Chaekyung seraya menyilangkan tangannya ke dada.

Serentak dengan itu, Tuan Han dan isterinya membuntangkan mata. Terkejut.

"J-Jangan cakap yang Chaewon itu... Berkahwin dengan penagih dadah!" Suara Tuan Han mula meninggi menyoal Chaekyung.

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now