THIRTY-TWO

1.5K 176 141
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Omo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Omo... Anak mama ni..." Chaewon tersengih melihat gambar-gambar Chaerin yang ditangkap oleh Chaekyung.

Kakaknya telah membawa Chaerin berjalan dan bermain di taman permainan. Apa lagi, sukalah Chaerin sampai tak ingat nak balik. Sekarang kanak-kanak itu sudah tertidur kepenatan.

"Sekarang suami Chaewon dah kembali kepada kehidupannya yang dulu," ujar Chaekyung lalu duduk di sebelah Chaewon. "Ada apa-apa perubahan berlaku kepada kehidupan keluarga korang juga?"

"Jungkook saja yang berubah sikit," jawab Chaewon. "Daripada tak ada kereta, dah ada kereta. Tapi penampilan dia hanya berubah bila dia nak pergi kerja saja. Di rumah, di luar, masih sama, tetap dengan baju biasa dia tu. Kami masih tinggal di apartment itu, tak merancang lagi untuk berpindah,"

"Chaewon masih nak teruskan hidup macam tu?" Soal Chaekyung.

Chaewon hanya tersenyum kecil. "Ya, kalau boleh nak terus hidup begini walaupun Jungkook dah boleh beli macam-macam untuk kami. Kalau pindah rumah lebih besar dan cantik pun, mungkin untuk keselesaan Chaerin saja memandangkan dia semakin membesar dan untuk anak-anak akan datang,"

"Chaewon dah pesan kepada Jungkook, tak kira banyak mana pun harta yang dia ada sekarang sampai akhir nyawa dia, jangan pernah cuba amalkan hidup terlalu mewah. Cukuplah sekadarnya, Chaerin juga boleh diajar menjadi anak yang tidak suka meminta-minta dan bersyukur,"

Chaekyung terdiam seketika. Cuba menghadam kata-kata si adik. Ah, wanita bernama Han Chaewon ini benar-benar mahu hidup seperti orang biasa walaupun status dan asal-usul keluarga adalah sebaliknya.

"Tak apalah kalau macam tu. Asalkan Chaewon bahagia,"








*****








"Kenapa kamu tak ikut bos kamu ke perjumpaan itu?" Soal Tuan Jeon kepada Sunhye, riak bengang terpapar jelas pada wajahnya.

"Presiden Jeon yang tak benarkan saya ikut, katanya boleh berurusan dengan klien tanpa saya perlu ikut. Lagipun dia beri saya kerja lain untuk diuruskan di sini,"

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now