FIFTEEN

1.8K 199 41
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







"HUWAAAAAAAA!!!" tangisan kuat Chaerin memecahkan kesunyian di apartment itu.

Chaewon memeluk Chaerin dengan erat. Kepala Chaerin yang benjol akibat jatuh dari katil ketika tidur digosok-gosok.

"MAMAAAA AKITTTT!" adu Chaerin sambil menangis.

"Ya sayang maafkan mama," Chaewon pula yang mahu menangis melihat anaknya tak berhenti meraung kesakitan.

Tak sudah-sudah Chaewon menyalahkan diri sendiri kerana tidak tengokkan Chaerin dahulu sebelum makan tadi.

"Chaerin-ah," Jungkook masuk ke dalam bilik. Terkocoh-kocoh dia mengemas meja dan mencuci pinggan mangkuk tadi kerana mendengar Chaerin meraung.

"PAPAAAAA AKITTTT!!!" Chaerin mengadu kepada Jungkook.

"Meh sini," Jungkook meminta agar Chaewon menyerahkan Chaerin kepadanya.

"Huwaaaa papa...." Chaerin terus memeluk Jungkook setelah dia berada dalam dakapan lelaki itu.

"Dah dah jangan menangis," Jungkook menggosok-gosok bahagian kepala Chaerin yang berbenjol. "Chaerin jatuh di mana tadi?"

"Ituuuuu," jari kontot Chaerin menunjukkan ke lantai simen di antara Jungkook dan Chaewon.

"Ish ish lantai ni jahat betul," Jungkook menggeleng kepala. "Sampai hati buat Chaerin sakit kan?" Suara dibuat seperti keanak-anakan kepada Chaerin.

"Eung..." jawab Chaerin dalam tangisan. Merah padam mukanya menahan sakit akibat kepala terhantuk ke lantai.

"Lantai ni jahat. Meh sini papa babap dia,"

PAK!

Tangan kekar Jungkook memukul kuat lantai itu. "Haa siapa suruh buat Chaerin sakit? Padan muka kena pukul. Ambik kau!"

PAK!

Tangisan Chaerin mula bertukar menjadi ketawa yang kuat. Air mata di pipi masih mengalir jatuh ke baju dibiarkan saja.

"Jahat sangat buat anak orang. Hah ambik! Kena lagi!"

PAK!

Makin galak anak kecil itu ketawa. Chaewon turut tersenyum melihat cara Jungkook memujuk anaknya. Hilang rasa takutnya pabila Chaerin tidak lagi menangis malah ketawa sepenuh hati.

"Pak iyerrr!!! (Pak dia!)" Kata Chaerin pula.

PAK!

Mengekek Chaerin dibuatnya melihat lantai itu ditampar oleh Jungkook.

"Hah jangan menangis lagi tahu," Jungkook berkata kepada Chaerin. "Papa dah babap lantai ni sebab buat Chaerin,"

Anak kecil itu hanya diam mendengar kata-kata Jungkook. Mujurlah katil itu tidak terlalu tinggi dari lantai. Namun benjol besar di kepala Chaerin membuatkan Chaewon risau.

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now